Family Rabbit Garden

Family Rabbit Garden memelihara rabbit sejak 2018. Ada beberapa jenis baka rabbit,juga menjual rabbit.

Bye Bye 2022 Welcome 2023. Happy New Year to all of you 🐰 Lovers. ❣️
31/12/2022

Bye Bye 2022 Welcome 2023.
Happy New Year to all of you 🐰 Lovers. ❣️

27/10/2022

😍

30/01/2022

Hello rabbit lovers... Lama tidak bersiaran. Masih ada ini disini..🤭. Jom cuci² mata sama bulus² gebu.. 🥰. Ingat rabbit ingat FRG ❣️

19/11/2021

KESAN HUJAN TERHADAP 'BREEDING' ARNAB : SEJUK VS LEMBAP

Sebentar tadi rakan breeder berkunjung dan saya maklumkan November - Disember setiap tahun adalah bulan cuti untuk 'ward bersalin' arnab saya. Masa ini biasanya difokuskan untuk meningkatkan body condition score (BCS) dan kesihatan (kutu/kurap) yang memberi kesan dalam proses breeding.

Sebelum ini pun saya telah menulis beberapa review berkaitan kesan musim hujan antaranya :
KEMATIAN AKIBAT MUSIM HUJAN : APA YANG PERLU ANDA TAHU
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/748164362458638

Sesetengah breeder mengambil peluang musim hujan yang 'sejuk' untuk breeding. Alasannya arnab lebih tahan cuaca sejuk berbanding panas. Bahkan cuaca sejuk boleh meransang biang dan kesuburan. Ini antara alasan kenapa ramai breeder menggalakkan mating dilakukan dilewat petang/malam atau awal pagi.

Bagi pemeliharaan secara kandang 'close house' atau dalam rumah, perubahan cuaca sepatutnya tidak memberikan kesan yang terlalu besar dalam musim breeding.

Bagi kandang terbuka atau separa terbuka, musim hujan mungkin berisiko kepada kadar kematian (mortaliti rate) kelahiran dan stress arnab. Penternak perlu membezakan antara isu sejuk (cold) dan basah/lembap (lihat link review di atas).

Antara Komplikasi Breeding Dalam Musim Hujan (Terutama Kandang Terbuka)

1. Anak arnab cepat sejuk. Hujan lewat petang/malam boleh menurunkan suhu secara mendadak dan memudaratkan anak.

2. Cuaca hujan menyebabkan ibu stress dan boleh mengganggu proses penyusuan awal (3 - 5 hari selepas kelahiran)

3. Kecenderungan suhu anak menurun menyebabkan kecenderungan gejala anak dikencing oleh ibu. Anak yang telah dikencing biasanya sukar untuk bertahan hidup.

4. Tempias dan basah boleh mengganggu proses pemanasan dan pernafasan arnab. Arnab mudah terkena jangkitan/komplikasi yang menambahkan lagi stress.

5. Stress arnab mungkin menyukarkan proses mating. Walaupun musim hujan agak sejuk, tetapi induk biasanya kurang 'berselera' untuk mengawan.

Atas beberapa komplikasi inilah sebaiknya arnab yang menjalani proses breeding secara intensif patut diberikan ruang berehat dan merawat diri.

Bagi penternak skala industri atau secara 'close house system', isu ini mungkin kurang berkaitan. Bahkan boleh saja penternak secara kandang terbuka untuk meneruskan proses breeding dalam musim hujan dengan pemantauan terhadap isu-isu di atas.

Apa yang penting setiap penternak tahu apa yang dilakukan dan dirancang bersesuaian dengan realiti dan kemampuan diri. Bukan sekadar ikutan tanpa asas.

Lain-lain review berkaitan perubahan cuaca :

>>>> Perubahan Cuaca
PERUBAHAN CUACA : APA YANG PERLU DILAKUKAN
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/862915957650144
KOMPLIKASI CUACA PANAS : PERSEDIAAN PENTERNAK
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/779330386008702
KEMATIAN AKIBAT MUSIM HUJAN : APA YANG PERLU ANDA TAHU
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/748164362458638
PELLET DAN MUSIM HUJAN
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/401215633820181
PENYIMPANAN PALLET ARNAB DI MUSIM PKP DAN HUJAN
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/581515232456886
PENGGUNAAN KIPAS DALAM VENTILASI CUACA PANAS : FAHAMI PERBEZAAN DAN FUNGSI
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/787507751857632
JEREBU
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/440186849923059

Jom kenali arnab ❣️
09/11/2021

Jom kenali arnab ❣️

10 FAKTA MENARIK ARNAB 2.0

1. Secara azali, warna bulu arnab bergantung kepada habitat semulajadi mereka. Arnab hutan akan berwarna coklat gelap manakala arnab yang tinggal di kawasan salji akan berwarna putih.

