13/09/2021
๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ด๐ฎ
(Artikel Betta Daddy)
Ikan laga atau Betta yang cantik akan sentiasa menarik mata orang ramai. Namun, kecantikan itu juga dipengaruh dengan kesihatan Betta tersendiri. Kalau Betta tidak sihat, sebanyak manapun warna, form & finnage besar2, anak induk yg padu, ia takkan menjadi secantik dan seindah Betta yg dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Artikel harini tidak akan membincangkan tentang penyakit2 Betta secara terperinci, hanya tentang asas menjaga kesihatan ikan laga.
Pertama sekali kita menyatakan perbezaan ikan yg sihat dan ikan yg tidak sihat.
๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ด๐ฎ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฆ๐ถ๐ต๐ฎ๐
- Ikan aktif dan banyak bergerak
- Fizikal dan tubuh badannya normal
- Ikan akan memiliki kemahuan utk makan
- Sisik kelihatan bersih, licin dan terang
๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ด๐ฎ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฆ๐ถ๐ต๐ฎ๐
- Ikan kurang aktif dan s**a berada di permukaan air ataupun di dasar tangka
- Fizikal dan tubuh tidak normal, mempunyai bengkak, kesengetan tulang belakang atau sisik/insang terbuka
- Sisik bertompok, semakin pudar atau mempunyai kejejakan kulat (fungus)
Perkara seperti yg dijelaskan adalah tanda2 awal kesihatan ikan laga telahpun terjejas. Oleh sebab itu, perawatan awal haruslah diberi untuk memastikan sebarang penyakit tidak akan muncul atau menjadi lebih parah dan berjangkit ke bahagian lain tubuh ikan laga.
๐ฃUntuk ikan laga yg kurang aktif ataupun dalam keadaan stress, iaitu tidak bergerak sehingga pemiliknya mengetuk tangka, perlulah merawat secepat mungkin sebelum ia mula dijangkiti penyakit lain. Ini disebabkan air yg tercemar bakteria ataupun sisa makanan yg terbiar. Kita akan menasihat supaya membuat penukaran air sepenuhnya (full water change). Pastikan tangka/bekas dibasuh sepenuhnya, air tidak mempunyai klorin, garam akuarium dibubuh, daun atau pati Ketapang dan ubat2 yg diperlukan.
๐ฃUntuk ikan laga yg bertompok ataupun mempunyai kulat di sisiknya, kita menasihati mengunakkan garam akuarium (putih/biru). Garam amat disarankan kerana tindak balasnya membunuh bakteria. Ingat geng supaya tidak mengunakkan garam terlebih sebab takut menukar air menjadi air masin. Untuk pengetahuan lebih berkenaan garam, bolehlah akses link sini kepada artikel garam yg pernah dibincangkan:
https://www.facebook.com/105051061379890/posts/272405957977732/
๐ฃUntuk ikan laga yg saiz tubuhnya tidak normal (seperti melampau besar) ataupun berenang terbalik, ia biasanya disebabkan oleh pemberian makanan yg terlalu banyak. Kadangkala makanan hidup seperti jentik atau cacing tidak begitu bersih disebabkan habitat asal mereka. Ini mungkin akan menjejaskan kesihatan ikan laga oleh kerana penyakit/parasit/bakteria yg dikandunginya. Begitu, makanan hidup dinasihati supaya ditapis dulu jika boleh untuk mengurangkan kekotoran. Pemberian makanan yg terlebih juga boleh membuat ikan mengalami penyakit โswim bladder disorderโ dan menjadikan ikan susah untuk berenang seperti normal. Biasanya penyakit ini boleh disembuh sendiri dengan pertolongan kita mengurangkan kuantiti makanannya utk beberapa hari dan memastikan ikan aktif flare.