Syazzy Pets

Directions Website

Syazzy Pets Berkongsi tentang tips penjagaan haiwan serta menjual haiwan peliharaan seperti hamster Menjual hamster jenis winter white.

Kesemua hamster yang dijual adalah home breed

🐱 British Shorthair (BSH) for rehome with fee 🐱Mencari pemilik yang penyayang dan bertanggungjawab untuk anak kucing Bri...
18/06/2026

🐱 British Shorthair (BSH) for rehome with fee 🐱

Mencari pemilik yang penyayang dan bertanggungjawab untuk anak kucing British Shorthair yang comel dan sihat.

βœ… Baka British Shorthair (BSH)
βœ… Aktif dan manja
βœ… Sesuai dijadikan teman seisi keluarga
βœ… Keutamaan kepada pembeli sekitar Hulu Selangor untuk memudahkan urusan melihat dan mengambil kucing

πŸ“ Lokasi: Hulu Selangor, Selangor
πŸ“© PM untuk maklumat lanjut, gambar/video dan harga.

Finally dapat semula page ni 🀲🏻🀲🏻🀲🏻.Hye pencinta sugar glider semua!Hari ni rasa macam nak hidupkan balik dengan sesuatu...
05/05/2026

Finally dapat semula page ni 🀲🏻🀲🏻🀲🏻.

Hye pencinta sugar glider semua!

Hari ni rasa macam nak hidupkan balik dengan sesuatu yang aku memang minat dari dulu β€” pets! 🐾

Harini, aku share satu poster menarik tentang jenis-jenis sugar glider 🐿️✨

Mungkin ada yang baru nak kenal, mungkin juga ada yang dah lama bela β€” harap poster ni boleh bagi info berguna dan tambah minat korang pada si kecil ni.

Dan untuk korang yang masih setia follow walaupun aku lama β€œhilang”… terima kasih banyak-banyak πŸ™
Serius aku hargai sangat ❀️

Lepas ni aku akan cuba aktif balik, share lebih banyak info, tips, dan mungkin cerita-cerita pasal pets.

Kalau korang masih ada kat sini, drop komen sikit πŸ‘‡
Nak tahu siapa yang masih setia 🫢

26/07/2023

Golden wiwi β™₯️β™₯️β™₯️

Untuk sebarang tempahan bagi pembelian hamster winter white golden (red eyes), golden (black eyes), pearl and blue argen...
26/07/2023

Untuk sebarang tempahan bagi pembelian hamster winter white golden (red eyes), golden (black eyes), pearl and blue argente. sila tekan link ws dibawah

Hai semua!Korang minat tak nak memelihara haiwan sebagai peneman. Kita selalu tengok orang sekeliling kita kebanyakkan m...
25/07/2023

Hai semua!

Korang minat tak nak memelihara haiwan sebagai peneman. Kita selalu tengok orang sekeliling kita kebanyakkan memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan dieorng. Selain dari bela kucing, korang pernah terfikir tak nak bela hamster? Hamster ni haiwan yang sangat comel dan mudah dijaga. Tapi korang kena lah ambil tahu dulu perkara-perkara asas yang penting sebelum buat keputusan membela hamster. Posting yang pertama ni aku nak share secara ringkas dengan semua, jenis-jenis hamster yang biasa kita jumpa di petshop malaysia.

1. Winter white

Jenis hamster pertama ini namanya winter white atau nama glamernye di panggil "wiwi". Hamster ini memiliki beberapa variasi warna unik, iaitu normal, sapphire, golden dan pearl. Jika korang mencari jenis hamster yang tenang dan senang handdle, winter white sangat sesuai.

Kekurangan dari jenis winter white adalah mereka lebih malas dibanding dengan jenis yang lain dan lebih banyak menghabiskan masanya untuk tidur daripada bermain.

2. Roborovski

Robo merupakan jenis hamster yang paling kecil di antara hamster yang lain. Hamster ini memiliki hanya dua variasi warna, aitu normal dan white face dengan bulu kekuningan dan putih.

Roborovski memiliki gerakan yang paling lincah, dan s**a berlari dan melompat. Tapi sayangnya, hamster Roborovski ini lebih takut kepada manusia dibanding jenis yang lainnya. Tapi aku pernah je jumpa orang yang berjaya jinakkan robo dia sampai jadi chill dan tak menggelabah takutkan orang.. So boleh la try πŸ‘πŸ˜Ž

3. Campbell

Campbell memiliki corak yang hampir sama dengan winter white terutamanya bagi variasi normal. Tapi sebenarnya boleh bezakan dari fizikal dia.. Hidung cambel lebih bulat dan keatas berbanding wiwi.. Telinga dan bentuk muka jugak lebih tajam/ tirus. Campbell ni bagi agak sedikit agresif dan mudah terkejut kalau angkat secara tiba-tiba.

4. Syrian

Hamster ini adalah jenis hamster yang paling besar ukurannya, hampir menyamai tikus. Selain besar, hamster ini juga mempunyai gerakkan yang lambat dan cenderung lebih jinak.

Hamster ini jugak mempunyai corak warna yang beragam, seperti panda (Black Mottled), golden, cinnamon, dan lain sebagainya. Uniknya, jenis ini satu-satunya yang mempunyai varian bulu longhair, seperti pada kucing anggora. Hamster ini sangat dianjurkan untuk dipelihara anak-anak, karena sifatnya yang jinak dan gerakannya yang slow n steady.. Hehe.

Kesimpulannya, keempat-empat jenis hamster diatas ni adalah jinak dan sesuai untuk dipelihara. Isu hamster mengigit ni sebenarnya terjadi antara 2 faktor.

1. Angkat mengejut/ laju/ gopoh, so hamster akan rasa terancam sebab tu dia menggit.

2. Trauma. Hamster yang terabai penjagaannya, dianiaya dan dimain secara kasar, apabila bertukar tuan yang baru, maka terjadilah konflik disitu dimana tuan yang baru ni akan jadi takut untuk memelihara hamster.

Address

Tanjung Malim
35900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syazzy Pets posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category