18/05/2026
KURSUS TERNAKAN RUMINAN β LEMBU, KERBAU DAN KAMBING
Industri ternakan ruminan semakin mendapat perhatian kerana mempunyai potensi besar dalam pengeluaran makanan negara serta peluang menjana pendapatan lumayan. Namun begitu, ramai penternak baharu menghadapi pelbagai cabaran akibat kurang pendedahan ilmu, pengalaman dan teknik pengurusan yang betul.
Atas sebab itu, Kursus Ternakan Ruminan β Lembu, Kerbau dan Kambing anjuran SRI MERSING FARM & RESOURCES disusun khas bagi membantu peserta memahami asas sebenar dunia penternakan secara praktikal dan realiti industri.
Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan dengan prospek serta cabaran sebenar dalam bidang ternakan ruminan - Memahami perbezaan antara penternakan lembu, kerbau dan kambing dari sudut modal permulaan, kos operasi, risiko, p**angan keuntungan serta kesesuaian mengikut kemampuan masing-masing. Ini penting supaya bakal penternak dapat memilih bidang yang tepat berdasarkan minat, modal dan keupayaan pengurusan.
Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan terhadap teknik pengurusan kandang yang sistematik dan praktikal. Peserta akan mempelajari sistem perumahan ternakan, pengurusan kebersihan, pengudaraan, pengurusan najis serta susun atur kandang yang sesuai untuk mengurangkan tekanan dan penyakit pada ternakan. Pengurusan kandang yang baik mampu meningkatkan kadar tumbesaran serta menjimatkan kos rawatan.
Dalam aspek pembiakan p**a, peserta akan didedahkan dengan teknik pemilihan baka yang berkualiti, kaedah pembiakan, penjagaan induk bunting serta pengurusan anak ternakan.
Pemilihan baka yang tepat sangat penting kerana ia mempengaruhi kadar pembesaran, ketahanan penyakit dan keuntungan jangka panjang sesuatu projek ternakan.
Kursus ini juga memberi fokus kepada penyediaan pemakanan yang efektif dan ekonomik.
Peserta akan mempelajari jenis rumput, silaj, hay, dedak dan formulasi makanan tambahan yang sesuai untuk lembu, kerbau dan kambing.
PENTING, peserta turut didedahkan kepada pengiraan kos pemakanan, kerana makanan merupakan kos terbesar dalam operasi ternakan. Pengurusan pemakanan yang betul dapat meningkatkan produktiviti serta mengurangkan pembaziran.
Dari sudut kesihatan ternakan, peserta akan mempelajari pengesanan awal penyakit, pengurusan rawatan asas, vaksinasi serta langkah pencegahan penyakit berjangkit. Pengetahuan asas kesihatan amat penting supaya penternak tidak terlalu bergantung kepada pihak luar dan mampu bertindak pantas ketika berlaku masalah di ladang.
Apa yang lebih menarik, kursus ini turut membincangkan STRATEGIβ trading jual-beli ternakan yang berkesan. Rahsia teknik membeli baka yang berkualiti, strategi pemasaran, pengiraan ROI, kos operasi serta kaedah menjana keuntungan secara lebih tersusun dan praktikal.
Kursus ini dijalankan di lapangan sebenar bagi memberi pengalaman praktikal kepada peserta. Peserta bukan sekadar mendengar teori di dalam bilik seminar, tetapi turut melihat sendiri operasi ternakan, pengurusan kandang, pemakanan dan pengendalian ternakan secara terus di ladang.
Pendekatan ini membantu peserta memahami situasi sebenar industri dan lebih yakin untuk memulakan projek ternakan sendiri.
Kursus ini sangat sesuai untuk bakal penternak, usahawan tani, belia, pesara kerajaan, pekerja swasta serta individu yang ingin menambah ilmu dan menjadikan ternakan sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan.
Pertanyaan : 017-731 2188
β’ SRI MERSING FARM & RESOURCES
Terhad 12 penyertaan. Bilik percuma tertakluk 'First Come First Serves'.