Klinik Haiwan & Surgeri AOR

Klinik Haiwan & Surgeri AOR Klinik Haiwan Dan Surgeri AOR beroperasi di Alor Setar, Kedah. A vet for your pets

Kami menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, rawatan, perubatan serta pembedahan haiwan peliharaan yang dibarisi doktor serta pembantu yang berpengalaman dan kompeten.

JENG JENG JENG...Kami perkenalkan Pakej Rahmah khas untuk kucing anda, pakej perlindungan kesihatan dan kesejahteraan da...
08/01/2026

JENG JENG JENG...

Kami perkenalkan Pakej Rahmah khas untuk kucing anda, pakej perlindungan kesihatan dan kesejahteraan dalam satu harga yang lebih berbaloi.

Penjimatan sehingga 20%!!

Pakej Rahmah ini akan bermula 10 Jan 2026 sehingga 31 Jan 2026, slot adalah terhad jadi jangan lepaskan peluang ini.

Hubungi 013-462 0396 untuk maklumat lanjut.

Tahun baru, semangat baru 🐾✨Klinik Haiwan & Surgeri AOR akan beroperasi seperti biasa pada 1 Januari 2026!Terima kasih k...
01/01/2026

Tahun baru, semangat baru 🐾✨

Klinik Haiwan & Surgeri AOR akan beroperasi seperti biasa pada 1 Januari 2026!

Terima kasih kerana terus mempercayai kami 🐾✨

31/12/2025

With getting right treatments and commitment from owner the cat is healthy again🥰

[APRESIASI 2025]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sempena melabuhkan tirai tahun 2025, pihak pengurusan dan seluruh wa...
31/12/2025

[APRESIASI 2025]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena melabuhkan tirai tahun 2025, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Klinik Haiwan & Surgeri AOR ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada anda, para pelanggan kami yang dihargai.

Terima kasih kerana memberikan kepercayaan penuh kepada pasukan kami untuk merawat dan menjaga kesihatan kucing kesayangan anda sepanjang tahun 2025 ini. Kami amat memahami bahawa "si bulus" anda adalah sebahagian penting daripada keluarga, dan tanggungjawab yang anda berikan kepada kami untuk memastikan kesejahteraan mereka amat kami hargai.

Setiap kunjungan anda, sama ada untuk pemeriksaan rutin, vaksinasi, atau rawatan surgeri, telah memberi peluang kepada kami untuk melakukan yang terbaik demi kesihatan haiwan peliharaan anda. Sokongan berterusan anda menjadi pendorong semangat kepada pasukan veterinar kami untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.

Kami berharap dapat terus menjadi rakan penjagaan kesihatan pilihan anda pada tahun 2026 yang mendatang.

Sekali lagi, terima kasih kerana memilih Klinik Haiwan & Surgeri AOR.

Ikhlas daripada,
Pemilik Klinik; Dr Syariha
Vet Residen; Dr. Syazwi & Dr Siti
Vet Assistant; Aten, Wafi & Farihah
Admin & support; Shikin, Afiq & Nani

[UNTUK MAKLUMAN]Klinik akan bercuti bermula Khamis (25/12/2025) sehingga Sabtu (27/12/2025) sempena cuti Krismas serta k...
24/12/2025

[UNTUK MAKLUMAN]

Klinik akan bercuti bermula Khamis (25/12/2025) sehingga Sabtu (27/12/2025) sempena cuti Krismas serta kerja-kerja pembersihan dan sanitasi bagi menjamin kualiti kebersihan klinik.

Klinik kembali beroperasi seperti biasa pada hari Ahad (28/12/2025), harap maklum.

[MASALAH KARANG GIGI]Karang gigi, atau tartar merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh kucing. Kucing yang kerap menga...
03/11/2025

[MASALAH KARANG GIGI]

Karang gigi, atau tartar merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh kucing. Kucing yang kerap mengambil makanan basah (wet food) serta makanan mentah seperti ikan atau isi ayam lebih berisiko mengahadapi masalah ini.

