29/09/2026
KENYATAAN MEDIA: TINDAKAN KAWALAN DAN SURVELAN RABIES DI KEDAH
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Kedah telah mengambil tindakan segera susulan makluman kes gigitan anjing liar/terbiar di Changlun, Kedah.
Sehingga 28 September 2026, sebanyak 18 ekor anjing dari kawasan kejadian dan sekitarnya telah diambil sampel untuk ujian pengesahan rabies. Siasatan dan survelan masih diteruskan sementara menunggu keputusan makmal.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati atau menyentuh anjing liar/terbiar, serta segera mendapatkan rawatan sekiranya digigit atau dicakar haiwan yang disyaki membawa rabies.
DVS akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam melaksanakan tindakan kawalan, pemantauan dan pencegahan bagi melindungi kesihatan haiwan serta kesihatan awam.