Klinik Veterinar KUALA IBAI

Klinik Veterinar KUALA IBAI Klinik Veterinar Kuala Ibai

27/03/2026

Cuaca panas: Elak strok haba pada 'si bulus' anda





24/03/2026

Ada kisah yang buat hati manusia jadi kecil semula.

Di Changchun, China, tujuh ekor anjing dari kampung yang sama tular selepas dilihat berjalan bersama-sama sejauh kira-kira 17 kilometer untuk p**ang ke rumah.

Dalam rakaman itu, seekor corgi berada di depan, beberapa kali menoleh ke belakang seolah-olah mahu pastikan tiada siapa tertinggal. Di tengah kump**an p**a ada seekor German Shepherd yang cedera, dikelilingi anjing-anjing lain dengan penuh cermat, seakan-akan mereka faham bahawa yang lemah tidak boleh ditinggalkan.

Yang membuat ramai orang tersentuh bukan sekadar jarak perjalanan itu.

Tetapi cara mereka p**ang. Mereka tidak berpecah. Mereka tidak lari ikut arah sendiri. Mereka bergerak bersama, meredah lebuh raya dan kawasan lapang, seperti satu keluarga kecil yang sedang bertahan dalam dunia yang keras.

Bila seorang sakit, yang lain rapat melindungi. Bila jalan terasa jauh, mereka tetap jalan sama-sama.

Menurut laporan, anjing-anjing ini berasal dari kampung yang sama dan memang biasa berkeliaran bersama.

Ada sukarelawan yang mendakwa mereka mungkin dicuri oleh individu yang berkaitan dengan kedai daging anjing sebelum berjaya meloloskan diri, walaupun tiada saksi yang melihat detik mereka terlepas.

Apa pun punca sebenar mereka hilang, satu perkara yang jelas ialah naluri mereka tetap memilih jalan p**ang. Dalam keadaan takut, letih dan cedera, hati mereka masih tahu di mana tempat yang selamat.

Pada 19 Mac, kesemua tujuh ekor anjing ini akhirnya dilaporkan selamat kembali kepada pemilik masing-masing daripada tiga buah rumah yang berbeza.

Bayangkan perasaan itu. Haiwan yang hilang, yang mungkin disangka tidak akan p**ang lagi, akhirnya muncul semula di depan mata. Bukan seekor, tetapi tujuh.

Masih hidup. Masih bersama.

Kisah ini menyentuh ramai orang kerana ia mengingatkan kita tentang sesuatu yang sangat mudah, tetapi semakin mahal dalam dunia hari ini.

Setia. Menunggu. Melindungi. Pulang.

Kadang-kadang manusia sendiri gagal menjaga ikatan sesama sendiri, tetapi haiwan yang tidak pandai bercakap pun masih tahu erti kebersamaan.

Sampai hari ini, undang-undang di China masih tidak melarang secara jelas pemakanan daging anjing, walaupun Shenzhen menjadi antara bandar pertama yang mengharamkan pemakanan kucing dan anjing pada tahun 2020.

Sebab itu, kisah tujuh ekor anjing ini juga mencetuskan semula desakan orang ramai supaya perlindungan haiwan diperkuatkan.

Haiwan tidak pandai menulis puisi tentang kasih sayang. Mereka tidak pandai berjanji. Tetapi bila saat sukar datang, mereka tunjuk dengan langkah. Mereka p**ang bersama. Mereka lindung yang cedera. Mereka tidak tinggalkan kawan di belakang.

04/03/2026

❌ MITOS:
“Kucing yang duduk dalam rumah tak perlu vaksin.”

✅ FAKTA:
Walaupun kucing tak keluar rumah, virus & bakteria masih boleh masuk melalui kasut, pakaian, barang atau manusia.

💉 Vaksin bantu lindungi kucing daripada penyakit berbahaya & jangkitan serius.

