Eyezardgadget Malaysia

Call Directions Website Contact the business

Eyezardgadget Malaysia Jom dapatkan ROAR Pet Safety Pack sekarang! https://eyezard.wasap.my/ Bahaya juga kalau kucing tiada pengenalan diri kan? Mengapa owner harus memiliki 3 item ini?

Loket haiwan QR Code
Kad Identiti Kecil Haiwan
Kad Identiti Saiz Kad Kredit Haiwan

Untuk keselamatan haiwan kesayangan anda! Kelebihan Kad Pemilik Haiwan

Kad Pemilik Haiwan boleh disimpan dalam dompet anda dan sebagai bukti anda adalah pemilik haiwan kesayangan anda. Saiz Sama saiz kad kredit atau kad pengenalan manusia

✅ Boleh disimpan dalam dompet

✅ Digunakan sebagai bukti anda adalah pemilik sebenar jika haiwan peliharaan anda hilang atau ditemui semula

✅ Boleh bawa ke Vet untuk tunjukkan maklumat haiwan peliharaan anda

✅ Jika anda ada hal kecemasan, kad ini boleh diberikan kepada penjaga sementara untuk haiwan peliharaan anda

✅ Kad ini sangat cantik, berkualiti tinggi, sama jenis dengan kad kredit atau kad pegenalan manusia dan kalis air

✅semua details boleh custom termasuk gambar cik bulus dan paw sendiri cik bulus anda

✅untuk keselamatan kucing anda jika hilang boleh ambil gambar kad saja untuk iklankan kucing hilang

✅Kad ini ada QR Code nombor pemilik, jadi jika kad ini hilang atau sesiapa ingin menghubungi anda, hanya perlu Scan QR Code sahaja tanpa perlu menyalin nombor telefon dahulu

✅Kad ini juga sebagai bukti peribadi dan tanda kenangan jika haiwan peliharaan anda sudah tiada😭

Kelebihan Kad Kecil Haiwan

Kad Kecil Haiwan boleh disangkut pada rantai/kolar haiwan kesayangan anda. Jadi ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan bawa bersama Kad Haiwan tersebut. Saiz 2.7cm x 4.3cm, didatangkan dengan rantai/kolar yang cantik

✅ Boleh disangkut pada rantai/kolar haiwan

✅ Sebagai keselamatan jika haiwan anda hilang dan dijumpai

✅ Jika anda ada hal kecemasan, kad ini boleh diberikan kepada penjaga sementara untuk haiwan peliharaan anda

✅ Kad ini sangat cantik, berkualiti tinggi dan kalis air

✅semua details boleh custom termasuk gambar cik bulus dan paw sendiri cik bulus anda

✅untuk keselamatan kucing anda jika hilang boleh ambil gambar kad saja untuk iklankan kucing hilang

✅cik bulus anda juga boleh bawa ke mana sahaja kad kecil beliau

✅ Kad ini ada QR Code nombor pemilik, jadi jika haiwan peliharaan anda hilang atau kad ini hilang atau sesiapa ingin menghubungi anda, hanya perlu Scan QR Code sahaja tanpa perlu menyalin nombor telefon dahulu

✅Kad ini juga sebagai bukti peribadi dan tanda kenangan jika haiwan peliharaan anda sudah tiada😭

Kelebihan rantai QR Code

✅cik bulus anda juga boleh bawa ke mana sahaja

✅rantai QR Code boleh memudahkan sesiapa yang menjumpai si comel anda, hanya scan sahaja terus boleh ke whatsapp anda

Demi keselamatan si comel anda! Terima kasih Pencinta Haiwan!

