22/07/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua guru Tadika kerana sudi membawa anak-anak datang melawat kedai haiwan peliharaan kami.
Kami amat berbesar hati menerima kunjungan cikgu-cikgu dan anak-anak yang begitu ceria serta penuh semangat. Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan, di samping menambah ilmu dan kasih sayang mereka terhadap haiwan.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Semoga kita dapat bertemu dan bekerjasama lagi pada masa akan datang.
Terima kasih sekali lagi. Semoga cikgu-cikgu dan anak-anak sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan. ❤️
Taman Desa
Perpaduan Lestari Bukit treh