Sayangi KUCING anda, cegah lebih baik dari rawat 🐾
📩 Hubungi kami untuk info vaksin & temujanji
018-298 0377

14/01/2026

🐾 Bagaimana Vaksin Berfungsi untuk Kucing?

Vaksin melatih sistem imun kucing untuk mengenali dan melawan penyakit tanpa menyebabkan penyakit itu sendiri.

📌 Proses Ringkas:
1. Vaksin disuntik – mengandungi virus atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan.
2. Sistem imun mengenal pasti ‘penceroboh’ dan menghasilkan antibodi.
3. Memori imun terbentuk – jika kucing terdedah kepada penyakit sebenar, badan akan bertindak cepat dan kuat untuk melawannya.

🛡️ Kebaikan Vaksinasi:
• Lindungi dari penyakit berbahaya seperti:
• Panleukopenia (distemper kucing)
• Calicivirus
• Herpesvirus (selsema kucing)
• Rabies (jika diperlukan)
• Kurangkan risiko kematian atau komplikasi teruk.
• Melindungi kucing lain di persekitaran (konsep imuniti kump**an).

💉 Jadual Umum Vaksin Kucing:
• Umur 6–8 minggu: Vaksin pertama
• Ulangan setiap 3–4 minggu hingga umur 16 minggu
• Booster tahunan atau mengikut nasihat veterinar



Jaga kesihatan kucing anda dengan vaksinasi mengikut jadual. Ia adalah pelaburan untuk masa depan yang sihat dan panjang umur mereka!

🩺 Jika ada pertanyaan tentang vaksin kucing anda, hubungi klinik kami.

🐱 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 💦🚨 TANDA-TANDA AWAL (SANGAT PENTING)Jika anda perasan sala...
04/01/2026

🐱 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 💦

🚨 TANDA-TANDA AWAL (SANGAT PENTING)

Jika anda perasan salah satu tanda di bawah, kucing mungkin ada masalah yang perlu diperiksa:
1. Kerap masuk litter box tetapi sedikit atau tiada air kencing
2. Meneran ketika kencing (nampak sakit atau tidak selesa, selalu disalah anggap masalah sembelit)
3. Menangis / mengiau kuat semasa kencing
4. Air kencing berdarah atau berwarna gelap
5. Kencing di luar litter box (lantai, katil, sofa)
6. Menjilat kawasan kemaluan berlebihan
7. Bau air kencing lebih kuat daripada biasa
8. Kurang selera makan & lesu

🚨 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍!

❗ Kucing jantan yang TIDAK BOLEH kencing walaupun sedikit
➡️ Ini kecemasan dan perlu rawatan segera!
Salur kencing kucing jantan lebih sempit dan mudah tersumbat.

🧠 PUNCA BIASA MASALAH KENCING
• FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease)
• Batu karang / kristal urin
• Jangkitan kencing (UTI)
• Stres (perubahan rumah, kucing baru, pindah rumah)
• Kurang minum air
• Diet tidak sesuai
• Obesiti

🏥 APA YANG VET AKAN PERIKSA?
• Pemeriksaan fizikal
• Ujian air kencing (urinalysis)
• X-ray atau ultrasound (jika perlu)
• Ujian darah (jika perlu)

🏡 APA YANG BOLEH OWNER BUAT?

✔️ Pantau kekerapan kencing
✔️ Pastikan air sentiasa cukup & bersih
✔️ Bersihkan litter box setiap hari
✔️ Kurangkan stres persekitaran
✔️ Bawa ke klinik awal, jangan tunggu teruk

⁨ 018-298 0377

29/12/2025

Ada hari, bila kita buka pintu rumah… yang kita cari bukan manusia pun.

Kita cari dia.
Yang menunggu dekat kaki pintu. Yang pura-pura cool, tapi ekor dia dah melambai dulu. Yang datang rapat bila hati kita serabut. Yang tidur tepi kita tanpa tanya apa-apa, tanpa nilai kita, tanpa “kenapa kau begini”.