🐱🐶🐹🐰🦊🐒🐮🐔🐴

13/02/2021

Thank You😘

pembetukan awan seakan-akan UFO...dapat ditangkap gambarnye di tiga lokasi berbeza...benar atau edit anda sendiri tentuk...
04/10/2015

pembetukan awan seakan-akan UFO...dapat ditangkap gambarnye di tiga lokasi berbeza...benar atau edit anda sendiri tentukan....tetapi segalanya mungkin dengan kehendak Allah S.W.T.....

sumber:facebook

Misteri Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH653 Yang Terhempas Di Tanjong Kupang 1977Saja aku carik pasal 'Turbulence' kat...
03/10/2015

Misteri Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH653 Yang Terhempas Di Tanjong Kupang 1977

Saja aku carik pasal 'Turbulence' kat internet, tetiba jumpa ni. 'Turbulence' tu ialah gegaran disebabkan pelanggaran awan dan angin yang kuat. Aku dah la selalu menggunakan kapal terbang untuk balik ke kampung halaman, tak sangka tragedi kapal terbang terhempas pernah berlaku di Malaysia dan ianya membuatkan aku cuak jugak. Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan p**ang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Peristiwa ini mempunyai kisah misteri dan seramnya tersendiri, untuk mengetahui kisah misteri dan seram tersebut, teruskan membaca....
Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus dan menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder.

Peristiwa Misteri dan Seram

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu. Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi. Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu. Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya. Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

“Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah,” katanya.
Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya. “Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.“Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu,” katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan. Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

“Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel. “Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara,” katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya. “Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia. “Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja,” katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu. Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

“Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan. “Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan,” katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur,” katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan. Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).

Tugu Peringatan Tanjong Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru itu telah dibina sebagai usaha untuk memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi Tanjung Kupang.

Sumber : Pengalamanituguruterbaik, Anak Jati Muar

03/10/2015

Misteri Gerai Makan di Bukit Putus
Assalamualaikum,

Kisah ini diceritakan semula oleh kawan aku dan ianya terjadi 4 tahun yang lepas kepada adiknya sendiri. Nama sebenar dalam cerita ini sengaja aku ubah bagi menghormati mereka. Adik kawan aku (Rizal) merupakan pelajar UiTM Shah Alam. Bagi mengisi masa lapang di hujung minggu, Rizal terlibat dengan kump**an muzik bersama 2 orang lagi rakannya.

Pada suatu hari dia dan kump**annya selesai membuat persembahan di satu tempat di Seremban, Negeri Sembilan. Memandangkan hari telah pun jauh malam, mereka bermalam di sana sahaja. Cuaca pada pagi keesokan harinya cerah dan mereka bertolak balik lebih kurang pada jam 8.00 pa
Perjalanan balik mereka melalui Bukit Putus. Sepanjang perjalanan balik itu Jamil yang memandu. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan pada hari itu. "Eh, korang lapar tak? Aku rasa lapar la." tiba-tiba Idham bersuara. "Ye la, kita tak sempat nak breakfast pun tadi. Kau la Jamil, nak balik cepat sangat." sampuk Rizal p**a.

"Apa kata kita berhenti makan kat gerai tu?" Jamil mencadangkan. Kelihatan sebuah gerai yang dikunjungi ramai orang di tepi jalan. Mereka semua bersetuju dan Jamil meletak kereta di bawah sebatang pokok di tepi jalan raya.

Mereka mengambil tempat di salah sebuah meja di gerai itu. "Ramai juga orang singgah di sini ya?" soal Idham. "Hujung minggu macam ni mestilah ramai orang berhenti makan." balas Jamil. Hampir 10 minit mereka menunggu, namun tiada orang yang datang mengambil pesanan makanan.

"Takde orang ambil pesanan kita ke? Eh, kau tengok tu, banyaknya kucing warna hitam kat sini." tiba-tiba Idham bersuara. Kelihatan beberapa ekor kucing itu berkeliaran di bawah meja makan pelanggan. Orang yang sedang makan di meja sebelah dan tuan gerai seolah-olah tidak menyedari kehadiran mereka di situ. Nampak mereka seolah-olah sibuk menjalankan urusan masing-masing.

"Aku rasa baik kita balik aje la makan di Putrajaya. Perjalanan pun dah tak jauh lagi ni." Jamil mencadangkan. Mereka bertiga bangun meninggalkan tempat itu dan terus p**ang ke Putrajaya. Mereka tiba di Putrajaya dan singgah makan di rumah Rizal memandangkan ibunya telah siap memasak untuk mereka.

