Johor Equestrian

Johor Equestrian Welcome to Johor Equestrian Facebook! 🐎✨ Follow for tips, event news & celebrate riders and horses.

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahSeluruh warga Johor Equestrian Johor Bahru dengan penuh takzim merafakk...
30/06/2026

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Seluruh warga Johor Equestrian Johor Bahru dengan penuh takzim merafakkan sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Semoga Allah SWT mengurniakan ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku usia yang berkat, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam memimpin serta sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan inayah-Nya.

Daulat Tuanku.
UTMEquinePark JohorBahru EquestrianJohor BangsaJohor

Johor Equestrian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Imigresen UTC Johor kerana memilih kami sebagai d...
18/06/2026

Johor Equestrian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Imigresen UTC Johor kerana memilih kami sebagai destinasi penganjuran Program Pembangunan Pasukan melalui aktiviti berkuda dan memanah.

Semoga pengalaman yang dikongsikan bukan sahaja mengeratkan semangat berpasukan, malah memberi inspirasi melalui nilai keberanian, disiplin dan kepimpinan yang diterapkan dalam sukan berkuda.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.
“Building Character Through Horsemanship.”

17/06/2026

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan dan kurniaan 10 ekor kuda Polo Pony kepada Johor Equestrian.

Kurniaan yang amat bermakna ini akan dimanfaatkan bagi memperkukuh program pembelajaran dan pembangunan sukan ekuestrian, khususnya dalam latihan menunggang kuda serta Program Riding for the Disabled Association (RDA) yang memberi peluang kepada golongan kelainan upaya untuk menikmati manfaat terapi dan pembangunan diri melalui aktiviti berkuda.

Sesungguhnya, kurniaan dan keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Ismail mencerminkan komitmen berterusan Baginda terhadap pembangunan sukan berkuda, pendidikan serta kesejahteraan masyarakat.

Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah kurnia dan perhatian Baginda Tuanku.

Daulat Tuanku.

Address

Jalan Ladang
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 07:00 - 22:00
Tuesday 07:00 - 22:00
Wednesday 07:00 - 22:00
Thursday 07:00 - 22:00
Friday 07:00 - 22:00
Saturday 07:00 - 22:00
Sunday 07:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor Equestrian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share