09/10/2021
Saya smbung sharing sy yg sblm ni dengn lebih mendalam berkenaan tips penjagaan kucing.Siapa disini s**a bela kucing? Sebagai pencinta kucing, saya ambil tahu beberapa perkara basic cara merawat kucing bila kucing tak sihat. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
1. Kucing sakit mata?
❤️ Ambil kapas, basahkan dengan air suam, perah kapas dan kesatkan mata kucing, buang tahi matanya. Titiskan ubat titis mata NICOL . Kemudian sapu krim TERAMMYCIN. 2/3 kali sehari. (Gambar ditanda 1).
2. Kucing selsema/ demam/ luka?
❤️ Beri dia ubat antibiotik BEAMOXY. Berat 1-3 kg: 1/4 sekali sehari. 3-6 kg: 1/2 sekali sehari. Buat 5-7 hari. (Gambar ditanda 2).
3. Kucing luka?
❤️ Sapu iodine 👉 kemudian sapu krim luka ACRIFLAVINE. (Gambar ditanda 3).
4. Kucing luka teruk hingga berlubang/ isi terkeluar?
❤️ Sapu iodine 👉 titiskan 1/2 titik HYPERMIX OIL. 2/3 kali sehari. (Gambar ditanda 4).
5. Luka / bengkak?
❤️ Beri kucing ubat surut bengkak PAPAIN BEAZYME. Dewasa 1 biji 2 kali sehari. Anak kucing 1/2 biji 2 kali sehari. Buat 5-7 hari. (Gambar ditanda 5).
6. Kucing muntah, cirit atau keracunan?
❤️ Beri kucing makan ubat CHARCOAL. Dewasa 1 biji 2 kali sehari. Anak kucing 1/2 biji 2 kali sehari. Buat 5-7 hari. (Gambar ditanda 6).
7. Kucing ada cacing dalam perut?
❤️ Beri ubat BEXTON PET DEWOMER. 1m untuk 1 kg. Sekali dalam 2 minggu. (Gambar ditanda 7).
8. Kucing ada kurap/ sporo?
❤️ Spray bahagian itu dengan spray ADVANCED NANO SILVER. (Gambar ditanda 😎.
9. Kucing sakit yang tidak ada selera makan/ kurus?
❤️ Beri dia makan produk Hill's Science untuk naikkan berat badannya kembali dan menambahkan selera makan. Produk ni sangat bagus seawal seminggu dah nampak badan kucing naik. (Gambar ditanda 9).
10. Kucing demam?
❤️ Beri dia ubat tablet warna hijau. Berat 1-3 kg: 1/4 sekali sehari. 3-6 kg: 1/2 sekali sehari. Buat 5-7 hari. (Gambar ditanda 10).
11. Kucing ada kutu?
❤️ Titis 1/2 titik atas tengkuk belakang kucing sebab itu tempat terbaik kucing tak boleh jilat. Kalau ada bela kucing banyak, asingkan sekejap kucing ini supaya tidak dijilat kucing lain. Tidak dititiskan kepada kucing yang sedang menyusu anak. (Gambar ditanda 11).
Air kelapa adalah air terbaik untuk diberikan pada kucing semasa kucing sakit.
Semua produk diatas bole didapati di Klinik Vet dan shopee.
Sekiranya ada persoalan atau penambahbaikan boleh tulis di ruangan komen di bawah😇