Selepas selesai makan mereka berehat di ruang tamu bersama ayah Rizal. "Pelik betul kedai makan tadi tu ayah, puas kitaorang tunggu dia ambil pesanan. Dekat 10 minit kitaorang menunggu, boleh tuan kedai buat-buat tak nampak je. Akhirnya kitaorang balik aje la." Rizal menceritakan kepada ayahnya.

"Kat mana kamu semua singgah makan tu?" soal ayah Rizal. "Kami balik tadi melalui jalan lama di Bukit Putus tu pak cik. Masa tu memang kitaorang lapar sangat sebab tak sempat nak breakfast, nampak la sebuah gerai makan dan kitaorang pun singgah la." Idham membalas. Ayah Rizal hanya terdiam seketika.

"Memang sah kamu semua dah 'terkena'. Mana ada gerai menjual makanan di tengah-tengah hutan macam tu." balas ayah Rizal. Tiba-tiba bulu roma mereka meremang mengingatkan apa yang berlaku tadi. "Patutlah tiada orang yang pedulikan kami. Kami juga nampak banyak kucing hitam berkeliaran di situ." balas Jamil. Baru dia teringat, memang tiada kereta yang berhenti di situ, sedangkan orang yang makan di situ ramai.

"Dah ramai yang 'terkena' di situ. Alhamdulillah tiada kejadian buruk yang berlaku kepada kamu semua." balas ayah Rizal. Sejak kejadian itu, hampir seminggu Rizal demam kerana terkejut. Mereka nekad tidak akan melalui kawasan itu lagi.

Sumber:Mizz Aiza

03/10/2015

Misteri Putrajaya ---Tak Jauh Dari Rumah PM

Petang ni aku, hubby dan anak yang bongsu pergi pusing-pusing Putrajaya. Mula-mula kami ikut presint 15. Naik ke lot-lot yang nak dibuat kedutaan. Tak ada satu lagipun blok kedutaan. Agaknya dia orang semua tak nak datang Putrajaya. Jauh daripada bisnes centre. Rasanya ramai yang s**a KL lagi. Sebab tu tak ada sapa-sapapun yang nak datang Putrajaya. Lagipun kenderaan awam dari KL sampai Putrajaya tak bagus sangat. Patutnya ada LRT/Komuter/apae-ape yang menghubungkan KL dan Putrajaya dan paling pentingnya kedutaan tu la. Lokasinya cantik. Atas bukit nampak view sekitar Putrajaya. Apabalagi kami berduapun lawan la ambil gambar view. Tapi camera phone aku nampak gelap aje. Tak secantik camera hubby. Dia asyik aksyen saja menunjuk-nunjuk dia punya gambar.

Lepas tu kami ke Taman Rimba p**a. Nama sedap tapi tak ada apa. Hubbypun pusing-pusing sampa la ke jalan yang ditutup. Hubby masuk jugak. Aku dah saspen. Jalannya luas tapi pokok dah melata kejalan. Lampu dan pokok bunga dah siap dipasang dan ditanam. tapi semuanya diselaputi belukar. Oh rupanya ada juga lost world kat Putrajaya ni. Entah presint apa yang nak naik. Tapi mungkin tak ada bajet, maka stop dulu. Last-last jalan sampai juga jalan keluar tapi berpalang. Nasib baik ada guard jaga maka tak payah la pusing balik.

Selepas keluar daripada kawasan tersebut kami ke depan lagi. Sampai kat rumah PM. Pas tu hubby buat u turn. Terus dia masuk satu kawasan yang juga ala-ala lost world. Tak tahu nak buat apa. Mungkin rumah jugak kot. Disinipun kami ambil gambar pemandangan juga. Nampak apa apa yang cantik kami akan berhenti dan ambil gambar. Sampai satu tempat tu aku dah letih. Hubby turun dan terus memetik camera hand phonenya. Aku tengok aje dari cermin kereta, hubby terus berjalan ke arah semak-semak. Agak lama juga barulah dia muncul. Aku tanya apa yang cantik bah. Hubby aku jawab misteri...misteri....Lastly aku fed up nak tanya lagi. Coz jawapannya asyik misteria aje....

