29/01/2022
[ TELUR JATUH DARI BUIH ] - PART 2️⃣
Update mengenai telur yang jatuh dari buih tempoh hari, syukur banyak yang telah menjadi fry dan tak kurang juga telur yang memBUSUK & berKULAT. Keluarkan telur yang berkulat agar fry² tidak terperangkap dekat kulat tersebut.
Walaupun begitu, anak² ikan laga yang baru menetas dalam jangka masa 24 JAM tersebut, tidak mampu untuk berenang secara baik selepas proses menetas.
Fry² ini perlu ke permukaan air untuk mengambil oksigen tetapi dengan kondisi berenang fry² yang belum stabil, ini menyukarkan fry untuk ke permukaan air. Lebih² lagi jika paras air di dalam bekas adalah tinggi. Sangat menyukarkan fry untuk ke permukaan air.
Oleh sebab itu mengapa selalunya fry² berada di dasar, fry berenang secara berpusing untuk ke permukaan air dan hanya berenang separuh jalan lalu jatuh semula ke dasar.
Oleh itu, perlunya beberapa cara untuk menangani masalah di atas JIKA KETIADAAN INDUK JANTAN untuk menjaga fry² tersebut. Antaranya;
¹ Merendahkan paras air ½ - 1 inci (atau mengikut kesesuaian masing²)
² Meletakkan tumbuhan air dalam bekas agar fry² dapat santai di atas daun atau akar tumbahan air bagi memudahkan lagi fry mencapai permukaan air.
³ Tutup bekas dengan baik. (pastikan pengudaraan baik walau ditutup)
⁴ Letakkan daun ketapang atau pisang ataupun kedua sekali kerana keduanya mempuyai fungsi masing² dalam menstabilkan PH air dan mewujudkan INFUSORIA sebagai makanan awal fry² tersebut. (Sebaiknya peram air dalam bekas breeding bersama daun² tersebut seawal 3 hari sekurang²nya agar infusoria timbul awal dan makanan fry pastinya sudah tersedia awal dengan cara itu)
⁵ Ubat²an terserah kepada breeder untuk letak ubat²an apa ke dalam bekas tetapi bagi kami, kami hanya meletakkan S1, sedikit garam ikan, daun ketapang dan tumbuhan air (Kiambang).
Setelah semua di atas dilakukan, inilah hasilnya seperti di yang ada di dalam GAMBAR 🤩
Syukur juga banyak rakan² sahabat yang memberi pendapat masing² di PART 1 yang lepas. Terima kasih diucapkan atas segala perkongsian tersebut sahabat semua. 🥳 Amat berguna bagi kami serta para breeder pemula yang baru nak berjinak² breeding ikan laga.
Jika terdapat sebarang pendapat atau perkongsian, dengan senang hati kami terima dan dengan terbuka kami raikan perbezaan pendapat sahabat semua. 🤗
Coretan di atas mungkin terdapat kelemahan, kekurangan atau terlepas pandang, mohon dimaafkan ya.
Kita jumpa lagi di lain posting, Love u’all❗😘🥰
p/s video di ruangan komen