Guanoway perternakan Lembu/kerbau/kambing/ayam kampung /ikan air tawar

  • Home
  • Malaysia
  • Kuala
  • Guanoway perternakan Lembu/kerbau/kambing/ayam kampung /ikan air tawar

Guanoway perternakan Lembu/kerbau/kambing/ayam kampung /ikan air tawar Menyediakan khidmat menjual ternakan dari ladang terus kepada pembeli/peruncit. Harga jualan kami kearah harga semasa tempatan. Tempahan awal diutamakan.

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL**Agar tetap terjaga kualitinya*1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*S...
11/08/2018

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL*
*Agar tetap terjaga kualitinya*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

Mencari tuan baru.12k ....0148297895
28/06/2018

Mencari tuan baru.12k ....0148297895

Lembu Jantan utk dijual Cukup umur, Sesuai untuk majlis aqiqah dan kenduri.Hubungi Whtapps personal 01132019203Kod Setiu...
15/09/2016

Lembu Jantan utk dijual
Cukup umur,
Sesuai untuk majlis aqiqah dan kenduri.
Hubungi Whtapps personal 01132019203
Kod Setiu, Terengganu.

22/05/2016

PENGUMUMAN

Bermula dari tahun 2008 sehingga kini, Jabatan Perikanan telah menjalankan Analisis Dioksin di bawah Program Agriculture Residue Monitoring Programme (ARMP) ke atas sampel-sampel udang dan ikan termasuk tilapia dan keli dari ladang-ladang ternakan di Malaysia.

Hasil daripada analisis tersebut mendapati bahawa TIADA sampel yang positif dioksin pada ladang-ladang ikan di Malaysia di mana kawasan ternakan ikan yang bebas dari pencemaran ini meliputi Tasik Temenggor Perak, Tasik Kenyir Terengganu, Ayer Baloi Pontian Johor, Pulau Ketam Selangor, Sg. Pahang, Pahang, Tawau Sabah, Setiu Terengganu, Langkawi Kedah, Sarawak dan kawasan-kawasan utama di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Neg Sembilan dan Sabah.

HARAP MAKLUM.




17/05/2016

Pakat2 share dehh... tlg peringat. Nama je Nuri tu. Mcm islamik tapi jual babi... smoga Allah mlindungi kita & umat kita drp tmasuk brg yg haram mjadi darah daging kita.

Makan Daging Kambing Mencantikkan Kulit.Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida terdapat dalam daging kambing. Vitamin...
12/01/2016

Makan Daging Kambing Mencantikkan Kulit.

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta Mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging Kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam apabila mengatakan Daging Kambing bnyak keburukan...Tetapi Sebaliknya...Alhamdulillah.

Jom Amalkan Pemakanan Sunnah Daging Kambing...

Kredit picture Muhammad Baihaqie
Utk dijual RM 700.
Boleh dijadikan majlis aqiqah - cukup umur
0192034788
Code Setiu Terengganu

02/12/2015
28/11/2015

INDUSTRI RUMINAN YG TIDAK GENUINE DI MALAYSIA.

Ramai juga bertanya kenapa saya selalu katakan bahawa industri penternakan ruminan kambing dan lembu TIDAK GENUINE di Malaysia sbb mereka tidak memahami apa yg saya maksudkan...baiklah saya bagi sedikit penjelasan di sini....

Rata rata org awam yg ingin memceburi bidang ini dan juga sebahagian penternak sendiri TERTIPU dengan fakta bahawa kadar sara diri bagi daging lembu dan daging kambing kurang 10% sahaja dan bagi susu lembu kurang 5% !!
Fakta ini sangat bahaya digunakan secara mentah mentah sebaliknya perlu difahami secara total dan tersurat..rasa mcm berbelit tak ayat aku nih?....

