Bima Aquaculture

Call Directions

Bima Aquaculture Bima Aquaculture

07/09/2026

Angka ini membawa satu cerita besar tentang MAHA 2026. Sepanjang 10 hari penganjuran, seramai 5.02 juta pengunjung hadir ke MAEPS jauh melepasi sasaran awal 4 juta. Paling menarik 2.01 juta daripadanya ialah golongan belia, satu perkembangan yang cukup baik dalam usaha kita menarik generasi muda mendekati sektor pertanian dan agromakanan. Syabas anak muda!

Daripada sudut ekonomi, MAHA 2026 merekodkan nilai jualan RM73.08 juta serta 97 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM10.35 bilion, mengatasi sasaran awal RM8 bilion. Dengan penyertaan sekitar 2,000 pempamer tempatan dan antarabangsa, MAHA 2026 bukan sekadar sebuah pameran, tetapi medan membuka pasaran, membina jaringan dan mencipta lebih banyak nilai untuk seluruh ekosistem pertanian negara.

Di sebalik angka-angka ini ada usaha dan kerja keras ramai pihak. Bang Mat sangat menghargai seluruh rakyat Malaysia yang datang, para pempamer dan usahawan yang mengambil bahagian, serta kementerian, jabatan, agensi, kerajaan negeri, rakan strategik, media dan ribuan petugas yang bertungkus-lumus sepanjang MAHA berlangsung. Tirai MAHA 2026 sudah dilabuhkan, tetapi kerja kita untuk memperkukuh pertanian dan keterjaminan makanan negara terus berjalan.




05/09/2026
05/09/2026
🐟 ALHAMDULILLAH… SELESAI SUDAH KURSUS TERNAKAN IKAN KELI SECARA ONLINE.Pagi ni satu lagi sesi selesai Kursus Penternakan...
29/08/2026

🐟 ALHAMDULILLAH… SELESAI SUDAH KURSUS TERNAKAN IKAN KELI SECARA ONLINE.

Pagi ni satu lagi sesi selesai Kursus Penternakan Ikan Keli Secara Online

Yang menariknya, ada 4 peserta dari Borneo — 2 dari Sabah dan 2 dari Sarawak. Selebihnya dari Semenanjung.

Jauh tempatnya… tapi minat yang sama. Dengan online jadi dekat ❤️

Mereka datang dengan satu perkara yang sederhana…

“Saya nak belajar ternak ikan keli.”

Mungkin ada yang baru nak bermula.
Mungkin ada yang sudah ada kolam.
Mungkin juga ada yang masih tercari-cari bagaimana nak jadikan minat ini satu sumber pendapatan tambahan.

Sebab itu kita cuba kongsi dari asas sampai kepada gambaran praktikal, supaya peserta bukan sekadar tahu teori… tetapi faham bagaimana nak mula dan apa yang perlu dibuat selepas kursus.

Terima kasih kepada semua peserta yang sudi luangkan masa bersama kami pagi ini. 🙏

Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi manfaat dan satu hari nanti…

kolam yang hari ini masih kosong,
akan dipenuhi ikan keli.

Dan daripada beberapa ekor ikan yang kita mula dengan penuh minat…

boleh berkembang menjadi pendapatan tambahan untuk keluarga. 🌱🐟

Itulah matlamat kita.

Dari MINAT jadi PENDAPATAN TAMBAHAN.

Yang baru nak mula, kita cuba guide dari awal.
Yang dah bermula, kita galakkan untuk terus berkembang.

Tak perlu terus besar.

Mula kecil.
Belajar.
Buat.
Perbaiki.
Kemudian berkembang sedikit demi sedikit.

Insya-Allah, setiap kejayaan bermula dengan satu langkah.

Terima kasih kerana memilih untuk belajar bersama kami. ❤️

25/08/2026

WASPADA EL NIÑO: LINDUNGI TERNAKAN AKUAKULTUR ANDA

Fenomena El Niño yang membawa cuaca panas dan kering berpanjangan boleh memberi kesan kepada kualiti air serta kesihatan ternakan akuakultur. Peningkatan suhu air boleh mengurangkan kandungan oksigen terlarut (DO), menjejaskan tahap pH dan ammonia serta meningkatkan risiko tekanan dan kematian ikan.

Pengusaha akuakultur disarankan supaya sentiasa memantau parameter kualiti air secara berkala, khususnya suhu, oksigen terlarut (DO), pH, ammonia, saliniti dan paras air.

Antara tanda awal ikan mengalami tekanan ialah tercungap-cungap di permukaan, kurang aktif, hilang selera makan serta berkumpul di kawasan yang mempunyai kandungan oksigen lebih tinggi.

Bagi mengurangkan risiko kematian ternakan, pastikan sistem pengudaraan atau aerasi berfungsi dengan baik, urus pemberian makanan secara bijak, kawal suhu dan kedalaman air, kekalkan kebersihan sistem serta elakkan kepadatan ternakan yang terlalu tinggi dan pertukaran air secara mendadak.

Bertindak awal, elak kematian ternakan.
Perubahan kecil pada kualiti air boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan ikan.

Pengusaha juga disarankan mengikuti perkembangan cuaca semasa dan amaran rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengurusan ternakan akuakultur daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

23/08/2026

🌱🐟 SAMPAI SATU SAAT… ADA RASA MANISNYA.

Dari kecil kita mula.

