10/01/2019
SIAPA GOLONGAN TERAWAL DI HUMBAN KE NERAKA ?
Ditanya lagi, bagaimana pemilik lembu dan kambing yang tidak menunaikan zakat ya Rasulullah? Begitu juga dengan orang itu. Hingga kump**an pertama masuki ke neraka yang pertama ialah pemerintah yang zalim. Rasulullah sebut demikian, mana-mana yang mula-mula masuk neraka, siapa dia? Pemerintah yang zalim. Pemerintah yang mencukaikan rakyat.
Yang menyebabkan rakyat hidup sengsara pemerintah yang zalim dia dulu masuk ke neraka ALLAH SWT. Ini cara dalam Islam, dia tak boleh nak cukaikan pada rakyat tak boleh nak ambil harta rakyat selagi mana kekayaan yang dimiliki oleh pemerintah itu tidak diagih-agihkan dan tidak digunakan untuk kepentingan negara. Pemerintah ni tak boleh bermewah-mewahan dia tak boleh nak cukaikan pada rakyat, kalau dia cukaikan juga pada rakyat maka pada waktu tersebut dia dianggap pemerintah yang zalim.
Ini sejarah berlaku di kalangan kita dalam keadaan demikian, dan kita jangan p**a buat kezaliman ini pada rakyat. Ia akan terjadi pada kita, ALLAH akan buka hati-hati manusia. ALLAH tak pernah leka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh orang yang zalim.
Firman ALLAH SWT:
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ
“Dan janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa ALLAH leka daripada apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya ALLAH hanya tangguh masa kepada kamu sehingga hari yang pada waktu itu saat mata kamu terbeliak (saat ALLAH SWT mula membalas perbuatan kamu).”
(Surah Ibrahim [14] : Ayat 42)
Terbeliak sungguh lah mata kita kan. Kita terbeliak tengok, ‘ALLAH banyak sungguh handbag dia’.. misal contohnya terbeliak mata kita. Itu baru dunia. Di akhirat nanti macam mana? ALLAH tunjukkan keadaan-keadaan demikian. Jangan buat zalim, itu pemerintah yang zalim. Jangan cekik darah rakyat jangan kita ni menyusahkan hidup rakyat. Sama juga dengan kita, bila kita berjanji jangan kita berjanji-janji sedap je, tiba-tiba masa nak buat tak boleh masa nak tunai tak boleh, buat alasan hutang banyak p**ak. Hutang banyak p**ak alasan, kamu tak nampak ke hutang sebelum daripada ini? Hutang daripada sebelum ni dah tulis dah, dah ditulis dalam link pun dah beritahu lah hutang negara sekian sekian. Tiba-tiba kenapa kamu naikkan hutang menjadi banyak, campur habis hutang itu ini?
Jangan buat alasan lagi, apabila kita berjanji kita tunaikan. Jangan beralasan, ni nak cari alasan nak suruh raih simpati. Jangan! Jangan demikian. Nak suruh kesian p**ak, tak betul. Ni buka tabung p**ak nak minta bantuan, tak betul. Nak bantu bukan dengan cara demikian yang perlu dilakukan. Ada kaedah lain bukan dengan mengambil harta daripada rakyat untuk membantu kepada penyelesaian hutang. Wallahua’lam.
-MTS-
https://wasap/0192034788