23/08/2026
Anthurium terkenal kerana kecantikan daunnya.
Daun yang besar, sihat, berurat cantik dan berkilat adalah impian setiap peminat Anthurium. Tetapi jika korang mahu Anthurium yang benar-benar menyerlah berikut ialah perkara yang paling penting, terutamanya untuk iklim Malaysia.
1. Medium tanaman. Jangan gunakan tanah pasu biasa. Anthurium memerlukan campuran aroid yang chunky, berudara dan mempunyai saliran yang baik seperti bark, perlite, arang hortikultur, coco chips dan sedikit sphagnum moss. Akarnya secara semula jadi direka untuk berpaut dan bernafas, jadi medium yang terlalu padat akan mengekalkan terlalu banyak air dan menyebabkan akar reput.
2. Siraman. Pastikan medium sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah. Biarkan bahagian atas medium kering sedikit sebelum menyiram semula. Jangan biarkan pasu terendam dalam air, terutamanya ketika musim hujan.
3. Kualiti air. Kebanyakan daun Anthurium sensitif terhadap klorin dan pengumpulan mineral dalam air. Ini boleh menyebabkan tompokkan pada daun dan hujung daun menjadi kering. Air hujan atau air yang ditapis biasanya lebih baik berbanding air paip.
4. Cahaya. Berikan cahaya terang tetapi indirect. Cahaya matahari tropika yang terus kena pada daun boleh menyebabkan permukaan daun melecur dengan cepat. Jika ditanam di nurseri, jaring hitam sekitar 60–70% biasanya sesuai. Jika ditanam di dalam rumah, letakkan berhampiran tingkap yang terang tetapi tidak menerima cahaya matahari terus.
5. Kelembapan dan aliran udara. Anthurium s**a kelembapan sekitar 60–80% atau lebih. Walaupun kelembapan luar di Malaysia biasanya mencukupi, persekitaran berhawa dingin boleh menyebabkan daun menjadi kering. Kelembapan yang tinggi perlu diseimbangkan dengan aliran udara yang baik kerana udara lembap yang statik boleh menggalakkan penyakit bakteria dan kulat.
6. Pembajaan. Berikan baja seimbang yang dicairkan pada kadar rendah tetapi secara berkala ketika pokok aktif membesar. Anthurium sensitif terhadap pengumpulan garam daripada baja. Pembajaan berlebihan biasanya menyebabkan hujung daun terbakar. Sesekali, siram medium dengan banyak air untuk membantu menyingkirkan sisa garam yang terkumpul.
7. Perosak. Perhatikan kehadiran thrips yang boleh menyebabkan daun baru rosak, spider mite yang lebih mudah menyerang dalam keadaan kering. Periksa daun baru dengan kerap kerana serangan biasanya bermula di situ.
8. Penjagaan daun. Habuk mudah terkumpul pada permukaan daun. Ini boleh menghalang penyerapan cahaya dan memperlahankan pertumbuhan. Bilas atau lap daun dengan perlahan menggunakan air atau kain lebut yang bersih.
9. Saiz pasu. Ruang yang terlalu banyak menyebabkan medium kekal basah lebih lama dan meningkatkan risiko masalah akar. Anthurium sebenarnya lebih s**a pasu yang sedikit padat dengan sistem akarnya. Gunakan saiz pasu yang sesuai dengan saiz anthuriumnya.
10. Daun rosak. Daun yang rosak atau terlalu tua jarang kembali cantik seperti asal. Membuangnya membantu pokok menumpukan tenaga kepada pertumbuhan daun baru yang lebih sihat dan berkualiti.
Caution: Mengelap daun dengan kuat boleh merosakkan struktur halus pada permukaan daun yang memberikan tekstur dan penampilan khasnya.
Anthurium yang cantik bukan semestinya yang paling banyak dijaga, tetapi yang dijaga dengan konsisten.