08/03/2026
⚠️ PERHATIAN PENDUDUK REMBAU
📌 Public Awareness Alert ‼️
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jika sesiapa terjumpa kucing seperti dalam gambar berikut, mohon kerjasama untuk menangkap dan membawa ke Klinik Veterinar & Surgeri Rembau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kucing ini dilihat berkeliaran di sekitar Pekan Rembau, dan lokasi terakhir yang diketahui adalah kedai fotostat di Pasar Rembau.
Kucing ini disyaki dijangkiti penyakit Sporotrichosis, iaitu jangkitan kulat pada kulit yang boleh menyebabkan luka terbuka, berdarah atau bernanah, terutamanya di kawasan telinga, muka dan kaki.
⚠️ Penyakit ini juga merupakan zoonotic disease, iaitu penyakit yang boleh berjangkit daripada kucing kepada manusia melalui cakaran atau sentuhan dengan luka yang dijangkiti.
Sekiranya ingin membantu menangkap kucing ini, sila gunakan sarung tangan atau kain tebal dan elakkan sentuhan langsung dengan luka bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Pihak kami juga sedang berusaha melakukan tangkapan bagi mengelakkan penyakit ini merebak kepada kucing lain di kawasan tersebut.
📞 Jika terlihat atau berjaya menangkap kucing ini, sila hubungi:
Klinik Veterinar & Surgeri Rembau
013-392 3537
Kerjasama dan keprihatinan anda amat kami hargai.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan.
Sekian, terima kasih.