Kenapa ia bahaya ? Kerana mereka yg tidak faham akan menganggap bahawa PASARAN bagi produk ini sangat besar dan tidak akan menghadapi masalah pemasaran sekiranya ianya diternak oleh sesiapa pun walhal ramai penternak apabila telah menjalankan projek akan mendapati masalah pemasaran adalah membingungkan.. Ok saya ulas satu satu berkenaan daging kambing, lembu dan susu lembu ya..baiklah mereka yg nak terjun dlm bidang ini utk memahami terlebih dahulu apa yg saya ingin perkatakan sebelum berasa menyesal akibat tersalah langkah...

KAMBING
Apabila data google atau siaran media atau ucapan seminar selalu mengatakan bahawa kadar sara diri Negara bagi daging kambing kita kurang 10% bermakna permintaan bagi daging kambing lebih 90%, sila pahamkan betul betul..

1. Data yg di maksudkan akan merujuk kpd keseluruhan pengeluaran daging kambing (goat meat) dan biri biri (lamb /mutton) (yg terminologi ni pun ramai yg keliru lagi) samada yg disembelih hidup di sini (import dan tempatan) dan juga yg dimport sejuk beku dari Australia atau NZ khususnya..

2. Kalau boleh saya bagi anggaran pembahagian jumlah tersebut adalah spt berikut:
A. Sejumlah lebih 20 ribu metrik tan daging sejuk beku di import setiap tahun dlm bentuk karkas atau keratan yg kalau di convert kpd jumlah ekor nya adalah lebih kurang 1.5 juta ekor ,boleh dikatakan 90% adalah daging biri biri yg muda (lamb) dan juga biri biri umur lebih 1 tahun (mutton) manakala sekita 10% saja daging kambing (feral goats dari Australia.......

B. Sebanyak purata 120k ke 150k ekor kambing dan biri biri hidup yg di import saban tahun dari Australia yg sebahagian besarnya adalah utk tujuan sembelihan akikah, korban dan infaq. (Yg masuk dr Thailand juga agak banyak tapi tau data sbb sebenarnya tiada permit utk kambin dI keluarkan utk kambing Thai , yg ada tu ikut kepandaian sendiri heheh), Hanya sebahagian kecil saja yg dijual di wet market utk dibeli pengguna.. Kenapa ? Sebab harganya apabila di sembelih disini akan menjadi sangat mahal dan akan dijual dgn harga purata lebih RM40 kpd pengguna .. Kalau ada yg jual semurah bawah RM30 sekilo tu hati hati lah sebab kemungkinan besar ianya daging frozen lamb/mutton.......

Pasaran bagi daging kambing segar yg di import ini sgt susah utk pe*****te market kedai mamak, restoren malah hotel sekalipun.. Mereka hanya berminat dgn lamb atau mutton frozen yg jauh lebih murah bagi perniagaan mereka iaitu sekitar RM15 ke RM20 sekilo sahaja kecuali ada juga restoren mamak special dan.nuga restoren arab akan menggunakan lamb atau goat karkas dlm menu mereka tetapi harga nya mmg meleleh ayaq liuq.........

C. Kambing / Biri Biri tempatan
Saya tiada data tepat berapa ekor sebenarnya jumlah ternakan ruminan kecil ini di sembelih setiap tahun di Malaysia memandangkan Jabatan Perangkaan sendiri mengeluarkan data yg tidak meyakinkan tapi kita assume jumlah populasi nya sekitar 500k ekor saja dan dpd jumlah ini kita angggarkan sebanyak 100k ekor yg di sembelih majority utk aktiviti keagaamaan bagi jantan dan yg betina juga turut disembelih utk pasaran daging. Mungkin ramai akan pertikaikan angka tapi it's doesn't matter dlm pemahaman konsep ini..
...
So dpd fakta A,B dan C di atas kita boleh jumlahkan bahawa jumlah permintaan bagi kambing dan biri biri biri di Malaysia adalah spt berikut
A 1.5 juta + B 150k + C 100k ekor menjadikan jumlah keseluruhan adalah 1.75 juta ekor !!

