10/09/2026
ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Datoβ Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan Negeri Pulau Pinang bersama YBrs. Puan Azimah binti Jumatli, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta delegasi Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang ke Ladang Pembenihan dan Ternakan Ikan Air Tawar ARC pada 10 September 2026.
Turut hadir menyambut kunjungan delegasi ialah YBrs. Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor.
Kunjungan ini memberi peluang kepada pihak ARC untuk berkongsi mengenai operasi pembenihan dan ternakan ikan air tawar serta perkembangan aktiviti akuakultur yang dijalankan.
Pihak ARC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datoβ Haji Rashidi bin Zinol serta seluruh delegasi atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan ke ladang kami.