Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

Call Directions Website Contact the business

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENGARAH JPVNKSeluruh warga kerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan merakamk...
29/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENGARAH JPVNK

Seluruh warga kerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida binti Yaacob, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-57.

Semoga pengurniaan ini menjadi penghargaan atas segala khidmat bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan serta pembangunan sektor veterinar di Negeri Kelantan.

Tahniah dan syabas, Dr. Yahasmida!

Ikhlas daripada seluruh warga
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

𝐌𝐞𝐫𝐚𝐟𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮...
29/09/2026

𝐌𝐞𝐫𝐚𝐟𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐕 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞-𝟓𝟕 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔.

"𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀"
"𝐒𝐄𝐌𝐎𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓"

Daripada :
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Kelantan

ALLAHUAKBARMerafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Y...
28/09/2026

ALLAHUAKBAR

Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Bagi Tahun 2026.

"RAJA DAN RAKYAT, BERPISAH TIADA"
"SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT"

Daripada :
Pengarah dan Seluruh Warga Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

LAWATAN PENGARAH KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR JAJAHAN TUMPATTUMPAT, 28 September 2026 – Pengarah Jabatan Perkhidmat...
28/09/2026

LAWATAN PENGARAH KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR JAJAHAN TUMPAT

TUMPAT, 28 September 2026 – Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida binti Yaacob, telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau operasi dan penyampaian perkhidmatan veterinar di peringkat jajahan, selain mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan program serta isu-isu semasa.

Turut hadir Dr. Siti Noorbainun binti Othman, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, bersama wakil-wakil bahagian yang lain dan kakitangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat.

Lawatan ini mencerminkan komitmen pengurusan JPVNK dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan veterinar serta memastikan pelaksanaan program pembangunan industri ternakan di peringkat jajahan berjalan dengan lancar.

Empat hari yang cukup meriah akhirnya sampai ke penghujungnya. Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dari 24...
28/09/2026

Empat hari yang cukup meriah akhirnya sampai ke penghujungnya. Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 27 September 2026 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai kenangan dan pengalaman menarik buat para pengunjung.

Bertepatan dengan tema “Alam Lestari, Komuniti Harmoni”, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) turut mengambil peluang menyertai pesta ini sebagai salah satu pempamer.

Sepanjang empat hari berlangsung, reruai JPVNK menjadi platform untuk mendekatkan masyarakat dengan jabatan, khususnya dalam mendapatkan informasi berkaitan perkhidmatan veterinar, kesihatan dan kebajikan haiwan serta sektor penternakan.

Sambutan yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan. Pelbagai lapisan masyarakat hadir berkunjung, bertanya soalan dan berinteraksi secara langsung dengan warga JPVNK.

Majlis penutupan Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan.

JPVNK merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 serta kepada seluruh pengunjung yang telah memeriahkan acara sepanjang empat hari ini.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda kepada JPVNK.




25 September 2026 - Laman Unggas Pesta Flora 2026 di Taman Perbandaran Tengku Anis terus menjadi salah satu tumpuan peng...
25/09/2026

25 September 2026 - Laman Unggas Pesta Flora 2026 di Taman Perbandaran Tengku Anis terus menjadi salah satu tumpuan pengunjung pada hari ini.

Pengunjung teruja melihat dengan lebih dekat pelbagai Unggas Eksotik dan Hiasan yang dipamerkan. Pada hari ini juga aktiviti Free Fly Bird Show dan Pygmy Walk menyerikan lagi aktiviti di Laman Unggas. Selain jualan Anak Ayam Warna, pengunjung juga berpeluang untuk meneka bilangan Telur Puyuh dan mendapatkan Telur Puyuh yang diedarkan secara percuma (stok terhad).

Jom esok sama-sama semua hadir ke Pesta Flora yang masih berbaki 2 hari sahaja lagi. Esok masih ada telur puyuh, tiket percuma utk 50 pengunjung, jualan anak ayam warna dan Bird Show pada jam 4 petang.

Sultanah Kelantan Berangkat Mencemar Duli ke Pesta Flora Negeri Kelantan 2026KOTA BHARU, 24 September 2026 – Duli Yang M...
25/09/2026

Sultanah Kelantan Berangkat Mencemar Duli ke Pesta Flora Negeri Kelantan 2026

KOTA BHARU, 24 September 2026 – Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, berangkat mencemar duli ke Majlis Perasmian Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Taman Perbandaran Tengku Anis.

Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang bertemakan “Alam Lestari, Komuniti Harmoni” berlangsung selama empat hari, bermula 24 hingga 27 September 2026, dengan pelbagai program dan aktiviti yang mengetengahkan keindahan flora, kelestarian alam serta kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida binti Yaacob dan Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Dr. Siti Noorbainun binti Othman, bersama wakil-wakil agensi kerajaan serta pihak berkepentingan.

Bertepatan dengan tema “Alam Lestari, Komuniti Harmoni”, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) turut diberi mandat sebagai salah seorang pempamer sepanjang Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 27 September 2026.

Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-57, dan berlangsung di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.

Menerusi penyertaan ini, JPVNK membawakan Pameran Unggas yang mengetengahkan pelbagai spesies unggas eksotik dan hiasan seperti Ayam Ko Shamo, Ayam Brahma, Ayam Silkie, Burung Budgerigar, Ring Neck dan Sun Conure, selain beberapa spesies lain.

Turut menjadi tarikan pengunjung ialah aktiviti Free Fly Bird Show yang menampilkan ‘Bonny’, seekor Parrot Macaw yang bersifat mesra, sporting dan gemar bergambar bersama pengunjung.

Pameran ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat kepelbagaian unggas menerusi Pameran Unggas dan Petting Zoo, sekali gus memberikan pengalaman interaktif kepada orang ramai, khususnya dalam mengenali dan menghargai kepelbagaian fauna.

Usaha JPVNK membawakan Pameran Unggas ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghargai flora dan fauna serta memelihara biodiversiti setempat. Peranan JPVNK bukan sahaja tertumpu kepada pengurusan dan pembangunan ternakan ruminan, malah turut merangkumi sektor unggas dan pelbagai aspek berkaitan kesihatan serta kebajikan haiwan.







24/09/2026
Iklan Sebutharga Membekal dan Menghantar Multivitamin, Antiseptik dan Disinfektan Untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar N...
24/09/2026

Iklan Sebutharga Membekal dan Menghantar Multivitamin, Antiseptik dan Disinfektan Untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Tahun 2026.

Tarikh Sebutharga Ditutup : 12 Oktober 2026 (Isnin) pada jam 12.00 tengahari

JELI DAN TANAH MERAH MINI VET FEST 2026 MERIAHKAN KOMUNITI TERNAKANJELI, 23 September 2026 – Program Jeli dan Tanah Mera...
24/09/2026

JELI DAN TANAH MERAH MINI VET FEST 2026 MERIAHKAN KOMUNITI TERNAKAN

JELI, 23 September 2026 – Program Jeli dan Tanah Merah Mini Vet Fest 2026 telah berlangsung di perkarangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Jeli, dengan pengisian pelbagai aktiviti berkaitan sektor penternakan dan khidmat veterinar.

Program telah dirasmikan oleh YB Zahari bin Kechik, Ahli Parlimen Jeli, dan turut dihadiri Dr. Siti Bainun binti Othman, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, serta para pegawai, penternak dan komuniti setempat.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk pameran lembu dan kambing, pertandingan mewarna dan promosi produk Industri Asas Ternakan (IATn).

Dalam sesi perkongsian ilmu, Taklimat 1 bertajuk “Peranan dan Bantuan Jabatan” telah disampaikan oleh Puan Siti Mardhiah binti Zakaria, Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Jeli. Taklimat tersebut memberi penerangan kepada peserta berkaitan peranan Jabatan serta bentuk bantuan yang disediakan kepada golongan penternak.

Seterusnya, Taklimat 2 berkaitan Program Agropreneur Muda telah disampaikan oleh Puan Nurasmira binti Z. Anuar, Ketua Bahagian Regulatori, JPVNK, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang dan program berkaitan pembangunan usahawan dalam sektor agromakanan.

Program turut menyediakan sesi soal jawab secara langsung antara penternak dan pihak Jabatan bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan maklumat serta penjelasan berkaitan isu dan keperluan penternakan.

Program yang berlangsung sehingga petang itu turut diserikan dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan cabutan bertuah kepada para peserta.

Address

Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097652811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share

Category