Hello..Vet Disini

Hello..Vet Disini Merupakan sebuah anak syarikat Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan pembedahan veter

OPERATION HOURS DURING PKPB 2.0

MONDAY : OFFDAY
TUESDAY - THURSDAY : 12.00NOON TILL 9.00PM
FRIDAY : 03.00PM - 9.00PM
SATURDAY & SUNDAY : 12.00PM TILL 06.00PM

APPOINTMENT IS A MUST.

BISMILLAH.PENGUMUMAN.HARI NI KLINIK BEROPERASI SEPERTI BIASA SEHINGGA JAM 5.30PM YA. SETIAP ISNIN Klinik Haiwan & Surger...
23/08/2026

BISMILLAH.

PENGUMUMAN.
HARI NI KLINIK BEROPERASI SEPERTI BIASA SEHINGGA JAM 5.30PM YA. SETIAP ISNIN Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil CUTI.

SELASA, 25 OGOS 2026
KLINIK HAIWAN & SURGERI PUNCAK JALIL
CUTI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1448H

KLINIK BEROPERASI SEMULA SEPERTI BIASA PADA HARI RABU
26 OGOS 2026.

TERIMA KASIH

YANG BENAR
PUAN SERI AVRIL SIXY AL-GOJESS

Bismillah.FELINE IMMUNODEFICIENCY VIRUS (FIV)?Apa itu FIV? Korg dah sedia maklumke tentang penyakit yang agak "common" m...
21/08/2026

Bismillah.

FELINE IMMUNODEFICIENCY VIRUS (FIV)?

Apa itu FIV? Korg dah sedia maklumke tentang penyakit yang agak "common" menyerang kucing-kucing korang yg kerap merempit keluar rumah cari cikaro atau bergaduh ala-ala colombian drug dealer kat persekitaran kejiranan perumahan korang? haha well, FIV (Feline Immunodefiency) ni sama je macam Human Immunodefieciency Virus(HIV) yg menyerang manusia - cumanya ia tidak boleh menjangkiti spesis yg berbeza.

Dalam erti kata lain, FIV hanya boleh menjangkiti kucing lain dan tidak boleh menjangkiti manusia atau haiwan-haiwan lain. Begitulah juga dgn HIV. Bukan bersifat Zoonotik disease senang kata.

So, acane nak jaga kalau kucing korang POSITIF FIV? Ha, rujuklah infografik ya... semoga bermanfaat la ek..

BISMILLAH.HARAP MAAF, UNTUK AHAD (16 OGOS 2026), KLINIK HAIWAN & SURGERI PUNCAK JALIL BEROPERASI DARI JAM 12.30PM SEHING...
15/08/2026

BISMILLAH.

HARAP MAAF, UNTUK AHAD (16 OGOS 2026), KLINIK HAIWAN & SURGERI PUNCAK JALIL BEROPERASI DARI JAM 12.30PM SEHINGGA 4.30PM SAHAJA. KAMI MOHON MAAF ATAS KESULITAN. SETIAP HARI ISNIN KLINIK KAMI CUTI.

KLINIK AKAN KEMBALI BEROPERASI SEPERTI BIASA PADA HARI SELASA, INSYAALLAH.

TERIMA KASIH

Bismillah.Feline Parvovirus (Feline Panleukopenia) : "Virus Maut" pada SiComelFeline Parvovirus (FPV) atau lebih dikenal...
07/08/2026

Bismillah.

Feline Parvovirus (Feline Panleukopenia) : "Virus Maut" pada SiComel

Feline Parvovirus (FPV) atau lebih dikenali sebagai Feline Panleukopenia Virus (FPV) ialah sejenis virus yang sangat berbahaya dan mudah berjangkit dalam kalangan kucing. Penyakit ini menyerang sel-sel yang membahagi dengan cepat seperti:

1. Usus (menyebabkan cirit-birit teruk)
2. Sumsum tulang (menurunkan sel darah putih)
3. Sistem imun
3. Anak kucing yang masih dalam kandungan atau baru lahir (boleh menyebabkan kecacatan otak)

Peratus kematian boleh mencecah 70–90%, terutamanya pada kucing yang tidak divaksin.

