06/03/2022
C/P
Jom kita belajar serba ringkas tentang pH air [BEGINNER LEVEL]
π΄ββ οΈ Notakaki kepada Sifu2 π€΄β Nak kecam? Baik janganβ¦ lebih baik tolong penambahbaikkan.
Dok sembang2 dengar org cakap pH berapa, pH swing, pH bla bla blaβ¦.π£π£π£π£π£
Tapi korang tau x pH tu ape?π€·ββοΈπ€·ββοΈ
pH tu potential of Hydrogen @ power of Hydrogen
pH merupakan tahap kepekatan Hidrogen dalam air, Ion Hidrogen (hydrogen) yang tinggi boleh menghasilkan kawasan yang berasid, manakala Ion Hidroksida (hydroxide) yang tinggi p**a menyebabkan peningkatan tahap alkali di dalam air. Air tulen mempunyai pH berdekatan dengan 7.
β
Apa kegunaan pH untuk air aquarium?π³π
pH adalah parameter asas yg perlu diperiksa secara berkala kerana ia mempengaruhi tumbesaran, keselesaan dan kesihatan ikan peliharaan.
Secara amnya, kebanyakan ikan memerlukan pH air dalam 6 - 6.5. Tetapi, setiap ikan lain bacaan dan keperluannya.
Sebagai contoh:
Peacock Bass: 6.5 β 7.5
Arowana: 6.0 β 7.0 (recommended 6.5)
IT/Datnoid: 6.5 β 7.5
Spotted Gar: 6.0 β 8.0
Bichir: 6.0 β 8.0
EBH: 6.5 β 7.0
Parrot cichlid: 6.5 β 7.8
Giraffe: 7.5 β 8.8
βΌοΈYang lain ko search sendiri. Untuk yang nak bela ikan secara comm tank, bolehlah tanya dulu dengan yg pakar atau penghobi2 yg dah berpengalaman. Jimat masa, tenaga dan duit. Kebiasaanya ikan yg jual kat kedai tu, yg breed dlm kolam dah sesuai utk comm tank sbb breeder dah adjust dr kecik utk sesuaikan dgn pH air paip. Yg WC je perlukan perhation lebih.βΌοΈ
β
Faktor penyebab perubahan π pH level dalam aquarium?
Bagi makan secara berlebihan π’
Tukar air/ water change ππΏ
Kekurangan oksigen/aeration dalam tank β
Masukkan driftwood (kena tau dulu jenis kayu)πͺ΅
Jenis pasir atau batuπͺ¨
Level nitrates yang tinggiβ
GH. GH tu general hardness atau water hardness secara amβ οΈ
Guna air purifierπ°
Bilangan ikan yang banyakππ π‘
Banyak kekotoran najis dan sisa makanan dalam tankπ©
Kadar pH yg xkonsisten dalam paip airπ±
Penggunaan daun Ketapang atau sebarang produk kesihatan ikan.π₯ππ
Dekat Filter system letak lava rock πsekali dengan oyster shell/coralππ (hahahahahaha)
β
Kaedah untuk menaikkan/menurunkan pH level dalam aquarium?
pH level boleh dinaikkan dengan menggunakan produk kimia, atau organic.
Sebagai contoh:
β Menaikkan pH
Aquadene pH up
Natrium Bikarbonut
Coral chips (standard ramai pakai)
Osyter shell (standard ramai pakai)
Maifan stone
β Menurunkan pH
Aquadene pH down
Daun Ketapang (standard ramai pakai)
BlackWater
DriftWood
β³ Banyak lagi cara dah barang yg boleh menaikkan/menurunkan pH level. Ikut atas kemampuan, tujuan dan kehendak korang. Sebaiknya, bertanya dengan yg berpengalaman.
Cara untuk menentukan pH levelββ
Penggunaan alatan elektronik atau bahan kimia dapat membantu penghobi untuk mendapatkan bacaan pH level.
Sebagai contoh:
Portable pH meter/digital
pH Acidometer
API Fresh Water pH test kit
Fish Lab pH and Chlorine test kit
pH paper test kit/liquid
Aquadine tester special
pH scale diagram/graph
Seachem
β
Bahaya pH terlalu rendah/tinggi atau pH swing terhadap ikan?
β pH level yg tinggi boleh menyebabkan chipscale, membantut tumbesaran ikan, membunuh telur ikan, ketidakselesaan ikan kecil berbanding ikan yg besar, melambatkan process sembuh ikan jika luka, ikan jadi stress dan paling teruk ikan mati.
β pH level yg rendah boleh membantut tumbesaran ikan, membunuh telur ikan, ketidakselesaan ikan didalam tank, melambatkan process sembuh ikan jika luka, ikan jadi stress dan paling teruk ikan mati.
π² pH level bawah 5.5 juga boleh menyebabkan nitrification bacteria mati. Nitrification bacteria penting untuk mengekalkan ammonia dan nitrites ke tahap 0ppm. (ni level up skit)
π
Jangan memasukkan bahan2 menaikkan/menurunkan pH level secara mendadak kerana ianya boleh menyebabkan pH swing. Dapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari penghobi yg berpengalaman.
Kesimp**annya:
Air π§ merupakan medium utama dalam sistem aquarium kita. Kualiti air yang optimum dapat meminimakan kematian, mengoptimumkan tumbesaran, mengelakkan dari jangkitan penyakit dan pemangsa air selain dapat menghasilkan ikan kesayangan yang berkualiti. Oleh yang demikian, pemeriksaan kualiti air perlu dilakukan secara berkala untuk menilai tahap kualiti air.
Dapatkan khidmat nasihat dari penghobi yg berpengalaman, minta secara baik, jangan berani mencuba jika tidak tahu kerana lain ikan lain ketahanan dah kesesuaian terhadap perubahan pH. Gunakan group FB dan google untuk menambah ilmu.
If you happen to have trouble with pH, you should now feel much more confident about how to deal with it. You donβt need to panic, there are a lot of option available. It is important that the pH matches the preferences of your fish. But it is also important that the pH remain stable.
Are you experiencing problems with your pHβ Feel free to ask in the comments below.