Ikan 3–4 inci…
Kita jaga.
Kita bagi makan.
Kita pantau air.
Kita belajar sedikit demi sedikit.

Ada masa ikan tak makan.
Ada masa air bermasalah.
Ada masa kita tertanya-tanya,
“Boleh ke aku berjaya ternak ikan ni?”

Tapi kita teruskan juga. 💪

Sebab dalam dunia penternakan,
kita bukan hanya membesarkan ikan…
kita sebenarnya sedang membesarkan ilmu dan pengalaman.

Hari demi hari kita belajar.
Silap, kita baiki.
Gagal, kita cuba lagi.
Masalah datang, kita cari jalan penyelesaian.

Sampailah satu hari…

Kita tengok ikan yang dulu kecil,
kini dah besar. 🐟

Cukup saiz.
Cukup berat.
Dan sudah sampai masa untuk dituai.

Masa itulah hati terasa lain macam… ❤️

Seronok bukan sebab dapat jual ikan semata-mata.

Tapi sebab kita tahu…

👉 Ikan ini kita bela dari kecil.
👉 Kita sendiri lalui prosesnya.
👉 Kita sendiri hadap cabarannya.
👉 Dan akhirnya… kita dapat lihat hasilnya.

Itulah manisnya menjadi penternak.

Mula kecil tak mengapa.
Belajar setapak demi setapak.
3–4 bulan kemudian, kita tuai hasilnya.

Insya-Allah, setiap kali kita belajar dan terus mencuba,
kita akan jadi penternak yang lebih baik daripada semalam. 🌱🐟

Memasarkan p**a jadi ilmu mahal yang perlu dikuasai.Harus juga belajar..

21/08/2026

JANGAN LEPASKAN BENIH IKAN TERUS KE DALAM KOLAM! 🐟⚠️

Ramai penternak buat silap pada peringkat awal ni.

Benih ikan keli yang baru sampai jangan terus dicurahkan ke dalam kolam. Benih perlu melalui proses penyesuaian terlebih dahulu supaya tidak terkejut dengan perubahan suhu dan keadaan air.

Nampak macam perkara kecil, tapi boleh beri kesan pada kadar kelangsungan hidup benih.

🤫 Ini baru satu rahsia dalam penternakan ikan keli!

Nak tahu lagi teknik & rahsia menternak ikan keli dengan betul?

📅 Kursus Online Ikan Keli, 29 Ogos 2026

Jangan lepaskan peluang, jom belajar sebelum mula menternak! 🐟

21/08/2026

RAHSIA MENTERNAK IKAN KELI 🐟

Ramai ingat bela ikan keli ni cuma masukkan benih, bagi makan dan tunggu besar… tapi pemilihan saiz benih pun ada rahsianya! 👀

Saiz benih yang sesuai boleh beri kesan pada kadar tumbesaran, keseragaman ikan dan kadar kelangsungan hidup.

Tapi itu baru satu rahsia… 🤫
Masih banyak lagi rahsia menternak ikan keli yang akan dikongsikan!

🔥 KURSUS ONLINE IKAN KELI
📅 29 Ogos 2026

Nak tahu rahsia dari pemilihan benih sampai pengurusan ternakan?

👉 Jom sertai kursus online 29 Ogos ni!

💔 BUKAN SEMUA ORANG GAGAL KERANA TAK CUKUP MODAL. ADA YANG GAGAL KERANA BERMULA TANPA ILMU.Kalau Tuan/Puan memang serius...
20/08/2026

💔 BUKAN SEMUA ORANG GAGAL KERANA TAK CUKUP MODAL. ADA YANG GAGAL KERANA BERMULA TANPA ILMU.

Kalau Tuan/Puan memang serius nak ternak ikan keli, jangan biarkan kesilapan kecil habiskan modal yang ada.

Ramai yang berminat nak menternak ikan keli, tetapi tersilap langkah dalam pemilihan kolam, pengurusan air, pemakanan dan kesihatan ikan. Akhirnya, modal keluar… hasil tak seperti yang diharapkan. 😔

Dalam Kursus Online Ternakan Ikan Keli, Tuan/Puan akan belajar perkara asas yang penting sebelum memulakan ternakan — supaya lebih faham, lebih yakin dan boleh merancang projek dengan lebih baik.

Yang paling penting, Tuan/Puan akan belajar berdasarkan pengalaman sebenar, bukan sekadar teori! 🐟

✅ Modul lengkap
✅ Bimbingan secara online
✅ Sijil penyertaan disediakan
✅ Pendedahan peluang geran dan bantuan

📚 PENGISIAN MODUL:

🐟 Pengenalan ikan keli komersial
💰 Kelebihan & potensi ikan keli
📍 Pemilihan lokasi
🏊 Pemilihan kolam
💧 Pengurusan kualiti air
🐠 Asas pengendalian anak ikan keli
📆 Pengurusan 7 hari pertama
⏰ Rutin harian ternakan
📊 Teknik grading
🩺 Penyakit ikan & rawatan
📢 Pemasaran ikan keli

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Google Meet
🔥 Yuran promosi: HANYA RM49!

📌 Tempat terhad bagi memastikan sesi pembelajaran lebih berkesan.

Kalau memang dah lama nak mula, mungkin ini masa yang sesuai untuk belajar dulu supaya boleh terus mula dengan lebih yakin. 😉

Daftar di ruangan komen.

Address

Akademi Unggas Parit 18 Sg Sumun
Hutan Melintang
36300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126305987

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bima Aquaculture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share