Mvet Animal Clinic & Surgery

Call Directions Contact the business

Mvet Animal Clinic & Surgery MVET Animal Clinic & Surgery
Dedicated to treating every pet with love, respect, and expert care. Your pet’s health is our passion.

We offer everything from wellness visits to surgery, making sure your pets feel safe and cared for—just like they should.

🐾 SEPTEMBER PROMO IS HERE! 💉Time to get your furry babies protected! 🐱🐶We’re offering SPECIAL PROMOTIONS on vaccination,...
19/09/2026

🐾 SEPTEMBER PROMO IS HERE! 💉
Time to get your furry babies protected! 🐱🐶
We’re offering SPECIAL PROMOTIONS on vaccination, neuter and full blood test at MVET Animal Clinic, Setia Alam! 🎉
⚠️ Promo is limited to the first 50 customers only, so don’t wait until the last minute!
📍 Setia Alam, Shah Alam
📞 https://wa.link/mdtxci

🐾 SEPTEMBER VACCINATION PROMO IS HERE! 💉Time to get your furry babies protected! 🐱🐶We’re offering SPECIAL PROMOTIONS on ...
15/09/2026

🐾 SEPTEMBER VACCINATION PROMO IS HERE! 💉

Time to get your furry babies protected! 🐱🐶

We’re offering SPECIAL PROMOTIONS on 4-in-1 vaccination at MVET Animal Clinic, Setia Alam! 🎉

⚠️ Promo is limited to the first 50 customers only, so don’t wait until the last minute!

📍 Setia Alam, Shah Alam
📞 https://wa.link/mdtxci

TANDA KUCING ANDA DEMAM? 🐱🌡️Kucing tak boleh beritahu kita bila badan mereka rasa tak sihat.Tapi perubahan kecil pada fi...
09/09/2026

TANDA KUCING ANDA DEMAM? 🐱🌡️

Kucing tak boleh beritahu kita bila badan mereka rasa tak sihat.

Tapi perubahan kecil pada fizikal dan tingkah laku mereka boleh menjadi petunjuk awal yang tak patut kita abaikan.

Antara tanda yang boleh diperhatikan:

1️⃣ BADAN TERASA LEBIH PANAS
Badan kucing terasa lebih panas daripada biasa apabila disentuh.

2️⃣ LESU & KURANG AKTIF
Kucing yang biasanya aktif tiba-tiba banyak tidur, kurang bermain atau kelihatan tidak bermaya.

3️⃣ SELERA MAKAN MENURUN
Kucing mula makan sedikit atau tidak berminat dengan makanan seperti biasa.

4️⃣ PERUBAHAN TINGKAH LAKU
Kucing menjadi lebih pendiam, s**a bersembunyi atau menunjukkan perubahan yang berbeza daripada kebiasaannya.

Namun, tanda-tanda ini tidak semestinya bermaksud kucing anda demam.

Jika anda perasan perubahan pada kucing, pemeriksaan oleh doktor veterinar penting untuk mengenal pasti punca sebenar.

Jangan tunggu sehingga si bulus semakin lemah. ❤️

Jika anda risau tentang keadaan kucing anda, bawa mereka ke MVET untuk pemeriksaan.

📩 Hubungi MVET untuk maklumat lanjut atau temujanji.

👉https://wa.me/601129223532?text=Hai%20Klinik%20Veterinar,%20saya%20nak%20tanya%20tentang%20rawatan%20haiwan%20saya

🐱 Baru Bela Anak Kucing? Ini 3 Tips Asas Penjagaan Yang Wajib Anda Tahu!Anak kucing memang comel, tapi penjagaan mereka ...
05/09/2026

🐱 Baru Bela Anak Kucing? Ini 3 Tips Asas Penjagaan Yang Wajib Anda Tahu!

Anak kucing memang comel, tapi penjagaan mereka memerlukan perhatian ekstra supaya membesar sihat dan ceria.

Khas daripada Mvet, ini 3 tips penting yang wajib anda amalkan:

🍼 1. Berikan Makanan Yang Sesuai

Anak kucing memerlukan nutrisi khas mengikut peringkat umur mereka.

Berikan makanan atau susu khas anak kucing (kitten formula). Elakkan memberi susu lembu kerana ia boleh menyebabkan masalah penghadaman dan cirit-birit.

🏠 2. Pastikan Tempatnya Bersih & Selamat

Sediakan kawasan rehat yang kering, hangat, dan selesa buat si comel.

Pastikan kebersihan persekitaran dan bekas pasir (litter box) sentiasa dijaga untuk mengelakkan jangkitan kuman, bakteria, atau parasit.

💉 3. Jangan Abaikan Vaksin & Pemeriksaan

Antibodi anak kucing masih lemah dan berisiko dijangkiti penyakit berbahaya.

