01/07/2026
" Berdosakah saya mandulkan kucing? " 🫴🏻🐱
Soalan ini antara yang paling kerap kami terima di klinik. ❤️
Ramai pencinta haiwan sebenarnya mempunyai niat yang sama, ingin melihat kucing hidup sihat, selamat dan tidak menderita. Namun, masih ramai yang ragu-ragu berkaitan kembiri/pemandulan kucing.
Islam mengajar kita supaya berbuat ihsan kepada setiap makhluk. Jika pemandulan dilakukan atas tujuan yang baik seperti:
✅ Mengawal populasi kucing terbiar.
✅ Mengurangkan risiko penyakit.
✅ Mengelakkan pergaduhan dan kecederaan.
✅ Menjamin kebajikan haiwan.
Maka ia adalah satu ikhtiar yang selari dengan konsep menjaga maslahat dan mengelakkan kemudaratan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan terhadap setiap sesuatu."
Riwayat Muslim (No. 1955)
Mandulkan bukan bermaksud kita tidak sayang. 🥺
Sebaliknya, ia adalah tanda kasih sayang yang disertai ilmu dan tanggungjawab.
Semoga perkongsian ini dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan yang sering bermain di fikiran para pemilik kucing.
📍Jika anda masih mempunyai sebarang pertanyaan mengenai prosedur pemandulan, penjagaan selepas pembedahan atau waktu yang sesuai untuk memandulkan kucing, jangan segan untuk menghubungi kami. Kami sentiasa bersedia membantu.
Kasih sayang + Ilmu + Tanggungjawab = Kucing lebih sihat, masyarakat lebih sejahtera. 🐾