University Veterinary Hospital UPM

Call Directions Website

University Veterinary Hospital UPM The official page for the University Veterinary Hospital, Universiti Putra Malaysia

30/09/2026
24/09/2026
17/09/2026

Undangan Menyertai Webinar Kebajikan Haiwan@VET, UPM Siri 8/2026: Sang Belang: Warisan Rimba, Amanah Bersama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./ Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan Kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN UPM), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Webinar Kebajikan Haiwan@VET, UPM Siri 8/2026 bertajuk "Sang Belang: Warisan Rimba, Amanah Bersama” seperti ketetapan berikut:

📍 Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
📍 Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Medium: Google Meet

🔗 Pautan Webinar: https://meet.google.com/asu-hspi-itm

3. Webinar ini akan menampilkan penceramah iaitu YBrs Dr. Wan Nor Fitri Wan Jaafar, Pensyarah Kanan FPV. Objektif webinar adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan Harimau Malaya sebagai warisan negara dan tanggungjawab bersama dalam usaha konservasi.

4. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Datin/Prof./tuan/puan diundang untuk menyertai webinar ini. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga UPM dan orang awam. Mata CPD UPM dan CPD MAVMA disediakan bagi sesiapa yang berkenaan.

5. Kepada sesiapa yang berhasrat memberikan sumbangan bagi Tabung Kebajikan Haiwan, sila imbas kod QR seperti yang berikut. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./tuan/puan boleh ajukan kepada urus setia program melalui emel [email protected].

Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Malaysia ke-63Hari Malaysia memperingati pembentukan Malaysia sambil menyemarakkan semangat perpaduan, patr...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia ke-63

Hari Malaysia memperingati pembentukan Malaysia sambil menyemarakkan semangat perpaduan, patriotisme dan kebersamaan rakyat pelbagai latar.

Semangat tersebut diharapkan menyatukan rakyat, memperkukuh keharmonian serta memelihara Malaysia sebagai negara berdaulat dan sejahtera.

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

11/09/2026

Video sorotan bagi Lawatan Penanda Aras Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak

Department of Veterinary Services Sarawak

UPM Kongsi Amalan Terbaik Pengurusan Stor Ubat dan Vaksin Bersama DVS SarawakOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul...
11/09/2026

UPM Kongsi Amalan Terbaik Pengurusan Stor Ubat dan Vaksin Bersama DVS Sarawak

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | [email protected]

SERDANG, 11 September - Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan delegasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak pada 9 September 2026 bagi lawatan penanda aras pengurusan stor ubat dan vaksin. Lawatan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kakitangan dalam pengurusan bekalan secara sistematik, berkesan dan berterusan untuk menyokong operasi veterinar.

Delegasi Department of Veterinary Services Sarawak seramai tujuh orang pegawai diketuai oleh Dr. Chuo Hock Tieng, Penolong Pengarah, Bahagian Kesihatan Haiwan, bersama Dr. Ng Lily, Pegawai Veterinar, Makmal Diagnosa Veterinar Negeri serta lima pegawai lain. Sesi taklimat yang diadakan di Bilik Ragdoll, UVH turut disertai Pegawai Farmasi UVH bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam amalan terbaik.

Menurut Timbalan Dekan Hospital, Prof. Dr. Mohd Hezmee Mohd Noor, “Lawatan penanda aras ini merupakan platform yang baik untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam pengurusan stor ubat serta vaksin. Kami berharap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada pihak DVS Sarawak dalam memperkukuh pengurusan bekalan dan menyokong penyampaian perkhidmatan veterinar yang berkesan.”

Selain itu, delegasi didedahkan kepada tatacara penerimaan stok ubat dan biologik, termasuk semakan dokumen, pemeriksaan pembungkusan, nombor kelompok serta tarikh luput. Aspek pengurusan produk ubatan sensitif terhadap suhu seperti vaksin turut diberikan penekanan, khususnya kawalan suhu, pemantauan, kalibrasi termometer dan perekodan suhu secara berkala bagi menjamin kualiti dan keberkesanan produk serta keselamatan penggunaannya.

Lawatan diteruskan dengan sesi soal jawab, perbincangan meja bulat dan lawatan fizikal ke Unit Farmasi, UVH. Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh pengurusan stor ubat dan vaksin, di samping menggalakkan perkongsian amalan terbaik bagi menyokong penyampaian perkhidmatan veterinar yang lebih berkesan dan berterusan.

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

04/09/2026

Address

Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400UPMSERDANG

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397693955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Veterinary Hospital UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category