13/08/2021
5 tips penjagaan kucing yang anda Wajib Tahu.
Kebanyakkan orang ada membela haiwan peliharaan,satu daripada haiwan peliharaan yang selalu dibela ialah kucing. Kucing sememangnya haiwan yang comel dan manja, tetapi tahukah anda ada terdapat beberapa cara penjagaan kucing yang perlu anda titik-beratkan. Jadi, hari ini saya akan berkongsi kepada anda 5 tips mudah yang boleh anda praktikkan bersama bagi menjamin kesejagteraan kucing anda.
Pemakanan yang bersesuaian
Makanan yang bagus untuk diberikan kepada kucing adalah makanan kucing yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, diet yang seimbang untuk kucing juga penting yang mana setiap diet ini adalah bergantung kepada faktor umur, tahap kecerdasan dan kesihatan kucing anda.
Selain itu, anda perlu menyediakan air minuman yang bersih dan segar. Pastikan anda sentiasa membasuh bekas air untuk kucing anda bagi mengelakkan pembiakan bakteria di bekas air itu. Elakkan daripada memberi kucing anda makanan manusia atau bayi kerana ia boleh mengakibatkan kucing anda mengalami keracunan makanan. Jika hal ini berlaku, segera bawa kucing anda ke klinik haiwan jika terdapat tanda-tanda seperti hilang selera makan, muntah dan cirit-birit.
Dandanan
Anda tidak perlu memandikan kucing anda setiap hari. Walau bagaimanapun, pengurusan dandanan juga adalah penting. Anda perlu menyikat bulu kucing anda dengan kerap bagi menjaga bulu kucing daripada rosak. Pastikan anda tidak membiarkan kucing anda menjilat bulu mereka yang telah gugur. Apabila mereka termakan bulu tersebut, ia boleh menyebabkan usus tersumbat. Berikan kucing anda pil untuk mengurangkan keguguran bulu bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kebersihan litter box
Litter box amat penting bagi kucing yang tinggal dia dalam rumah. Anda perlu sentiasa memastikan litter box tersebut berada dalam keadaan yang bersih