Bila haiwan peliharaan pergi, orang kata “haiwan je”.
Tapi kita tahu, dia bukan sekadar haiwan.
Dia teman. Dia penenang. Dia penghibur sunyi. Dia rutin kecil yang buat rumah rasa hidup.

Yang paling pedih, sakit haiwan tak macam sakit manusia. Dia tak pandai mengadu. Tak pandai sebut “sakit dekat sini”.

Kadang dia cuma jadi diam, kurang makan, sembunyi, tidur lebih lama. Kita sangka dia merajuk, kita sangka dia penat.
Rupanya dia sedang bertahan.

Dan bila satu hari dia hilang…
kita rasa macam ada ruang kosong yang tak boleh ditampal. Bukan sebab dia besar.
Tapi sebab dia selalu ada.

Untuk anda yang baru kehilangan si bulus tersayang:

❤️ Ambil masa untuk menangis. Itu normal. Itu bukan “over”. Itu sayang.

❤️Jangan kecilkan perasaan sendiri hanya sebab orang lain tak faham.

❤️ Simpan sesuatu sebagai kenangan, gambar, collar

Kalau rasa bersalah, ingat satu benda, anda jaga setakat yang anda mampu dengan ilmu dan kekuatan yang anda ada masa itu.

Dan kalau rasa sesak sangat, cerita pada orang yang memahami. Kawan rapat, pasangan, keluarga, atau komuniti pencinta haiwan.

Kucing dan haiwan peluharaan mungkin kecil pada mata orang.
Tapi pada hati kita, dia pernah jadi rumah.

23/12/2025

🧴🐾 Jangkitan Kulat (Fungus) Dalam Kucing – Bahaya yang Sering Diremehkan!

Tahukah anda? Jangkitan kulat seperti kurap (ringworm) adalah sangat mudah berjangkit kepada manusia, terutamanya kanak-kanak dan warga emas!

⚠️ Tanda-tanda Jangkitan Kulat:

🔹 Keguguran bulu berbentuk bulatan
🔹 Kulit bersisik atau kemerahan
🔹 Kegatalan & kerap menggaru
🔹 Luka atau tompok botak
🔹 Hidung berair, bersin (jika melibatkan saluran pernafasan)



📌 Fakta Penting:

✅ Boleh berjangkit kepada manusia
✅ Boleh merebak kepada haiwan lain
✅ Memerlukan rawatan jangka masa panjang
✅ Perlu disinfeksi rumah & persekitaran



👩‍⚕️ Apa yang anda perlu buat?
✔️ Datang ke klinik untuk pemeriksaan
✔️ Rawatan antifungal (luaran & dalaman)
✔️ Elak memandikan sendiri tanpa diagnosis
✔️ Asingkan kucing yang dijangkiti



📍Dapatkan nasihat awal bagi mencegah jangkitan lebih teruk.

20/11/2025

Kadang bila kita dewasa, lingkaran kawan makin kecil. Bukan sebab bermasam muka, tapi hidup masing masing mula sibuk, berubah, dan bertambah tanggungjawab.

Yang tinggal selalunya cuma satu dua orang…
dan selebihnya, tempat bercerita kita diganti oleh haiwan peliharaan, keluarga kecil,
atau ruang sunyi yang kita pelajari untuk hargai.

Tak salah pun.

Persahabatan tidak hilang, ia cuma berubah bentuk. Ada yang dekat di sisi, ada yang jauh dan ada yang hadir hanya untuk satu fasa hidup kita.

Kalau hari ini lingkaran itu makin kecil,
ingat satu perkara. Kita bukan keseorangan… kita cuma sedang membesar.

Address

TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT, Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala Terengganu
20400

Opening Hours

Monday 10:30 - 17:30
Tuesday 10:30 - 17:30
Wednesday 10:30 - 17:30
Thursday 10:30 - 17:30
Friday 22:30 - 17:30
Saturday 10:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Veterinar KUALA IBAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category