Cats Mansion

Directions

Cats Mansion Cats Mansion, ditubuhkan khas untuk haiwan peliharaan anda.

Merupakan kedai makanan basah dan kering, makanan tambahan, aksesori, peralatan dan keperluan kucing.

09/06/2022

Makanan basah dan Makanan kering untuk Anak Kucing?

Umur yang paling sesuai untuk anak kucing mula diberikan makanan basah adalah seawal 3-4 minggu.

Apabila umur anak kucing mencecah 6 minggu, makanan kering dan basah boleh dicampurkan.

Setelah 8 minggu, anak kucing tersebut sudah boleh diberikan makanan kering sahaja tanpa campuran makanan basah.

Sangkar terhangat di Malaysia!!Kucing anda selalu sakit sakit badan tidur di lantai?Mereka dah mula mengadu untuk kehidu...
09/06/2022

Sangkar terhangat di Malaysia!!

Kucing anda selalu sakit sakit badan tidur di lantai?
Mereka dah mula mengadu untuk kehidupan yang lebih baik?
Kami ada penyelesaiannya!

Memperkenalkan sangkar kucing 3 tingkat!
✅Boleh memuatkan sehingga 5 ekor kucing dewasa
✅ Platform mudah alih untuk keselesaan kucing anda
✅ Ketinggian mencecah 5 kaki
✅ Besi material: Wrought Iron
✅ Harga terbaik di pasaran Malaysia, hanya RM 80 tau.
✅ Review positif dari pembeli

Jadi apa tunggu lagi? Whatsapp kami segera kerana stock adalah terhad.

https://wa.link/6snp9q

08/06/2022

American Shorthair adalah salah satu daripada jenis kucing yang termasyhur kerana ia memiliki bulu berwarna perak yang memukau dan bercorak seperti batu marmar.

Kucing ini berasal dari Eropah dan selepas itu baka ini telah dikembang biak di Amerika dan kemudiannya menjadi “American Shorthair” seperti sekarang. Oleh kerana corak bulunya yang mengkagumkan, harga kucing ini pada suatu ketika dahulu sangat mahal.

American Shorthair memiliki sifat semulajadi yang ceria, peramah, tenang dan mempunyai naluri seperti pemburu.

08/06/2022

Tabiat mencakar normal atau tidak?

Mencakar adalah senaman tapak kaki kucing. Ada beberapa sebab kenapa kucing mencakar .

Antaranya ialah untuk menajamkan kuku, Kuku adalah aset penting kucing, Dengan kuku yang tajam kucing tersebut dapat mengawal pegerakan mereka dengan lebih baik.

Mencakar juga merupakan cara kucing meluahkan rasa marah, stress dan menyatakan ini adalah kawasan mereka.

08/06/2022

Kucing Parsi atau Persian adalah jenis kucing berbulu panjang yang dicirikan oleh wajah bulatnya dan muncungnya yang pendek. Ia juga dikenali sebagai 'Persian Longhair' di negara-negara barat. Di rantau Timur Tengah, mereka dikenali sebagai kucing 'Shirazi' manakala di Iran mereka dikenali sebagai kucing 'Shiraz'.

Diiktiraf sebagai kucing mewah sejak abad ke-19, ia telah dibiak pertama oleh orang inggeris dan kemudiannya oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pembiakan selektif yang dijalankan oleh penternak telah menghasilkan dengan pelbagai jenis warna bulu. Namun kacukan yang ekstreme telah menyebabkan penciptaan jenis muka yang rata.

Baka jenis kucing parsi yang bermuka rata ini mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan. Penyakit buah pinggang polikistik keturunan dan penyakit hati adalah lazim dalam baka ini. Pada tahun 2015, ia disenaraikan sebagai baka kedua yang paling popular di Amerika Syarikat mengikut Persatuan Cat Fanciers.

Kucing anda tiada tempat tidur yang selesa? Mujur kami ada benda yang dapat selesai masalah anda ni!Dengan harga yang sa...
07/06/2022

Kucing anda tiada tempat tidur yang selesa? Mujur kami ada benda yang dapat selesai masalah anda ni!

Dengan harga yang sangat berpatutan hanya RM 15, kini si bulus anda dapat tidur dengan selesa sehingga ke waktu subuh!

🔴 5 Design PREMIUM
🔴 Mudah dibersihkan
🔴 Boleh menampung berat kucing anda
🔴 Diperbuat dari Fabric berkualiti

Jangan berlengah, segera whatsapp sebelum ianya dimiliki oleh kucing lain!

https://wa.link/6snp9q

07/06/2022

Japanese Bobtail berbulu panjang telah wujud selama berabad lamanya di Timur sepertimana baka bulu pendek. Japanese Bobtail adalah kucing yang kuat dan sihat dan mereka biasanya melahirkan tiga hingga empat ekor anak kucing yang sangat besar berbanding dengan anak-anak kucing lain yang baru lahir.

Berbanding dengan baka-baka lain, mereka lebih cepat aktif, berjalan lebih awal dan mula melibatkan diri dengan masalah lebih awal. Anak-anak kucing ini tidak pernah dilahirkan tanpa ekor, atau dilahirkan dengan ekor yang penuh. Mereka adalah kucing yang aktif, cerdas, becok dan suara mereka yang lembut dipenuhi dengan pelbagai nada – sehinggakan sesetengah pemilik berpendapat bahawa kucing mereka boleh "menyanyi".

Kusyen lembut berbentuk bulat ni mendapat sambutan hangat di pasaran. Lagipula kusyen gebu ini pasti akan menjamin kesel...
07/06/2022

Kusyen lembut berbentuk bulat ni mendapat sambutan hangat di pasaran. Lagipula kusyen gebu ini pasti akan menjamin keselesaan kucing anda untuk mereka tidur.

Bukan anda sahaja yang akan menyukainya malahan haiwan peliharaan kesayangan anda juga pasti berebut-rebut hendak menggunakan kusyen ini.

Harga kusyen ni sangat berpatutan, hanya Rm 15 sahaja.

Jom whatsapp kami sekarang.

https://wa.link/6snp9q

07/06/2022

Sporo nama glamour atau nama saintifiknya Sporothricosis ini penyakit yang serius pada kucing.

Sporo kebiasaannya berlaku kepada kucing dan anjing kerana mereka terdedah kepada kulat/fungus di luar rumah. Kucing yang dijangkiti sporo ni biasanya mengalami luka di bahagian muka terutama sekali di hidung.

Sporo ni berpotensi untuk menjangkiti manusia, jadi kalau anda ada kucing Sporo pastikan kendalikan mereka dengan cara yang betul dan sebaiknya gunakan sarung tangan.

Vitamin dan booster yang sesuai untuk Kucing ?Kami mempunyai satu produk suplemen yang sesuai untuk kucing anda iaitu Sw...
06/06/2022

Vitamin dan booster yang sesuai untuk Kucing ?

Kami mempunyai satu produk suplemen yang sesuai untuk kucing anda iaitu Swache Immuno Pet (Berperisa Oren).

Produk ni berkesan untuk meningkatkan tahap imunisasi kucing anda. Lagi-lagi kalau kucing anda dalam fasa pemulihan, produk ini dapat membantu memberikan tenaga tambahan.

Bahan-bahan dia? Jangan risau suplemen ni diperbuat dari tumbuhan semula jadi beserta tambahan ekstrak herba swache. Jadi ianya selamat digunakan.

Harga sebotol cuma RM 33!

Whatsapp kami untuk dapatkannya hari ini!

https://wa.link/6snp9q

Address

Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cats Mansion posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category