02/04/2026
JANGAN SYOK SENDIRI BAGI “DAGING MENTAH” KAT KUCING! 🥩🚫
Ramai ingat kalau bagi ayam atau daging mentah tu dah cukup untuk kucing mereka. Tapi sebenarnya, kalau bagi isi daging (muscle meat / plain meat) semata-mata, kucing kita tak dapat nutrisi yang lengkap. Perlu untuk bagi “whole prey” iaitu termasuk dengan tulang, organ, dan darah. Itu baru buat diet mereka seimbang.
Sebab tu kalau nak buat raw diet sendiri, kena ada ilmu dan formula yang betul. Kena lengkap ada kalsium, organ, dan kesemua nutrisi yang diperlukan. Tak boleh main campak je. Kalau tersilap nisbah, kitten boleh kekurangan zat.
Kalau hanya dapat bagi isi daging sahaja (muscle meat), perlu untuk digabungkan dengan “High Quality Kibbles”.
Di Pao and Pine kami amalkan konsep 70/30:
1️⃣ Kibbles 70% - sebagai “base” untuk pastikan semua vitamin cukup
2️⃣ Raw Food 30% - sebagai tambahan protein, hidrasi dan special treat.
Bila kita gabung macam ni, dah tak risau lagi pasal “nutritional gap”. Kitten dapat manfaat daging segar, dalam masa yang sama keperluan vitamin harian diorang tetap terjaga.
Ingat, kucing bukan setakat perlu “kenyang” je, tapi perlukan nutrisi yang seimbang!