Abdul Son's Farm

Abdul Son's Farm Benefit others with this little effort. :)

09/06/2026

Kenaikan harga baja akibat ketidaktentuan ekonomi dan krisis bekalan global memberi tekanan kepada sektor pertanian.
Namun begitu, anda masih boleh mengurangkan kos pembajaan melalui beberapa amalan yang lebih cekap dan berkesan tanpa menjejaskan hasil tanaman.
Antara langkah utama ialah mengamalkan pembajaan tepat dengan menggunakan baja mengikut keperluan tanaman dan peringkat pertumbuhannya.
Penggunaan baja secara berlebihan bukan sahaja membazir, malah boleh menjejaskan kesihatan tanaman dan alam sekitar.
Selain itu, analisis tanah juga penting bagi mengenal pasti kandungan nutrien yang diperlukan.
Dengan maklumat ini, anda dapat menggunakan baja secara lebih terancang dan menjimatkan.
Penggunaan sungkupan seperti jerami, rumput kering atau daun kering turut membantu mengurangkan kos pembajaan.
Sungkupan berfungsi mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan kehilangan nutrien serta mengawal pertumbuhan rumpai.
Di samping itu, penghasilan kompos daripada sisa tanaman dan sisa dapur boleh menjadi alternatif yang lebih ekonomik untuk menambah nutrien dan memperbaiki struktur tanah.
Amalan pengairan yang cekap juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan pembajaan.
Sistem pengairan yang baik membantu akar menyerap nutrien dengan lebih optimum serta mengurangkan kehilangan baja akibat larut resap.
Secara keseluruhannya, tanah yang sihat dan pengurusan nutrien yang baik dapat mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia serta meningkatkan kecekapan penggunaan input pertanian.
Dalam menghadapi peningkatan kos pengeluaran, pengurusan ladang yang bijak menjadi kunci untuk mengekalkan produktiviti tanaman dan memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara.
Rujuk infografik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan pembajaan yang cekap dan menjimatkan.

09/06/2026

โ€ผ๏ธ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐‰๐€๐Š๐Ž๐€ ๐๐š๐ฒ๐š ๐๐ฎ๐ง๐ ๐จ๐ซ (๐๐‹๐๐) ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š ๐Ÿ“ฃ

PLPB menawarkan Kursus Pembuatan Pakaian Wanita SKM Tahap 2&3 bagi semua masyarakat Orang Asli (Wanita) berumur 16 hingga 40 tahun yang berkelayakan ๐Ÿ“ฃ

Kelebihan menyertai PLPB ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
โœ… Asrama percuma
โœ… Makan percuma
โœ… Elaun bulanan disediakan
โœ… Tenaga pengajar berpengalaman
โœ… Fasiliti pembelajaran dan asrama yang lengkap

Tempoh pengajian hanya 7 bulan sahaja ๐Ÿ‘๐Ÿฝ Cepat, rebut peluang yang disediakan ๐ŸŽ‰

Imbas kod QR atau layari https://bit.ly/kursusplpb. Borang pendaftaran juga boleh didapati dari mana-mana pejabat JAKOA berhampiran ๐Ÿ“ฃ

Untuk sebarang soalan atau maklumat lanjut, sila hubungi Encik Yazid Beram (0182354179) atau Encik Asrul Muis (0138559022) โ˜Ž๏ธ







09/06/2026

๐ŸŒŸ ๐“๐•๐„๐“ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐€๐ƒ๐€๐‘ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š๐€๐‹: ๐ˆ๐๐ˆ ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐๐€๐‘๐” ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐ƒ๐€! ๐ŸŒŸ

Sebut sahaja pasal TVET, mesti ramai yang terbayang bengkel, membaiki kenderaan, atau pendawaian elektrik, kan? ๐Ÿค” Sebenarnya, cabang TVET jauh lebih luas dan kini merangkumi bidang pengurusan yang sangat dekat dengan potensi ekonomi lokal kita!

Tahukah anda? Institut Kemajuan Desa (INFRA) kini menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang cukup unik, rare, dan bertepatan dengan trend pelancongan serta pembangunan luar bandar negara.

