26/07/2026
Tommi datang “staycation” di Manja Meow.
Ramai orang ingat boarding hanya untuk waktu owner bercuti atau outstation.
Di Manja Meow, kami semakin kerap melihat sesuatu yang lebih istimewa.
Ada owner yang hantar anak bulus mereka bukan sebab terpaksa…
Tetapi sebab mereka tahu anak bulus mereka seronok berada di sini.
Inilah Tommi.
Tommi pernah beberapa kali datang boarding dan berkawan baik dengan Mr. Grey. Setiap kali playtime, mereka akan cari antara satu sama lain, duduk depan bilik, bersembang dalam bahasa kucing, dan main sentuh kaki melalui pagar.
Bila Mr. Grey check-in baru-baru ini, kami beritahu owner Tommi.
Tak lama kemudian…
Tommi pun “check-in” sekali. 😆
Bukan sebab owner nak bercuti.
Bukan sebab ada urusan.
Tetapi semata-mata nak bagi Tommi luangkan masa bersama kawan baiknya.
Bagi kami, itulah saat yang paling bermakna.
Manja Meow bukan sekadar tempat boarding.
Ia adalah tempat di mana anak bulus boleh bermain, bersosial, membina keyakinan, dan kadang-kadang… menemui seorang sahabat.
Terima kasih kepada owner Tommi kerana mempercayai kami sehingga sanggup menghadiahkan Tommi satu minggu “staycation” bersama kawan baiknya.