22/08/2026
Kucing pun ada Pemindahan Darah? 🤔
Tahu tak? Kucing memerlukan pemindahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan banyak darah secara mendadak sehingga badan tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi 🩸 😮
Antara faktor kucing PERLU mendapatkan Blood Transfusion ialah apabila:
▶️ Kucing mengalami pendarahan teruk akibat kemalangan atau selepas pembedahan
▶️ Mengalami anemia teruk akibat parasit darah
▶️ Kucing yang mempunyai masalah autoimun & penyakit sumsum tulang
▶️ Kucing yang kehilangan darah akibat kutu dan cacing
Ya, di Klinik Haiwan Jerteh, kami menyediakan perkhidmatan pemindahan darah kepada si comel anda 🐱