On the way nak keluar dari tersebut kami masih memetik camera....Pause..
Sampai aje kat junction nak masuk BBB aku tengok hubby asyik duduk pegang handphone. Apa lagi, akupun sound, dah-dah la tu..trafic ligh dah naik hijau, tapi mata hubby asyik ke telefon.
Hubby aku cakap, semua gambar yang dia ambil missing satupun tak lekat...Hu.. tak dapat la aku minta gambar yang cantik tu.. Simpan aje gambar dari camera aku yang agak gelap-gelap ni.

Sampai aje kat rumah hubby akupun cakap benda misteri yang dia tengok tadi. Dia cakap masa dia tinjau-tinjau scenery tadi dia nampak satu kawasan yang tak diganggu. Kawasan tu masih ada pokok buah-buahan. Tetapi lain-lain kawasan sekeliling semuanya dah diteroka. Hubby juga telah merakam pemandangan di kawasan tu. Tak tau samada tuan tanah tak bagi @ memang Putrajaya nak simpan kawasan tu@ memang kawasan tu tak berjaya dibersihkan kerana......KERAS.. Apalagi kami pun relate dengan misteri kehilangan gambar dari camera hubby. He--he...mungkin kebetulan aje

Tak apa nanti kami sekali lagi akan ke situ dan akan mengambil gambar. Kita tengok samada akan hilang lagi gambar itu.....

Sumber cerita:MisRasa

Cerita Sebenar ‘Jambatan Bunian’ Di Port Dickson...Adakah anda pernah mendengar cerita dari penduduk setempat mengenai ‘...
03/10/2015

Cerita Sebenar ‘Jambatan Bunian’ Di Port Dickson...

Adakah anda pernah mendengar cerita dari penduduk setempat mengenai ‘Jambatan Bunian’ yang dibina di Lebuhraya sepanjang perjalanan menuju ke Port Dickson?

Bila ada saja perkataan ‘Bunian’ maka terdetik di minda kita adakah ini benar atau sekadar tahyul atau cerita-cerita dari penduduk yang kadang-kala menjadi tokok tambah hinggalah cerita sebenar disebalik jambatan ini lenyap begitu saja.

Kami memetik sumber dari sebuah blog Orangkampungcyber.Blogspot dan N9Kini, ada menyatakan tentang asal usul jambatan yang dibina di lebuhraya ini.

Menurut cerita yang kedengaran dari mulut orang ramai, jambatan ini dibina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas, ya.. bunyinya agak kelakar dan ada yang menambah kononnya jambatan itu dibina atas nasihat orang-orang tertentu yang arif mengenai unsur mistik dan misteri ini.

Akan tetapi, jika dilihat gambar yang dikongsikan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya kemana jambatan tersebut menghala kerana di awal jambatan tersebut dan pengakhirannya hanyalah yang nampak adalah hutan tebal dan disebabkan itulah pelbagai versi cerita wujud disebalik pembinaan jambatan ini.

Menurut sumber itu lagi, setelah mengkaji akhirnya kebenaran terjawab dan sesungguhnya jambatan yang dibina ini bukanlah untuk kegunaan ‘orang ghaib’ atau bunian seperti yang didakwa sebelum ini.

Jambatan itu dibina bertujuan untuk binatang liar melintas dan kemudahan ini telah diaplikasikan sejak sekian lama di negara luar.

Akhirnya mitsteri terjawab..

Sumber-HarianBlogger.Com

Kisah Alam Angker : KM 48Zahir mencuka tatkala melihat Zamir terkedek-kedek mengangkat beg. Janji lepas maghrib tapi sek...
03/10/2015

