Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin

Directions Website Contact the business

Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin Laman Facebook Rasmi Fakulti Perubatan Veterinar UniSZA

MINGGU MESRA SISWASelesai sudah Program Minggu Mesra Siswa (MMS) Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar (FPV: Game Start 2....
30/09/2026

MINGGU MESRA SISWA

Selesai sudah Program Minggu Mesra Siswa (MMS) Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar (FPV: Game Start 2.0!) pada 18–19 September 2026 yang lalu. Dua hari yang penuh dengan gelak tawa, persahabatan baharu, dan pelbagai cabaran yang menyeronokkan.

Kepada semua pelajar baharu FPV, selamat datang ke keluarga besar Veterinar! Character unlocked, kini perjalanan anda sebagai pelajar Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan (SMPKH) secara resminya bermula. Let’s level up together!

Terima kasih kepada barisan jawatankuasa, fasilitator, dan semua peserta yang telah menjayakan program ini.

🎉 TAHNIAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)! 🎉Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Sultan Zain...
30/09/2026

🎉 TAHNIAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)! 🎉

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas pencapaian membanggakan dalam THE World University Rankings 2027, yang berjaya berada dalam kelompok 801–1000 dunia, meningkat daripada kedudukan 1001–1200 pada tahun 2026. 🌍🏆

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan UniSZA dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi serta sumbangan kepada masyarakat dan dunia.

✨ Tahniah dan syabas kepada seluruh warga UniSZA!
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) turut berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan ini. 🐾💛

UniSZA — Ilmu Demi Faedah Insan
Knowledge for the Benefit of Humanity 🌟

SELAMAT MENYAMBUT HARI ALUMNI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN!
25/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ALUMNI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN!

22/09/2026

Malaysia masih perlu mengimport kira-kira 26 juta liter susu segar bagi memenuhi keperluan negara berikutan tahap sara diri (SSL) hanya sekitar 62 peratus pada 2024, kata Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Noor Syaheera Ibrahim.

Beliau berkata berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), kira-kira 43 juta liter daripada keseluruhan keperluan 69 juta liter susu segar negara berjaya dihasilkan secara tempatan manakala baki 38 peratus atau 26 juta liter masih perlu dipenuhi melalui import.

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2610162

NEW INTERNATIONAL POSTGRADUATE STUDENTS AT THE FACULTY OF VETERINARY MEDICINE, UNISZABarka da zuwa! A warm welcome to al...
22/09/2026

NEW INTERNATIONAL POSTGRADUATE STUDENTS AT THE FACULTY OF VETERINARY MEDICINE, UNISZA

Barka da zuwa! A warm welcome to all new postgraduate students who have embarked on their postgraduate journey in the Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) for the 2026/2027 Academic Session.

Your arrival marks a new beginning in developing knowledge, skills, and valuable experiences.

May your academic journey be filled with excellence, meaningful experiences, and remarkable achievements.

Knowledge for the Benefit of Humanity.

TAWARAN BIASISWA YT-TI 2026Young Talent Scholarship ProgrammeYayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Terengganu Inc kin...
18/09/2026

TAWARAN BIASISWA YT-TI 2026

Young Talent Scholarship Programme

Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Terengganu Inc kini membuka permohonan Biasiswa YT-TI 2026 untuk peringkat Ijazah Pertama, terbuka kepada lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi, Diploma atau yang setaraf.

Peluang ini menyasarkan bakat muda Terengganu dalam tujuh bidang keutamaan: Pengurusan Kesihatan & Fisioterapi, Pentadbiran Perniagaan, Maritim dan Logistik, Sains Komputer, Kejuruteraan (pelbagai disiplin), Pertanian dan Alam Sekitar, serta Juru Ukur Bahan.

Permohonan dibuka mulai 17 September 2026 (Khamis, jam 12.00 tengah hari) sehingga 1 Oktober 2026. Pemohon yang layak digalakkan membuat permohonan awal memandangkan tempoh permohonan yang terhad.

Layari https://yt.gov.my/penajaan/ untuk membuat permohonan dan menyemak syarat kelayakan penuh.

Tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA!
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA!

SUASANA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2026/2027Sekitar suasana pendaftaran pelajar baharu bagi sesi akademik 2026/2027...
13/09/2026

SUASANA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2026/2027

Sekitar suasana pendaftaran pelajar baharu bagi sesi akademik 2026/2027 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut.

Barisan pensyarah dan warga fakulti turut hadir bagi menyambut serta mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu yang bakal memulakan perjalanan akademik mereka.

Selamat datang dan selamat melangkah ke alam pengajian tinggi. Semoga permulaan ini menjadi titik tolak kepada sebuah perjalanan yang penuh ilmu, pengalaman dan kejayaan.

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARUSarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan KepujianSesi Akademik 2026/2027Selamat da...
13/09/2026

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU

Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian
Sesi Akademik 2026/2027

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar baharu yang telah memilih Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai destinasi pengajian.

Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan akademik yang penuh bermakna dalam membina ilmu, kemahiran dan profesionalisme dalam bidang produksi serta kesihatan haiwan.

Selamat menimba ilmu, membina pengalaman dan mencipta kecemerlangan bersama keluarga besar Fakulti Perubatan Veterinar UniSZA.

“Ilmu Demi Faedah Insan”
Knowledge for the Benefit of Humanity

Ikhlas daripada:
Pengurusan Fakulti dan Seluruh Warga
Fakulti Perubatan Veterinar, UniSZA

Address

Fakulti Perubatan Veterinar UniSZA Kampus Besut
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin:

Shortcuts

Share

Category