Pencinta Haiwan

Directions

Pencinta Haiwan Page pencinta haiwan (arnab) adalah bertujuan untuk berkongsi tentang penternakan haiwan (arnab). sa

07/11/2017

KAWALAN PENYAKIT

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?

Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

pencintahaiwan.wordpress.com/2017/10/25/pola-pemakanan-arnab/
25/10/2017

pencintahaiwan.wordpress.com/2017/10/25/pola-pemakanan-arnab/

Pola Pemakanan Arnab Umur Makanan Terbaik Panduan Lahir – 3 minggu Air susu induk Pada umur 17 hari anak arnab biasanya sudah mulai mengunyah rumput. Hal ini tidak mendatangkan masalah kerana anak…

24/10/2017

Kaedah Mengahwinkan Arnab

1) Masukkan arnab betina di dalam sangkar arnab jantan. JANGAN lakukan sebaliknya kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan mungkin akan menyerang arnab jantan tersebut.

2) Biarkan pasangan arnab tersebut mengawan antara 5-10 minit, kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan ke dalam sangkarnya.

3) Lakukan waktu proses mengawan arnab pada waktu pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan pada waktu tengahari kerana suhu yang tinggi / panas akan mengurangkan kadar kesuburan.

4) Lakukan proses pertama mengawan arnab pada jam 8-10 pagi dan proses kedua selepas 5-6 jam proses pertama.

5) Arnab jantan induk hanya boleh digunakan untuk proses mengawan 1 KALI 3 HARI / 3 KALI 1 MINGGU / 2 KALI 1 HARI dan kemudian DIREHATKAN selama 3 HARI. Ini kerana penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kesuburan.

6) Arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas melahirkan anak. Tetapi di dalam penternakan komersial, tempoh masa 3-4 minggu / dalam masa proses cerai susu adalah disyorkan.

24/10/2017

Antara langkah-langkah mudah untuk menjinakkan arnab anda adalah;

1) Menghadiahkan treats berupa ganjaran kepada arnab sekali-sekala ketika menjenguk arnab di sangkar dan hadiahkan mereka sepotong buah-buahan segar mahupun kering.

Sambil mengusap bulu arnab, berikan mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita untuk membelainya.

2) Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan arnab anda di tempat lapang agar arnab bebas beriadah dan bermain serta belailah anak tersebut.

Jika kita selalu luangkan masa bersama dengan arnab tersebut, pastinya arnab tersebut akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak merasa terancam jika kita memegang mereka.

3) Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat dengan persekitarannya, maka arnab akan menyerang sesiapa saja yang cuba menghampirinya untuk mempertahankan dirinya.

Oleh itu, anda perlulah meletakkan arnab anda di tempat yang tiada gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensive malahan turut boleh mengakibatkankematian arnab yang stress dan terkejut.

24/10/2017

Cerai Susu

Anak arnab boleh dibiarkan di dalam sangkar ibunya dari umur sehari sehingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu adalah umur anak-anak arnab dipisahkan terus dari ibunya.

Biasanya apabila anak arnab menjangkau umur 2 bulan.Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan (pengeluaran daging).

Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit darimasa ke semasa.

Anak-anak arnab ini mestilah disimpan dalam sangkar individu atau 2 ekor dalam satu sangkar. Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dipilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluar daging).

Anak-anak ini boleh disimpan dalam sangkar secara berkumpulan selama 30 hingga 45 hari.

24/10/2017

Cara untuk menangani masalah cirit birit pada arnab secara traditional;

Step 1: Rebus segengam daun jambu batu dalam 2 cawan sehingga air tinggal secawan sahaja.

Step 2: Sejukkan air yang direbus tadi pada suhu bilik dan boleh simpan di dalam peti sejuk.

Step 3: Bagi secara oral 1ml ke 3ml dua kali sehari kepada arnab yang menunjukkan tanda tanda cirit. Bagi lebih banyak kepada arnab yang saiz lebih besar.

Selamat mencuba 🤓

Address

Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pencinta Haiwan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category