Kisah Alam Angker : KM 48

Zahir mencuka tatkala melihat Zamir terkedek-kedek mengangkat beg. Janji lepas maghrib tapi sekarang jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. Jika ditokok tambah dengan berhenti rehat lagi, mahu pukul 2 pagi baru mereka tiba ke kampung. Zahir masak benar dengan perangai adiknya itu, tak puntual satu hal.. terhegeh-hegeh p**ak tu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia p**ang sendiri, tapi Zamir janji dia akan support kos perjalanan pergi dan p**ang. Itu yang buat Zahir telan bulat-bulat segalanya.
"Mak kitorang baru nak gerak ni", ujar Zahir melalui satu panggilan telefon. Zamir memerhati dengan hujung mata, hanya dengar dan diam. Tak berani kata apa-apa. Bukan dia tak tahu macamana perangai panas baran abangnya itu. Dia lantas menguatkan suhu penghawa dingin, mudah-mudahan abangnya cepat sejuk.
Jalan malam itu sedikit lengang, mungkin kerana minggu bekerja. Mereka p**ang ke kampung pun kerana rancangan Kak Ngah mereka setahun lepas, mahu pergi bercuti di Pulau Redang. Lagipun baki cuti Zamir banyak lagi, Zahir p**a merupakan kakitangan kerajaan.. jadi tiada masalah dan halangan untuknya memohon cuti. Lagipun percutian itu sudah mereka rancang setahun yang lalu.
"Ko patah balik, ikut Highway LEKAS", kata Zahir sambil lewa. Matanya masih menatap skrin sesentuh telefon bimbitnya.
"Kenapa Lang?", dahi Zamir sedikit berkerut. Kebiasaannya dia akan menggunakan hihgway Pantai Timur, keluar ikut Gambang setiap kali ingin p**ang ke Rompin. Selama dia bekerja di Kuala Lumpur, jarang sangat dia menggunakan jalan lama.. lebih-lebih perjalanan waktu malam.
"Ada lori terbalik kat Genting Sempah, jalan jammed 4km", sambung Zahir, Zamir hanya mengangguk. Haluan mereka kini berubah, mereka cuma berharap perjalanan mereka selamat dan cepat sampai ke destinasi dituju.

**********

Zahir menguap berkali-kali. Dua tin nescafe sudah diteguknya tetapi ternyata matanya masih berat. Mungkin juga lagu yang berkumandang memainkan peranan. Itulah sahaja siaran yang ada, lebih-lebih lagi mereka sedang melalui jalan Keratong- Muadzam. Sudah pasti tidak banyak siaran boleh diperolehi di situ.

"Mir aku tido kejap, kalau kau ngantuk.. ko kejut aku ok", Zahir tanpa banyak bicara terus menjatuhkan seat sedikit ke belakang dan terlelap. Zamir mengangguk dan meneruskan pemanduan. Tanpa lampu jalan agak s**ar untuknya melihat jalan, hanya sesekali sahaja jalan menjadi terang dek kerana pancaran lampu lori atau kenderaan lain dari arah bertentangan jalan.

Dia bawa pun tidak laju mana memandangkan perjalanan malam, sekitar 80 hingga 90km sahaja. Sesekali lagu lama seperti Juitaku Sayang dendangan Ahmad Jais dan Rafeah buang bermain di corong radio membuatkan matanya mendayu-dayu minta ditutup. Walau bagaimana pun, dia tetap membiarkan radio tersebut menyanyi sendiri, sedikit sebanyak boleh menjadi peneman perjalanannya ketika itu. Hujan mulai merenyai, kenderaan yang dipandunya p**a semakin perlahan. Zamir mencebik dengki melihat abangnya sedari tadi tidur dengan menggayakan berbagai posisi. Nak buat macamana.. dia kan abang.

**********

"Dah sampai mana ni?", Zahir terjaga, sesekali dia mengeliat kepuasan.

"Keratong lagi", lemah sahaja suara yang keluar dari mulut Zamir. Zahir tersengih.

"Nak tukar tak?"

Zamir menggeleng. Dia yakin masih lagi mampu memandu, dia cuma akan tukar bila tiba di Muadzam.

"Ko nak dengar cerita seram tak? Orang percaya sepanjang jalan yang kita lalu ni 'keras' lebih-lebih lagi dari KM 43 hingga KM 48. Ramai dah terkena. Tapi selama aku lalu, tak pernah terserempak lagi la", kata Zahir. Dalam takut-takut Zamir masih memasang telinga. Kalau tak dengar rugi p**a.