Berikut adalah dua cabang TVET menarik di INFRA yang wajib anak muda teroka:

๐Ÿก SKM Pengurusan Homestay
Industri pelancongan domestik kita sedang rancak dan berkembang pesat! Menerusi kursus ini, anda akan diajar selok-belok menguruskan inap desa (homestay) secara profesional. Anda akan belajar cara memberikan layanan tetamu bertaraf tinggi, teknik pemasaran, sehinggalah penyelenggaraan. Memang sesuai sangat untuk anda yang beraspirasi nak jadi usahawan pelancongan yang berjaya! ๐Ÿงณโœจ

๐ŸŒณ SKM Pengurusan Desa
Bagi anda yang berjiwa pemimpin dan ingin menabur bakti kepada komuniti, ini peluang keemasan. Anda akan dilatih dengan pelbagai kemahiran pengurusan dan tadbir urus komuniti yang mantap. Jadilah generasi pencetus transformasi yang bakal memajukan landskap sosioekonomi kawasan luar bandar! ๐Ÿค๐Ÿ“ˆ

Kenapa Anda Perlu Rebut Peluang Ini?

Pembelajaran Praktikal (Hands-on): Tidak hanya belajar teori, anda didedahkan dengan realiti dan kemahiran sebenar industri.

Kelulusan Diiktiraf: Anda akan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf dan dipandang tinggi dalam pasaran kerja.

Bina Perniagaan Sendiri: Bukan sekadar makan gaji, ilmu ini melengkapkan anda untuk menjadi bos kepada bisnes anda sendiri!

Anak muda, ini masanya untuk cipta kelainan. Bidang pengurusan komuniti dan pelancongan desa adalah lubuk emas ekonomi masa kini yang dijamin tak lapuk dek hujan. ๐Ÿš€

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah





09/06/2026

Dah bersedia teruskan penjimatan esok? Jom kejar trak JER kami





09/06/2026

๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ธ : ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐—ถ



09/06/2026

Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan: Galakan Tingkatkan Hasil Tempatan
Dalam situasi semasa yang dipengaruhi oleh krisis tenaga global serta peningkatan kos pengeluaran, usaha memperkukuh pengeluaran makanan tempatan menjadi semakin penting.
Sehubungan itu, insentif pengeluaran tanaman makanan sebanyak RM200 bagi setiap tan metrik diperkenalkan sebagai galakan kepada pengusaha untuk meningkatkan hasil tanaman dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Melalui insentif ini, jumlah bantuan akan dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa dengan had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap penerima.
Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dalam sistem GeoTanaman, serta memiliki sijil myGAP atau myOrganic yang masih sah khusus bagi tanaman makanan.
Selain itu, pemohon juga perlu mempunyai akaun Agrobank yang aktif, kerana pembayaran bantuan akan dibuat melalui kaedah pindahan elektronik (EFT).
Bagi melengkapkan permohonan, beberapa dokumen perlu disediakan, termasuk salinan kad pengenalan atau dokumen pendaftaran syarikat (SSM), salinan sijil pensijilan myGAP atau myOrganic yang masih aktif serta rekod hasil pengeluaran seperti ringkasan pengeluaran, rekod jualan dan invois yang disahkan melalui borang berkaitan.
Maklumat akaun Agrobank yang aktif juga perlu dikemukakan bagi tujuan penyaluran dana.
Proses permohonan bermula dengan penghantaran borang lengkap ke Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.
Permohonan seterusnya akan dinilai dan disahkan sebelum dimajukan ke Jabatan Pertanian Negeri untuk kelulusan.
Setelah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian, bayaran insentif akan dikreditkan terus ke akaun pemohon melalui akaun Agrobank.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos pengeluaran, malah menggalakkan pengeluaran makanan tempatan secara lebih mampan.
Dalam menghadapi cabaran krisis tenaga global, peningkatan pengeluaran domestik merupakan langkah strategik bagi memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi dan stabil.

Borang permohonan : https://t.me/mydoa_hq/2491



YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
myGAP myOrganic Sektor Tanaman

28/02/2026
28/02/2026
28/02/2026

Esok JER on tau! Jumpa kami di lokasi-lokasi ini





Address

Taiping
34850

Telephone

+60167276398

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abdul Son's Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category