17/02/2016
Soalan yang saya pernah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus terhadap persoalan samada boleh jula kucing dan beli kucing. Memang soalan ini cukup menarik dan ingin diketahui oleh orang ramai yang makin berminat untuk pelihara kucing.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, ada perbezaan pendapat berkenaan isu jual kucing dan beli kucing ini. Ada yang tidak membenarkannya dan ada p**a yang tidak melarangnya.
Namun begitu, daripada penjelasan beliau, nampak bahawa beliau cenderung kepada membenarkan aktiviti jual kucing dan juga beli kucing ini. Kerana jika orang bukan Islam mempunyai kelebihan untuk membela anjing sebagai teman peliharaan, maka orang Islam p**a boleh menggantikan anjing dengan kucing.
Oleh itu tidak salah beli dan jual kucing asalkan bukan bertujuan untuk dijadikan makanan. Jika kita menjual atau membeli kucing untuk tujuan makanan, atau mungkin juga jual kucing pada orang yang nak makan kucing tersebut, maka hukumnya adalah haram.
Oleh itu terp**anglah pada pendapat masing-masing dalam mengambil pendapat-pendapat yang saya berikan di atas. Imam Nawawi mengatakan sah beli kucing dan jual kucing jika kucing itu terlatih untuk melakukan atau memberikan manfaat tertentu kepada pembelinya.
Ertinya jika kucing itu jinak dan terlatih dan bukannya liar adalah dibolehkan aktiviti jual dan beli untuk mendapatkan manfaat daripada peliharaan kucing tersebut.
Moga artikel yang dituliskan ini mendatangkan manfaat bagi mereka yang sedang menjalankan atau mahu menjalankan aktiviti bela kucing, beli kucing dan jual kucing.
Credit : http://www.pendapatanda.com/2014/01/apakah-hukum-jual-kucing-dan-beli-kucing.html?m=1