Bagaimana Kucing Fully Indoor Boleh Dijangkiti?

Ramai pemilik beranggapan kucing yang tidak pernah keluar rumah tidak mungkin dijangkiti. Sebenarnya, FPV sangat tahan lasak dan boleh hidup di persekitaran sehingga setahun atau lebih jika tidak dibersihkan menggunakan pembasmi kuman yang sesuai.

Virus boleh masuk ke dalam rumah melalui:

🐾 1. Kasut atau selipar. Terpijak najis atau tanah yang tercemar dengan virus.

👖 2. Pakaian dan tangan manusia. Selepas memegang kucing dijangkiti atau berada di luar rumah, klinik veterinar, shelter atau rumah yang mempunyai kucing sakit.

🎒 3. Sangkar atau aksesori terpakai. Sangkar, litter box, mangkuk makanan, selimut atau mainan yang tidak dinyahkuman dengan betul.

🐈 4. Kucing baru dibawa masuk. Walaupun nampak sihat, ia mungkin sedang dalam tempoh inkubasi.

Tempoh Inkubasi Virus Parvo.
Biasanya 2–10 hari selepas dijangkiti.

Tanda-tanda Jangkitan
Antara simptom yang biasa dilihat ialah:

1. Demam tinggi.

2. Lemah dan tidak aktif.

3. Hilang selera makan.

4. Muntah berulang kali.

5. Cirit-birit (kadang-kadang berdarah).

6. Dehidrasi yang teruk.

7. Sakit abdomen.

8. Bulu kusam dan badan semakin kurus.

9. Bilangan sel darah putih sangat rendah (panleukopenia).

Pada anak kucing:
1. Mati secara mengejut satu per satu.
2. S**ar berjalan atau kehilangan keseimbangan jika dijangkiti
semasa dalam kandungan atau sejurus selepas lahir.

Bagaimana Doktor Veterinar Mengesan FPV?
Diagnosis biasanya dibuat berdasarkan gabungan:

1. Sejarah penyakit.
2. Pemeriksaan fizikal.
3. Ujian darah (sel darah putih sangat rendah).
4. Rapid test najis. PCR (ujian paling tepat jika diperlukan).

Rawatan?
❗ Tiada ubat khusus yang boleh membunuh virus FPV.

Rawatan adalah bertujuan menyokong badan sehingga sistem imun berjaya melawan virus. Rawatan biasanya merangkumi:

💉 Terapi Cecair (IV drip).

💊 Ubat tahan muntah.

🦠 Antibiotik bagi mencegah jangkitan bakteria sekunder.

🍗 Sokongan nutrisi.

⚖️ Pembetulan ketidakseimbangan elektrolit.

🩸 Dalam kes tertentu: Plasma atau pemindahan darah jika diperlukan.

Lebih awal rawatan dimulakan, lebih tinggi peluang untuk sembuh.

Pencegahan
✅ 1. Vaksinasi. Ini adalah perlindungan paling penting.

Jadual umum vaksinasi:

Anak kucing : bermula umur 6–8 minggu.
Booster setiap 3–4 minggu sehingga umur 16–20 minggu.

Booster selepas setahun.
Seterusnya mengikut jadual yang disyorkan oleh doktor veterinar.

✅ 2. Kuarantin kucing baru..Asingkan sekurang-kurangnya 10–14 hari selepas vaksin pertama diberikan, dan pastikan sihat sebenuhnya sebelum ia dicampurkan dengan kucing-kucing lain.

✅ 3. Disinfeksi yang betul. Virus FPV tidak mudah mati dengan pencuci biasa.

A. Pembasmi kuman yang berkesan termasuk: Clorox / Larutan peluntur (bleach/sodium hypochlorite) yang dicairkan mengikut arahan.

B. Disinfektan yang veterinar sarankan yang terbukti berkesan terhadap parvovirus.

✅ 4. Elakkan berkongsi peralatan

Jangan berkongsi:

1. Mangkuk makanan
2. Litter box
3. Sangkar
4. Selimut
5. Mainan

Tanpa dibersihkan dan dinyahkuman terlebih dahulu.

