24/08/2026
240826, ISNIN || TAPAK PROJEK TAMAN BURUNG LABUAN
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap (4 Dalam 1) Kerja-Kerja Menaiktaraf Pagar Perimeter serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Taman Burung Labuan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini, 24 Ogos 2026, bertempat di Tapak Projek Taman Burung Labuan.
Majlis penyerahan ini menandakan selesainya pelaksanaan projek yang dilaksanakan bagi meningkatkan aspek keselamatan, kemudahan, fungsi serta imej persekitaran Taman Burung Labuan. Projek ini juga merupakan hasil kerjasama dan komitmen berterusan antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memastikan kemudahan awam dapat diselenggara dan dipertingkatkan dengan baik.
Semoga siapnya projek ini dapat memberikan manfaat yang berterusan serta mewujudkan persekitaran Taman Burung Labuan yang lebih selamat, kemas, kondusif dan selesa kepada warga kerja, pengunjung serta semua pihak yang berkepentingan.
Burung berkicau di pagi hari,
Terbang tinggi menuju awan,
Projek siap penuh berseri,
Tanda kerjasama demi kemajuan.
Ke taman indah mencari kenangan,
Burung berkicau di pohon meranti,
Projek diserah penuh kejayaan,
Terima kasih JKR atas bakti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan usaha yang telah diberikan dalam menjayakan pelaksanaan projek ini.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat!