24/10/2018
7 Sebab Jangan Halang Anak Bela Kucing, Walaupun Kita Bukan Pencinta Haiwan
7 SEBAB JANGAN HALANG ANAK BELA KUCING, WALAUPUN KITA BUKAN PENCINTA HAIWAN
Walaupun kita bukan pencinta tegar haiwan-haiwan comel, itu bukan alasan untuk menghalang si kecil daripada memiliki haiwan peliharaan.
Ikuti 7 manfaat luar biasa pada anak jika diberi bela kucing:
1. KURANG RISIKO ALAHAN DAN LELAH
Eh, selalunya kucing dikaitkan dengan alahan (alergi) atau lelah (asthma). Tapi ini terbalik!
Mengikut kajian yang pernah diterbitkan menerusi TIME Magazine, anak-anak kecil yang membesar dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan sebenarnya kurang berisiko untuk menghidapi kedua-dua simptom ini.
Ini kerana, saintis mempercayai bahawa haiwan peliharaan seperti kucing akan mendedahkan anak kepada mikrob, lalu mematangkan sistem imun mereka lebih awal berbanding anak-anak normal.
Fakta ini disokong oleh kajian yang turut mendapati kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan adalah yang paling kurang mendapatkan rawatan respiratori di klinik-klinik.
bedak talkum bayi
Memelihara haiwan sebenarnya menguatkan pertahanan badan serta membantu mengelakkan alahan dan lelah. / Foto Kredit: modernreaders.com
2. ANAK LEBIH BANYAK BERMAIN DI LUAR
Kalau anak bela kucing, tentu mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana ingin membawa kucing bersiar-siar. Kalau tidak di padang pun, di halaman rumah pun jadilah.
Bukankah ini lebih baik berbanding menonton televisyen atau bermain gajet sepanjang hari?
bela kucing
Foto Kredit: companionanimalpsychology.com
3. KEMAHIRAN SOSIAL BERTAMBAH BAIK
Kalau ada anak yang pemalu atau susah bergaul dengan orang, bela kucing adalah salah satu daripada penyelesaiannya.
Dengan adanya ‘teman’, anak akan lebih selesa bercakap dan meluahkan isi hati mereka. Tidak kiralah sama ada kucing itu memahaminya atau tidak.
Ini sebenarnya adalah satu bentuk terapi yang baik, tidak kiralah berapa usia anak.
Berdasarkan sebuah ‘survey’, Dr. Jalongo mendapati lebih 40% daripada ibu bapa mendapati anak-anak mereka amat rapat dengan haiwan peliharaan sehingga menjadikan haiwan ini sebagai tempat meluahkan perasaan.
Kemahiran mengenal emosi marah, sedih, atau berkongsi apa sahaja cerita ini dapat menjadikan mereka lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.
bela kucing
Foto Kredit: catster.com
4. MEMUPUK SIFAT PENYAYANG & KREATIF
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, jika mereka rapat dengan haiwan, anda pasti akan nampak sisi penyayang mereka.
Malah, kehadiran kucing dalam hidup mereka akan menjadikan otak anak lebih kreatif kerana secara tidak langsung mereka turut mempelajari kemahiran mengurus masa, menguruskan ‘teman rapat’ mereka, serta melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.
Kucing juga comel dan banyak gelagatnya. Lama-kelamaan, tentu anda turut akan sayangkan kucing itu walaupun fobia pada awalnya.
kelebihan bela kucing
Foto Kredit: buzz.az
5. MEMBANTU ANAK BELAJAR MEMBACA
Menurut sebuah laporan ABC News, sebuah program ‘Purr-Fect Companion’ telah memasangkan setiap anak dengan kucing-kucing terbiar di sebuah pusat khas untuk membantu mereka membaca. Percaya tak, kesannya yang sangat memberangsangkan!
Ini kerana, anak-anak yang sedang ‘merangkak’ untuk membaca berasa lebih relaks dan konfiden untuk menyebut patah perkataan secara ‘read out loud’ apabila adanya kucing itu di sisi mereka.
Sebaliknya, anak-anak jadi selesa dengan haiwan peliharaan kerana mereka menganggapnya sebagai ‘teman’ dan pemberi semangat.
Sebab itulah, pakar terapi telah sekian lama menggunakan haiwan seperti kucing untuk membantu anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah seperti membaca.
Maka, tidak hairanlah kanak-kanak autisme juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.
kelebihan bela kucing
Anak yang sedang membacakan buku kepada seekor kucing di Animal Rescue League Of Berks County, US. / Foto Kredit: abcnews.go.com
6. MELATIH DISIPLIN & SIFAT TANGGUNGJAWAB
Bukan senang nak jaga kucing, sebab itulah ibu bapa biasanya malas nak tambah komitmen lagi di rumah.
Bayangkanlah, anda perlu bertanggungjawab terhadap corak makanan kucing, kebersihannya, permainannya, imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor.
Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah. Kucing ini memang pembersih sebenarnya, kalau kita tak rajin bersihkan tempat najisnya, mereka akan buang air di tempat lain yang lebih ‘bersih’.
Sifat tanggungjawab yang baik ini bukan saja memberi kesan terhadap kelakuan seharian anak-anak, tetapi ia juga menjadi benih permulaan kepada ‘parenting skill’ yang baik.
Mereka juga boleh diharap kerana kemahiran ini datang secara semulajadi daripada menjaga haiwan peliharaan mereka.
bela kucing
Foto kredit:. acookiebeforedinner.com
7. SESUAI DENGAN ANJURAN ISLAM
Kita sedia maklum bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya agar berbuat baik sesama makhluk, termasuklah haiwan.
Seperti dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW dari Riwayat Muslim:
Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.
Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.
Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.
Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Maka, terbuktilah bahawa perbuatan menyantuni haiwan seperti kucing bukanlah satu amalan kosong, tetapi peluang untuk menuai ganjaran akhirat juga! Malah, ramai yang telah mengaitkan perbuatan mengasihi kucing dengan rezeki yang terbuka luas dan melimpah-limpah.
https://siraplimau.com/kelebihan-bela-kucing-haiwan/
"Comelnya.... Ibu, nak bela kucing ni boleh tak?" Tahu tak, walau macamana leceh pun, ada banyak manfaat luar biasa jika anak anda ada haiwan peliharaan.