Adakah FPV Berjangkit Kepada Manusia? :Tidak.
FPV tidak menjangkiti manusia dan juga bukan penyakit zoonotik.

Namun manusia boleh menjadi pembawa virus secara tidak langsung, contohnya melalui kasut, pakaian atau tangan.

Boleh menjangkiti manusia? ❌ Tidak

Pesanan penting untuk pemilik kucing: Walaupun kucing anda 100% indoor, ia masih berisiko dijangkiti FPV kerana virus boleh dibawa masuk ke dalam rumah melalui kasut, pakaian, tangan atau barangan yang tercemar. Oleh itu, vaksinasi mengikut jadual dan amalan kebersihan yang baik merupakan perlindungan terbaik terhadap penyakit ini. jangan berlengah dan segeralah bawa anak-bulus anda untuk mendapatkan perlindungan segera.

Bismillah.Kenapa Kucing Berubah Personaliti di Klinik Veterinar?Ramai pemilik tertanya-tanya mengapa kucing yang sangat ...
05/08/2026

Bismillah.

Kenapa Kucing Berubah Personaliti di Klinik Veterinar?

Ramai pemilik tertanya-tanya mengapa kucing yang sangat manja di rumah tiba-tiba menjadi garang, mendesis, mencakar, malah cuba menggigit apabila dibawa ke klinik veterinar. Sebenarnya, tingkah laku ini adalah reaksi semula jadi terhadap tekanan (stress) dan ketakutan, bukannya kerana kucing "nakal" atau membenci pemiliknya.

Di Rumah: Kucing Berasa Selamat

Di rumah, kucing berada dalam kawasan yang mereka kenal. Mereka tahu di mana tempat makan, tempat tidur dan tempat bersembunyi. Persekitaran yang biasa membuatkan mereka berasa selamat dan yakin, lalu mereka menjadi:

Manja dan s**a dibelai.
Mesra dengan ahli keluarga.
S**a bermain dan tidur dengan tenang.
Mudah didekati dan dipegang.

Di Klinik Veterinar: Dunia Asing Yang Menakutkan

Apabila tiba di klinik, kucing memasuki persekitaran yang asing. Mereka terpaksa menghadapi pelbagai perkara yang boleh mencetuskan ketakutan seperti:

1. Bau ubat, alkohol dan haiwan lain.
2. Bunyi anjing menyalak atau haiwan lain yang tertekan.
3. Kehadiran orang yang tidak dikenali.
4. Pemeriksaan fizikal yang membuatkan mereka berasa hilang
kawalan.
5. Pengalaman buruk yang pernah dialami sebelum ini seperti
suntikan atau pembedahan.

Oleh sebab itu, kucing akan mengaktifkan tindak balas "fight or flight" (lawan atau lari). Oleh kerana mereka tidak dapat melarikan diri dari bilik pemeriksaan, mereka memilih untuk mempertahankan diri.

Mengapa Mereka Menjadi Garang?

Perubahan tingkah laku ini sebenarnya bertujuan untuk melindungi diri. Antara reaksi yang biasa dilihat ialah:

Mendesis (hissing).
Menggeram.
Bulu mengembang.
Telinga dirapatkan ke belakang.
Mencakar atau menggigit apabila disentuh.
Bersembunyi di dalam carrier.

Ini bukan bermaksud kucing itu "jahat", tetapi mereka sedang memberitahu bahawa mereka berasa takut dan terancam.

Apa Yang Pemilik Boleh Lakukan?

Bagi mengurangkan tekanan ketika ke klinik:

1. Biasakan kucing berada di dalam carrier beberapa hari sebelum
temu janji.
2. Letakkan selimut atau tuala yang mempunyai bau rumah di
dalam carrier.
3. Elakkan membuka carrier secara paksa.
4. Bercakap dengan suara yang lembut dan tenang.
5. Datang ke klinik dengan temu janji bagi mengurangkan masa
menunggu.
6. Jika kucing terlalu agresif atau mudah panik, berbincang dengan
doktor veterinar tentang penggunaan ubat penenang ringan
sebelum lawatan (jika sesuai).

Kesimpulan
Kucing tidak mempunyai dua personaliti. Mereka bertindak mengikut keadaan sekeliling. Di rumah mereka berasa selamat, manakala di klinik mereka berasa takut dan cuba melindungi diri. Dengan sedikit kesabaran, teknik pengendalian yang betul dan pengalaman klinik yang lebih positif, kebanyakan kucing boleh menjadi lebih tenang setiap kali berjumpa doktor veterinar.

Heheh. Situasi yg bukan asing bagi mana-mana klinik veterinar sebenarnya...huhuhu

Bismillah.❤️ PENYAKIT JANTUNG PADA KUCING – SI PEMBUNUH SENYAP! 🐱Tahukah anda? Penyakit jantung pada kucing sering berla...
01/08/2026

Bismillah.

❤️ PENYAKIT JANTUNG PADA KUCING – SI PEMBUNUH SENYAP! 🐱

Tahukah anda? Penyakit jantung pada kucing sering berlaku tanpa sebarang tanda yang jelas. Ramai pemilik hanya menyedari apabila keadaan sudah menjadi serius. kAMI KONGSIKAN SEDIKIT INFOGRAFIK UNTUK SIMPANAN DAN RUJUKAN KORANG YA. SIMPAN DAN MANFAATKAN YA...🥲🥲🥲

Bismillah.Bagi yg mengenali anak bulus kami yg bernama NineNine Al-Gojess, Babah nak maklumkan dia baru sahaja pergi men...
30/07/2026

Bismillah.

Bagi yg mengenali anak bulus kami yg bernama NineNine Al-Gojess, Babah nak maklumkan dia baru sahaja pergi meninggalkan kami hari ini pada usia menjangkau hampir 10 tahun..
Terima Kasih NineNine sudi temankan kami dan menjadi penyambut tetamu (kadang-kadang karpet lap kaki sbb baring depan pintu masuk)

Kami semua tak akan lupakan kenangan dan jasa NineNine sepanjang NineNine jaga kami.. semoga NineNine damai disana.
😭😭😭😭😭

Bismillah.Kucing ada diabetes? Apa punca nya? Simptom2 nya apa? Apa risikonya? Ate canneee?Eh ni ha Babah dah buatkan in...
25/07/2026

Bismillah.

Kucing ada diabetes? Apa punca nya? Simptom2 nya apa? Apa risikonya? Ate canneee?
Eh ni ha Babah dah buatkan info grafik. Sila la download dan rujuk yaaa.

p/s : kucing makluk bernyawa tau...banyak penyakit2 mereka lebih kurang sama dengan kita, Manusia...tetapi rawtan berbeza...jadinya nasihat Babah, jangan sesekali buat rawatan sendiri kat rumah, sebaliknya bawa ke vet utk dapatkan pemeriksaan dan rawatan tauuu.

BISMILLAHWhy should we buy gold disc original, and not the purple disc dvd...EH SILAP.. HAHA..KENAPA PERLU MANDUL DAN AP...
23/07/2026

BISMILLAH

Why should we buy gold disc original, and not the purple disc dvd...EH SILAP.. HAHA..

KENAPA PERLU MANDUL DAN APA KEBAIKANNYA? HAA SILA RUJUK SENDIRI LA EKK

Bismillah.Assalamualaikum semua, sedia maklum setiap Isnin merupakan hari cuti Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil.. cu...
19/07/2026

Bismillah.

Assalamualaikum semua, sedia maklum setiap Isnin merupakan hari cuti Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil.. cuti disambung sehingga ke hari Selasa, 21 Julai 2026 bg membolehkan kami untuk menghadiri seminar ya. Klinik akan kembali beroperasi pada 22 Julai 2026 (RABU) seperti biasa Insyaallah.

Kami mohon maaf atas segala kesulitan ekkkk

Address

No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Tuesday 12:00 - 21:00
Wednesday 12:00 - 21:00
Thursday 12:00 - 21:30
Friday 15:00 - 21:00
Saturday 12:00 - 18:00
Sunday 12:00 - 18:00

Telephone

+60395452879

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hello..Vet Disini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hello..Vet Disini:

Shortcuts

Share

Category