2. Kaki belakang arnab adalah lebih panjang dan kuat berbanding kaki depan. Ini membolehkan arnab melompat setinggi 4 kali ganda ketinggian asal mereka.

3. Tahukah juga anda yang arnab mempunyai 5 jari di bahagian kaki hadapan tetapi cuma 4 jari di bahagian kaki belakang.

4. Arnab mempunyai kebolehan melakukan 'sharp turning' ketika berlari. Ini membolehkan arnab berlari didalam 'zigzag pattern' bila dikejar oleh pemangsa.

5. Tidak seperti manusia, arnab hanya boleh bernafas melalui hidung. Arnab sentiasa menggunakan deria baunya. Arnab juga lebih mengenali tuannya melalui deria bau.

6. Arnab sebenarnya haiwan yang boleh berenang. Tetapi arnab tidak menyukai air. Jika di dalam keadaan bahaya, kemahiran berenang arnab pasti akan terserlah.

7. Ibu arnab tidak tinggal bersama anak-anaknya setelah dilahirkan. Ibu arnab hanya akan datang sekali atau 2 kali sehari ke sarangnya hanya untuk menyusukan anaknya selama beberapa minit sahaja.

8. Arnab adalah haiwan 'non ruminant herbivore'. Tidak seperti 'ruminant herbivore' seperti lembu, sistem pencernaan arnab tidak mampu untuk mencernakan tumbuhan (cellulose). Jadi arnab memerlukan bantuan bakteria baik di dalam ususnya untuk mencernakan 'cellulose' tersebut.

9. Arnab selalunya mengawan pada awal musim panas / 'spring'. Jadi penggunaan cahaya sehingga 16 jam sehari di kawasan kandang akan membuatkan cuaca seakan musim panas buat arnab dan menaikkan nafsu mengawan.

10. Arnab tidak boleh memuntahkan makanannya. Arnab juga tidak boleh berpeluh. Telinga arnab yang panjang penting untuk membantu arnab mengawal suhu badan.

Juga boleh baca :

10 FAKTA MENARIK ARNAB 1.0

https://www.facebook.com/103916698056749/posts/223075069474244/

19/10/2021

Gali lobang tutup lobang 🤣

22/08/2021

Halluu semua...lamanya hedmin tidak mengupdate. Kasi kluar² dulu ni page ni ari aarr...hujan ni ari dibumi sikuati ☺️. Syukur ada sijuk² skit..☺️. Hedmin kasi senaman dolo ni bapa bulus. Bukan 'Bapa' yg sdg viral skg tu aarr.. 😜. Herrmm..Kenapa bapa bulus? Sbb dr seekor ni lah jd ratus bulus 🥰.Tahun ni mahu genap 8 tahun sdh umurnya. Kira bapa segala bapa ni 😁. Pasangan pertamanya sdh pergi dolo hanya mampu bertahan selama 3 tahun.

So, meet our precious 'Badang' nama yg diberikan oleh hedmin punya daughter ☺️. Sbb masa Badang masih kecil mmg rosak saja cage olehnya 😂. Skg Badang tidak secergas dolo jd hedmin bg chance solo² beriadah. Semoga our Badang terus kuat dan sihat serta blh capai rekod rabbit bertahan lebih lama. 🥰😘❣️

Selamat berehat dan selamat malam semua ❣️
18/06/2021

Selamat berehat dan selamat malam semua ❣️

Hello again... 🤗. Lama tidak share cerita rehome hihi. ini gambar rehome baby bulus utk kemarin. Sapu licin stock mix br...
31/05/2021

Hello again... 🤗. Lama tidak share cerita rehome hihi. ini gambar rehome baby bulus utk kemarin. Sapu licin stock mix breed di barn FRG. Semuanya terbang ke tuan baru,semuanya 1 kg p**a tu ☺️,tidaklah mereka terpisah². Bolehlah ziarah menziarahi bila habis PKP ya anak² 😜. Terima kasih support kawan² rabbit lover di Kg Barangkason. Seronok ni tgo semangat dorang serentak beramai² menjaga anak² bulus yg tidak pernah tidak comel. Semoga sihat gembira dan beranak cucu di keluarga baru ya. 🥰❣️

Address

Kudat
89058

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Family Rabbit Garden posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category