13/02/2025
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Permulaan yang baik pada awal tahun ini. Buat pertama kalinya, Kandang Hujau Kuning- Pelbagai Baka, telah menghantar penyertaan ke pertandingan dan pameran Himpunan Kambing & Bebiri 2025 Karnival Usahawan Agroternak Pulau Pinang yang diadakan selama 03 Hari bermula 07 sehingga 09 Februari 2025, yang berlangsung di Tapak Pasar Malam Permatang Pauh.
Terdapat pelbagai kategori jenis baka kambing telah dipertandingkan. Antaranya kambing jenis Santa Ines, Jamnapari, Boer, dan pelbagai.
Alhamdulillah. Dengan rahmat dari Allah, Kandang Hijau Kuning Kambing- Pelbagai Baka telah pun julung kalinya memenangi pertandingan tersebut. Kategori yang dimenangi adalah dari kategori Boer Kid dan Boer Junior. Bagi kategori Boer Kid, telah menduduki di kedudukan Pertama. Bagi kategori Boer Junior masing-masing berada di kedudukan Kedua dan Ketiga.
Alhamdulillah. Sedikit sebanyak dari kemenangan ini, memberikan batu loncatan buat kami lebih bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih untuk meneruskan lagi kegiatan dan aktiviti kami di dalam industri perternakan ini.