Makanya jumlah kadar sara diri Negara bagi kambing dan biri biri adalah 100k dibahagi 1.75 juta ekor kita hanya dapat sekitar 5% sahaja !!
Kalau di tambah dengan dengan ternakan jumlah 150k ekor yg di import dan di sembelih di sini adalah dlm 10% sahaja.........
Now baru kita jelas sebenarnya demand 90% yg di wat warkan bahawa permintaan yg banyak itu sebenarnya adalah bagi pasaran daging sejuk beku dan MASALAHNYA penternak Malaysia TIDAK mampu lagi bersaing dengan pasaran tersebut kerana rata ratanya adalah sgt murah atau 50% lebih murah berbanding harga ternakan tempatan mahu pun ternakan yg di import hidup

....
Moralnya di sini adalah pasaran atau permintaan bagi ternakan penternak tempatan adalahsekita 250k ekor sahaja setahun dan penternak tempatan perlu bersaing dari segi harga dan costing dgn ternakan yg di import.. Sekiranya kos pengeluaran penternak lebih tinggi dan tidak dapat bersaing dgn harga ternakan import sekali lagi penternak akan menghadapi masalah utk menjual ternakan mereka dgn harga yg mereka inginkan.. Maka di sinilah masalah pemasaran yg saya katakan di awal tadi di mana nampak macam Demand yg sgt Besar 90% tapi realitinya 10% itu pun terkial kial kita nak bersaing..
mungkin ramai dah penternak Malaysia yg sedar akan realiti ini pada masa ini jadi mereka akan lebih diversified dalam projek penternakan mereka di mana mereka akan buat kombinasi konsep breeding dan trading serta pemprosesan baja bagi memastikan aliran tunai mereka kekal positif disamping dapat menampung kos pengeluaran ternakan mereka.. Sebab itu yg perhatikan mereka yg memahami perkara ini lebih sustainable dlm projek mereka berbanding mereka yg bermula dgn semangat menternak semata mata tapi tidak memahami secara keseluruhan kebanyakkan akan tutup kandang !

Yg masih survive dgn kandang dan nampak gah pun terpaksa bergantung dgn perniagaan lain bagi menampung operasi ladang dan sayang akan industri wpun poket koyak rabak setiap bulan.......

Rasanya sudah agak panjang artikel kali ini wpun saya belum menyentuh bab ketidak genuine bidang lembu pulak yg akan dikongsi pada artikel akan datang..
To be fair saya juga akan cuba menerangkan dan memberi jalan bagaimana penternak baru dan lama dapat survive dan berjaya dlm bidang.. Asyik cerita masalah ni bukan menakutkan ramai org utk menceburi bidang ini walhal GTR dok kenpen siang malam supaya lebih ramai yg terlibat tetapi lebih kepada memberi panduan ramai org tidak tersesat di tengah jalan sepertimana yg kami terpaksa harungi sebelum ini..

... Akhir kata saya pohon maaf kalau tersalah fakta atau tersilap bahasa sesungguhnya saya bukan Sasterawan Negara yg indah berkata memujuk jiwa..
Sesungguhnya artikel ini merujuk kepada pengalaman kami melalui perbincangan dgn partners , geng penternak lain dan ahli Kelab GTR semestinya cuma kini ada masa dan mood utk menulis dengan serius lagi..

Kiranya anda berasa ia bernas dan berguna silalah tag atau share dgn rakan rakan yg mungkin berminat untuk mengetahui dan menceburi bidang ruminan ini kerana sesungguhnya menyampaikan ilmu itu amalan mulia dan ada ganjaranya..

Sekian terima kasih

Utk dijual.. RM 3.2kIbu bunting anak ke-40192034788Tarikh 29/10/2015
29/10/2015

Utk dijual..
RM 3.2k
Ibu bunting anak ke-4
0192034788
Tarikh 29/10/2015

22/10/2015
11/09/2015

Teknik jatuhkan lembu ke arah kiblat..

Address

Felda Chalok Kg Rahmat, Mukim Chalok, Bdr. Permaisuri, Setiu
Kuala
21450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Guanoway perternakan Lembu/kerbau/kambing/ayam kampung /ikan air tawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category