Sisa makanan sering terkumpul di celahan gigi, lama-kelamaan akan mengeras dan menjadi karang gigi. Antara simptom jelas kucing mengalami masalah karang gigi ialah mulut berbau, air liur sering meleleh, kurang selera makan, merah atau bengkak gusi sehingga boleh menyebabkan pendarahan.

Karang gigi boleh dirawat dengan melakukan dental scaling serta pengambilan ubat dan vitamin. Tanpa sebarang rawatan, karang gigi boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti gingivitis, jangkitan gusi, dan kehilangan gigi.

Bagi mengelakkan karang gigi berlaku, kurangkan pemberian makanan basah dan gantikan dengan makanan kering (kibbles). Selain itu perlu kerap bersihkan gigi kucing anda menggunakan berus, kain kasa atau tuala kecil.

Anda boleh dapatkan rawatan karang gigi serta perubatan lain di klinik kami, sila hubungi atau WhatsApp 013-462 0396 untuk sebarang pertanyaan.

[UNTUK MAKLUMAN]Klinik beroperasi seperti biasa pada 20 Oktober 2025 (ISNIN), sebarang pertanyaan boleh hubungi atau Wha...
20/10/2025

[UNTUK MAKLUMAN]

Klinik beroperasi seperti biasa pada 20 Oktober 2025 (ISNIN), sebarang pertanyaan boleh hubungi atau WhatsApp ke 013-462 0396.

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua pelanggan kami.

[UNTUK MAKLUMAN]Tiada doktor bertugas pada hari Rabu dan Khamis (8 dan 9 Oktober), klinik masih dibuka untuk rawatan rin...
08/10/2025

[UNTUK MAKLUMAN]

Tiada doktor bertugas pada hari Rabu dan Khamis (8 dan 9 Oktober), klinik masih dibuka untuk rawatan ringan dan pembelian ubat serta makanan sahaja.

Harap maklum.

[RAWATAN NANAH]Kucing ini mempunyai benjolan lembut di kawasan p**i kanan, selepas pemeriksaan mendapati ada nanah terku...
24/09/2025

[RAWATAN NANAH]

Kucing ini mempunyai benjolan lembut di kawasan p**i kanan, selepas pemeriksaan mendapati ada nanah terkumpul di dalam p**i.

Puncanya mungkin dari luka kecil, dan berlaku jangkitan bakteria di kawasan luka. Kucing diberikan rawatan cucian luka dan ubat antibiotik bagi merawat luka bernanah.

Selepas beberapa hari rawatan, benjolan semakin mengecut dan bebas dari nanah.

[UNTUK MAKLUMAN]Klinik akan bercuti pada hari Khamis (18 September 2025) bagi menggantikan cuti 16 September lepas.Klini...
18/09/2025

[UNTUK MAKLUMAN]

Klinik akan bercuti pada hari Khamis (18 September 2025) bagi menggantikan cuti 16 September lepas.

Klinik akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu (20 September 2025), harap maklum.

[UNTUK MAKLUMAN]Tiada doktor bertugas pada hari Rabu (17 September 2025), klinik masih dibuka untuk rawatan ringan dan p...
17/09/2025

[UNTUK MAKLUMAN]

Tiada doktor bertugas pada hari Rabu (17 September 2025), klinik masih dibuka untuk rawatan ringan dan pembelian ubat serta makanan sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau WhatsApp ke 013-462 0396, harap maklum.

[UNTUK MAKLUMAN]Klinik beroperasi seperti biasa pada hari Isnin dan Selasa (15 dan 16 September), sebarang pertanyaan bo...
15/09/2025

[UNTUK MAKLUMAN]

Klinik beroperasi seperti biasa pada hari Isnin dan Selasa (15 dan 16 September), sebarang pertanyaan boleh hubungi atau WhatsApp ke 013-462 0396.

Harap maklum.

Address

No 96, Tingkat Bawah, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 10:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 13:00
14:00 - 18:00

Telephone

+60134620396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haiwan & Surgeri AOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Haiwan & Surgeri AOR:

Share