"Ada kes orang jumpa langsuir, ular sebesar pemeluk, gajah putih, kereta tanpa pemandu.. eh macam-macam versi la aku dengar. Aku berani cerita ni pun sebab kita berdua, kalau aku jalan seorang memalam cengiini.. bukan setakat cerita, lalu sini pun aku tak hingin. Tu la pasal orang pesan kalau nampak kelibat orang minta tumpang, jangan berhenti. Teruskan perjalanan. Bacalah apa yang patut sebab selalunya benda tu akan kejar, tak pun tup-tup dah ada kat seat belakang", beria-ria Zahir bercerita, mulutnya tak berhenti-henti dari tadi.

Zamir menelan air liur berkali-kali. Zahir tertawa melihat air muka yang ditunjukkan Zamir, tetapi semakin lama dia merasa pelik. Lebih menghairankannya lagi apabila Zamir mula memperlahankan kenderaan dan berhenti di bahu jalan yang gelap, betul-betul di sebelah ladang kelapa sawit.

Tiba-tiba kedengaran pintu bahagian belakang terbuka. Zamir mengetap bibir, matanya hanya memandang cermin hadapan. Tiada sebait kata pun keluar dari mulutnya ketika itu. Zahir kaget, dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku sewaktu dia tertidur sebentar tadi. Dari sisi tingkap dia melihat susuk tubuh seorang lelaki keluar dari pintu belakang kereta tersebut. Tapi darahnya berderau bilamana lelaki itu membongkok pada paras cermin tingkapnya, dia melihat lelaki tersebut tidak berkepala!

Darah mereka berderau terus naik ke ubun-ubun. Zamir tak tunggu lama, dia terus memacu kenderaan tersebut meninggalkan kelibat yang dilihat mereka sebentar tadi. Zahir terus bertubi-tubi bertanyakan apa yang telah berlaku manakala Zamir terus-terusan memberikan alasan. Suasana gamat seketika sehingga mereka terdengar satu suara memotong perbualan mereka.

"Abang boleh patah balik.. p**angkan saya balik.."

Zahir menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya bila dia mendapati sebiji helmet berwarna merah berada di seat belakang keretanya, dan lagi menakutkan di dalam helmet tersebut terdapat kepala seorang lelaki yang berlumuran darah.

Zamir yang terkejut, gagal mengawal kenderaannya dan terhumban di longkang pada sisi jalan. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta manakala Zahir tidak kelihatan. Tinggallah dia sendirian di situ, dalam sunyi sepi malam tanpa bulan dan cahayanya. Hanya lampu kecemasan kereta mereka sahaja yang terus menyala. Tetapi sebelum pandangan Zahir menjadi kelam, dia sempat melihat papan tanda yang berada di kanan jalan seberang jalan..

KM 48..


**********

"Bulan lepas ada berlaku kemalangan kat sini tau.. tak tau la mati ke tak", ujar lelaki separuh umur kepada pasangannya yang berada di sisi pemandu. Di dakapannya ada seorang bayi yang sedang nyenyak tidur.

Dari jauh mereka terlihat sebuah kereta tersadai di sisi jalan. Di situ kelihatan seorang pemuda melambai-lambai seperti sedang meminta pertolongan. Lelaki tersebut memberhentikan keretanya, dan menurunkan cermin tingkap sisi pasangannya.

"Kenapa ni encik?",tanya lelaki tersebut. Pemuda tersebut memaklumkan yang keretanya rosak. Dia minta ditumpangkan ke kampung berhampiran. Lelaki itu membenarkan pemuda tersebut naik sekali memandangkan kampung yang ada tak jauh dari situ.

Setelah memperkenalkan diri, mereka pun rancak berborak sementara menuju ke destinasi yang dituju. Dalam rancak berborak itu, pemuda tersebut bertanya kepada pasangan tersebut.

"Dalam perjalanan tadi, ada tak abang dan kakak nampak arwah abang saya?"

Lelaki itu lantas memandang ke cermin pandang belakang dan dia melihat...

Tamat..
Sumber : Dunia seram

Address

Kuala Lumpur
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eyezardgadget Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eyezardgadget Malaysia:

Shortcuts

Share

Category