10/08/2025
π«ΆπΌπ₯Ή
Kajian besar selama 18 tahun melibatkan lebih 16,500 orang berumur 50β99 tahun di Eropah mendedahkan sesuatu yang menarik. Pemilik kucing dan anjing menunjukkan penurunan fungsi otak yang lebih perlahan berbanding mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
π Pemilik kucing β Skor lebih baik dalam verbal fluency (kefasihan bercakap) dan delayed recall (ingatan selepas beberapa minit/jam).
π Pemilik anjing β Perlindungan terbaik terhadap immediate recall (ingatan segera) dan delayed recall.
Apa maksudnya?
Verbal fluency ialah keupayaan otak mencari dan menyusun perkataan dengan cepat. Recall p**a merujuk kepada kemampuan mengingati semula maklumat yang telah dipelajari. Kedua-duanya adalah petunjuk penting kesihatan otak, terutamanya untuk mencegah nyanyuk.
Kenapa ini berlaku?
Penyelidik mengemukakan beberapa teori:
1. Ikatan emosi
Hubungan rapat dengan kucing atau anjing merangsang hormon oksitosin, mengurangkan stres, dan melindungi kesihatan otak.
2. Rutin penjagaan
Memberi makan, membersihkan, dan berinteraksi setiap hari memberi struktur pada kehidupan, yang penting untuk mengekalkan fungsi kognitif.
3. Rangsangan mental & fizikal
Bermain, bercakap, atau berjalan bersama haiwan kesayangan mengaktifkan pelbagai bahagian otak, sekali gus melambatkan proses penuaan mental.
Mesejnya jelas bela kucing atau anjing bukan sekadar hobi. Ia mungkin salah satu pelaburan jangka panjang untuk kesihatan minda kita.
π Rujukan: Rostekova M et al. Scientific Reports. 2025. DOI:10.1038/s41598-025-03727-9