Bawa si comel mendapatkan pemeriksaan kesihatan berkala, ubat cacing, serta suntikan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan.

🏥 Nak Pastikan Si Comel Membesar Sihat & Bebas Penyakit?

Jom bawa anak kucing anda ke Mvet untuk pemeriksaan kesihatan lengkap dan suntikan vaksin hari ini!

👇 Klik pautan di bawah untuk tempahan temjanji:

👉https://wa.me/601129223532?text=Hai%20Klinik%20Veterinar,%20saya%20nak%20tanya%20tentang%20rawatan%20haiwan%20saya

04/09/2026
KUCING TAK MAHU MAKAN? JANGAN TERUS ANGGAP DIA MEMILIH MAKANAN. 🐱Pernah tak kucing tiba-tiba tak sentuh makanan, walaupu...
04/09/2026

KUCING TAK MAHU MAKAN? JANGAN TERUS ANGGAP DIA MEMILIH MAKANAN. 🐱

Pernah tak kucing tiba-tiba tak sentuh makanan, walaupun makanan yang dia biasa makan?

Ramai pemilik kucing fikir,
“Biasalah, mungkin dia dah bosan dengan makanan.”

Tapi sebenarnya, perubahan selera makan boleh menjadi tanda ada sesuatu yang tak kena.

Antara sebab kucing tak mahu makan:

🐾 Sakit gigi atau masalah mulut
🐾 Masalah perut atau sistem penghadaman
🐾 Demam atau jangkitan
🐾 Stres atau perubahan persekitaran
🐾 Masalah kesihatan dalaman
🐾 Kesan daripada ubat atau rawatan tertentu

Yang penting, jangan tunggu terlalu lama jika kucing anda tiba-tiba berhenti makan.

Kucing yang tidak makan boleh mengalami masalah kesihatan dengan cepat, terutama jika keadaan berlarutan.

Kalau kucing anda menunjukkan perubahan selera makan, perhatikan juga tingkah laku lain seperti kurang aktif, muntah, cirit-birit, bersembunyi atau perubahan pada minum dan kencing.

Sayang kucing bukan sekadar pastikan dia kenyang. ❤️

Sayang kucing bermaksud kita peka apabila ada perubahan pada dirinya.

Jika kucing anda tak mahu makan atau selera makannya berubah, dapatkan pemeriksaan daripada doktor veterinar untuk mengetahui puncanya.

📍 MVET Animal Clinic & Surgery
🐱 Kesihatan mereka, tanggungjawab kita.

👇 Klik link kat bawah/bio untuk terus hubungi team kami hari ini:

👉https://wa.me/601129223532?text=Hai%20Klinik%20Veterinar,%20saya%20nak%20tanya%20tentang%20rawatan%20haiwan%20saya

🐱 SAYANG KUCING, JANGAN TUNGGU SAMPAI TERLAMBATPernah tak terfikir…“Kenapa kucing aku asyik nak keluar rumah?”“Kenapa di...
01/09/2026

🐱 SAYANG KUCING, JANGAN TUNGGU SAMPAI TERLAMBAT

Pernah tak terfikir…

“Kenapa kucing aku asyik nak keluar rumah?”
“Kenapa dia mula spray merata-rata?”
“Kenapa perangai dia tiba-tiba berubah?”
“Kalau dia mengawan nanti, anak-anak dia nak letak mana?”

Pemandulan bukan sekadar untuk mengelakkan kucing daripada membiak.

Ia juga merupakan salah satu langkah penjagaan yang boleh membantu mengurus tingkah laku tertentu dan mengurangkan risiko masalah yang berkaitan dengan pembiakan.

Lebih penting, kita dapat membantu mengawal populasi kucing dan mengelakkan lebih banyak anak kucing lahir tanpa penjagaan yang sempurna.

Sebab bila kita ambil seekor kucing sebagai keluarga…

Tanggungjawab kita bukan sekadar beri makan.

Kita juga bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan kebajikan mereka. ❤️

Kalau anda sedang mempertimbangkan untuk mandulkan kucing anda, jangan tunggu sehingga ada masalah baru nak bertindak.

📍 Boleh dapatkan pemeriksaan dan konsultasi bersama team MVET terlebih dahulu untuk mengetahui kesesuaian kucing anda.

📩 Hubungi MVET untuk pertanyaan dan temujanji.

👉https://wa.me/601129223532?text=Hai%20Klinik%20Veterinar,%20saya%20nak%20tanya%20tentang%20rawatan%20haiwan%20saya

MVET Animal Clinic & Surgery
🐾 Penjagaan kesihatan mereka, tanggungjawab kita.

