15/06/2022
Perhatikan keliling anda. Laporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) berhampiran anda jika ada aktiviti pembuangan kucing berdekatan premis anda atau dimana-mana anda melihatnya.
π Ambil gambar atau video secara senyap memperlihatkan perbuatan membuang kucing, wajah penjenayah pembuang kucing dan jenis kenderaan serta nombor plat kenderaan digunakan sebagai bukti.
π Laporkan segera kepada pihak berkuasa haiwan di awa.dvs.gov.my
π Simpan kucing dan peralatan yang digunakan sewaktu membuang kucing secara sementara sebagai bukti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat dan penguatkuasaan DVS.
π Lakukan pertanyaan dan semakan susulan kepada DVS mengenai status aduan jenayah haiwan anda mengenai pembuangan kucing tersebut serta dapatkan nama pegawai kebajikan haiwan yang mengendalikan kes anda.
π Pastikan pegawai kebajikan haiwan DVS memberi maklum balas aduan dengan lengkap, sempurna dan bijak. Kuasa penguatkuasaan yang diperuntukkan berada di tangan mereka.
π Ikut rapat kes jenayah haiwan hingga pertuduhan dan perbiacaraan di mahkamah.
Pembuang kucing boleh dipenjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.00!
Jika ada kes jenayah haiwan yang hendak dikongsikan sila ke www.wasap.my/+60105394749 Visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
"HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN"