I Medikel Pharmacy Tok Bali

Call Directions Website Contact the business

I Medikel Pharmacy Tok Bali Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from I Medikel Pharmacy Tok Bali, Veterinarian, Pasir Puteh.

I Medikel Pharmacy adalah rangkaian farmasi komuniti pilihan yang menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta memenuhi setiap jiwa dengan manfaat dan kasih sayang 💚

“Mata nampak semakin kuning…”“Perut makin membesar…”“Kaki mula bengkak…”Bagi sesetengah orang, ia mungkin nampak seperti...
28/09/2026

“Mata nampak semakin kuning…”

“Perut makin membesar…”

“Kaki mula bengkak…”

Bagi sesetengah orang, ia mungkin nampak seperti perubahan fizikal biasa.

Tetapi bagi petugas kesihatan, beberapa perubahan pada tubuh boleh menjadi petunjuk bahawa fungsi hati sedang terganggu.

Setiap tanda boleh membawa maksud yang berbeza:

🟡 MATA & KULIT KUNING

Ini dipanggil jaundice.

Ia berlaku apabila bilirubin terkumpul dalam darah. Penyakit hati adalah salah satu puncanya, tetapi masalah saluran hempedu dan keadaan darah tertentu juga boleh menyebabkan jaundice.

🟤 AIR KENCING SEMAKIN GELAP

Air kencing berwarna gelap seperti teh atau cola boleh berlaku apabila bilirubin dibuang melalui air kencing.

Tetapi jangan terus assume penyakit hati — dehidrasi, ubat dan beberapa keadaan lain juga boleh mengubah warna air kencing.

⚪ NAJIS MENJADI PUCAT

Najis yang sangat pucat atau seperti tanah liat boleh berlaku apabila aliran hempedu ke usus berkurangan.

Jika berterusan, ia perlu diperiksa.

🎈 PERUT MEMBESAR

Bukan semua perut besar adalah lemak.

Penyakit hati yang serius boleh menyebabkan pengumpulan cecair di dalam abdomen yang dipanggil ascites.

🦶 KAKI MEMBENGKAK

Cecair juga boleh berkumpul pada kaki dan buku lali.

Dalam penyakit hati kronik, keadaan ini boleh berlaku apabila fungsi hati semakin terjejas — tetapi penyakit jantung, buah pinggang dan beberapa keadaan lain juga boleh menyebabkannya.

🔴 MUDAH LEBAM ATAU BERDARAH

Hati menghasilkan protein penting yang membantu proses pembekuan darah.

Apabila fungsi hati terganggu dengan teruk, seseorang boleh menjadi lebih mudah lebam atau mengalami pendarahan.

🧠 MULA KELIRU, MENGANTUK ATAU PERANGAI BERUBAH

Ini antara tanda yang tidak boleh dipandang ringan.

Dalam penyakit hati yang teruk, pengumpulan bahan toksik boleh menjejaskan fungsi otak — dikenali sebagai hepatic encephalopathy.


Masalahnya, penyakit hati tidak semestinya “sakit di bahagian hati”.

Pada peringkat awal, sesetengah penyakit hati boleh memberikan gejala yang sangat minimum atau langsung tiada gejala.

Sebab itu jangan tunggu sehingga mata kuning, perut membesar atau badan mula menunjukkan perubahan ketara.

Dan jangan diagnosis diri hanya berdasarkan satu simptom.

Tubuh kita kadang-kadang memberi isyarat perlahan.

Kita sahaja yang terlalu lama mengabaikannya.

kredit: Public Health Malaysia

28/09/2026
24/09/2026
TENGAH MALAM TIBA-TIBA BETIS MENGERAS?INI 8 SEBAB KAKI SELALU CRAMP WAKTU TIDURRamai pernah kena.Tengah tidur lena, tiba...
24/09/2026

TENGAH MALAM TIBA-TIBA BETIS MENGERAS?
INI 8 SEBAB KAKI SELALU CRAMP WAKTU TIDUR

Ramai pernah kena.

Tengah tidur lena, tiba-tiba betis mengeras, jari kaki tertarik dan sakitnya sampai terus terjaga.

Ada yang terus kata,

“Kurang magnesium ni.”

Lepas tu mula cari supplement.

Sebenarnya, kaki cramp waktu malam ada banyak punca — dan kekurangan magnesium hanyalah salah satu kemungkinan.

Antara yang biasa:

1. Otot terlalu penat
Banyak berjalan, berdiri lama atau exercise lebih daripada biasa boleh buat otot betis lebih mudah kejang waktu malam.

2. Kurang air
Badan yang dehidrasi boleh mengganggu fungsi normal otot, terutama selepas berpeluh banyak atau cuaca panas.

3. Duduk terlalu lama
Seharian di kerusi, dalam kereta atau kurang bergerak pun boleh menyebabkan otot menjadi tegang.

4. Otot betis memang ketat
Kurang stretching, kurang pergerakan buku lali atau posisi kaki ketika tidur boleh mencetuskan cramp.

5. Mineral dalam badan tidak seimbang
Kalium, kalsium atau magnesium yang terlalu rendah boleh menyebabkan kekejangan — tetapi jangan assume semua cramp berpunca daripada ini.

6. Kehamilan
Wanita hamil memang lebih mudah mengalami kekejangan kaki, terutama apabila kandungan semakin besar.

7. Kesan ubat tertentu
Sesetengah ubat boleh meningkatkan risiko gangguan otot atau perubahan elektrolit.

8. Ada masalah kesihatan yang mendasari
Masalah saraf, salur darah, buah pinggang atau keadaan metabolik tertentu juga boleh menyebabkan cramp berulang.

Kalau berlaku sekali-sekala selepas penat, biasanya tidak membimbangkan.

Tetapi kalau hampir setiap malam, semakin kerap, kaki bengkak, kebas, lemah atau berubah warna, jangan sekadar sapu minyak dan sambung tidur.

Cramp itu simptom.
Bukan diagnosis “kurang magnesium”.

Sebelum beli supplement, cari dulu puncanya.

KREDIT: PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Assalamualaikum & selamat pagi! 🥰🩺 Jom dapatkan keperluan kesihatan anda bersama kami.💚 Khidmat mesra, penjagaan kesihat...
23/09/2026

Assalamualaikum & selamat pagi! 🥰

🩺 Jom dapatkan keperluan kesihatan anda bersama kami.
💚 Khidmat mesra, penjagaan kesihatan untuk anda dan keluarga.
📍Mari pakat-pakat singgah ke iMedikel Pharmacy Tok Bali 🏪
🌿 Kesihatan Anda, Keutamaan Kami! 🌿
💚

Jam 3 petang.Anak baru balik bermain di luar.Mula-mula dia batuk sedikit.Kemudian mata pedih.Hidung mula berair.Malam it...
22/09/2026

Jam 3 petang.

Anak baru balik bermain di luar.

Mula-mula dia batuk sedikit.

Kemudian mata pedih.

Hidung mula berair.

Malam itu, bunyi nafasnya berubah.

Ada bunyi “wheezing”.

Dada naik turun lebih laju.

Dia mula cakap,

“Mak… susah nak nafas.”

Inilah yang ramai terlepas pandang ketika jerebu.

Bagi orang dewasa, mungkin kita cuma rasa tekak kering, mata pedih atau sedikit pening.

Tetapi bagi kanak-kanak, udara tercemar boleh memberi kesan lebih cepat.


KENAPA?

Kanak-kanak bukan sekadar “orang dewasa yang kecil”.

Mereka bernafas lebih laju.

Mengikut berat badan, mereka juga menyedut lebih banyak udara berbanding orang dewasa.

Pada masa yang sama, paru-paru mereka masih sedang berkembang dan saluran pernafasan lebih kecil.

Jadi apabila udara dipenuhi zarah halus seperti PM2.5, zarah ini boleh masuk jauh ke dalam paru-paru dan mencetuskan keradangan.

Lebih-lebih lagi jika anak aktif di luar, berlari, bersukan atau bermain ketika jerebu.

Semakin laju mereka bernafas, semakin banyak udara tercemar yang masuk.


GEJALA BOLEH BERMULA DENGAN PERKARA YANG NAMPAK RINGAN.

Batuk.

Sakit tekak.

Mata pedih.

Hidung berair.

Cepat letih.

Tetapi pada sesetengah kanak-kanak, terutama yang ada asma atau masalah pernafasan, keadaan boleh berubah dengan cepat.

Semput boleh menjadi semakin teruk.

Nafas menjadi laju.

Anak nampak penat hanya untuk bernafas.

Dalam keadaan serius, paras oksigen boleh menurun dan anak mungkin memerlukan rawatan di hospital.


JEREBU JUGA BOLEH MENCETUSKAN KOMPLIKASI.

Antaranya:

Serangan asma yang teruk.

Bronkitis.

Jangkitan saluran pernafasan.

Pneumonia.

Sesak nafas yang memerlukan nebulizer atau oksigen.

Dan bagi kes tertentu, kemasukan ke hospital.

Pendedahan berulang kepada pencemaran udara juga dikaitkan dengan kesan terhadap perkembangan fungsi paru-paru kanak-kanak untuk jangka masa panjang.


SEBAB ITU JANGAN TUNGGU ANAK “NAMPAK SAKIT TERUK”.

Kalau jerebu semakin tebal, kurangkan aktiviti luar.

Pantau bacaan IPU.

Pastikan anak yang ada asma mengambil ubat seperti diarahkan dan inhaler sentiasa tersedia.

Dan jika anak mula tercungap-cungap, dada berombak, terlalu lemah, sukar bercakap kerana sesak nafas atau bibir kelihatan kebiruan,

jangan tunggu.

Dapatkan rawatan segera.


Jerebu bukan sekadar langit yang nampak kelabu.

Dalam setiap nafas, ada zarah yang kita tak nampak.

Dan untuk paru-paru kecil yang masih berkembang,

kesannya boleh jadi jauh lebih besar.

kredit: Public Health Malaysia

BUBBLE AIR MATTRESS🛏️🛌Tilam angin yg berfungsi utk mencegah luka baring atau anti-bedsore.Tilam angin ini akan membenark...
22/09/2026

BUBBLE AIR MATTRESS🛏️🛌

Tilam angin yg berfungsi utk mencegah luka baring atau anti-bedsore.

Tilam angin ini akan membenarkan pengaliran udara dengan baik kerana ia mempunyai poket udara yg direka naik turun secara ulang alik, secara tidak langsung kulit kita tidak akan dikenakan tekan yg berterusan👍🏻..

Kebiasaannya digunakan oleh pesakit yg
🛌Lama terlantar
🛌Strok
🛌menjalani sesuatu pembedahan

Boleh juga diguna kan oleh orang sihat..
👍🏻lebih selesa
👍🏻sejuk
----------------------------

Untuk pertanyaan tekan je link dibawah
📲 http://www.wasap.my/601159928717/airmattress

Address

Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+601159928717

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I Medikel Pharmacy Tok Bali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to I Medikel Pharmacy Tok Bali:

Shortcuts

Share

Category