31/08/2026

JAWATAN KOSONG – PEMBANTU VETERINAR

MVET ANIMAL CLINIC & SURGERY
Setia Alam, Shah Alam

🐾 WE ARE HIRING!
PEMBANTU VETERINAR (VETERINARY ASSISTANT)
Full-Time | Internship

SKOP KERJA
• Membantu doktor veterinar semasa consultation, treatment dan prosedur
• Mengendalikan dan menguruskan pesakit dengan baik dan selamat
• Menjaga pesakit ward termasuk feeding, medication dan monitoring
• Membersihkan cage, ward, consultation room dan kawasan klinik
• Membantu dalam kes emergency dan tugas-tugas klinikal lain mengikut arahan doktor

KELAYAKAN
• Minimum SPM.
• Fresh graduate juga dialu-alukan
• Mempunyai minat yang tinggi terhadap haiwan
• Boleh mengendalikan haiwan dengan baik
• Bertanggungjawab, rajin, berdisiplin dan boleh bekerja dalam team.

📩 Cara memohon:
Sila hantarkan CV/Resume dan maklumat ringkas mengenai diri anda melalui WhatsApp:

https://wa.link/qlqms8

MVET Animal Clinic & Surgery
Dedicated to treating every pet with love, respect, and expert care. We offer everything from wellness visits to surgery, making sure your pets feel safe and cared for—just like they should. Your pet’s health is our passion.

🇲🇾 MERDEKA ITU SATU NIKMAT 🇲🇾Ada yang membesar dalam Malaysia yang aman.Ada yang bekerja, membina keluarga dan mengejar ...
31/08/2026

🇲🇾 MERDEKA ITU SATU NIKMAT 🇲🇾

Ada yang membesar dalam Malaysia yang aman.

Ada yang bekerja, membina keluarga dan mengejar impian di bumi ini.

Dan ada juga haiwan kecil yang setiap hari menemani kita — tanpa mengenal erti perbezaan, hanya tahu tentang kasih sayang. 🐾❤️

Kemerdekaan mengajar kita bahawa setiap kehidupan itu berharga.

Semoga Malaysia terus menjadi tanah air yang aman, penuh kasih sayang dan menjadi tempat yang selamat untuk semua.

Daripada kami di MVET Animal Clinic & Surgery,

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69. 🇲🇾

Untuk Malaysia.
Untuk kita.
Untuk setiap nyawa yang kita sayangi.

MERDEKA! ❤️🇲🇾

🐾 SATU REVIEW ANDA MUNGKIN NAMPAK KECIL…Tapi bagi kami di MVET, ia sangat bermakna. ❤️Setiap kali anda bawa si bulus dat...
30/08/2026

🐾 SATU REVIEW ANDA MUNGKIN NAMPAK KECIL…

Tapi bagi kami di MVET, ia sangat bermakna. ❤️

Setiap kali anda bawa si bulus datang ke MVET, kami tahu anda bukan sekadar membawa seekor kucing atau anjing.

Anda membawa seorang ahli keluarga.

Sebab itu setiap pesakit yang datang ke MVET kami cuba jaga sebaik mungkin — daripada pemeriksaan, rawatan, vaksinasi, pembedahan sehinggalah kes kecemasan.

Dan bila anda pulang dengan hati yang lebih lega…

Kemudian anda luangkan beberapa minit untuk berkongsi pengalaman di Google Review…

Percayalah, kami hargai sangat. 🥹❤️

Review anda bukan hanya membantu MVET.

Ia juga boleh membantu pemilik haiwan lain yang sedang mencari klinik untuk si bulus mereka.

Mungkin ada seorang owner yang sedang panik.

Mungkin ada yang baru pertama kali mencari klinik.

Mungkin ada yang sedang mencari tempat yang mereka boleh percayakan untuk menjaga ahli keluarga berbulu mereka.

Dan apabila mereka membaca pengalaman anda…

Mungkin review anda yang membuatkan mereka berkata,

“Okay. Aku rasa aku boleh percayakan MVET.”

🐾 Jadi, kalau anda pernah mendapatkan rawatan di MVET…

Kami nak minta sedikit bantuan daripada anda.

❤️ Luangkan beberapa minit.
⭐ Kongsikan pengalaman anda.
🐾 Bantu owner lain buat pilihan yang lebih yakin.

Tekan Google Review dan tinggalkan pengalaman anda bersama MVET.

Terima kasih kerana mempercayai kami untuk menjaga insan kecil berbulu yang paling anda sayangi. ❤️

MVET Animal Clinic & Surgery
Because they’re not just pets. They’re family. 🐾

Address

No. 122A-G, Jalan Setia Gemilang BJ U13/BJ, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+601129223532

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mvet Animal Clinic & Surgery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mvet Animal Clinic & Surgery:

Shortcuts

Share

Category