05/10/2022
Panduan Vaksin Kucing: Apa Yang Anda Perlu Tahu
1. Apa itu vaksin kucing
Secara ringkasnya, vaksin merupakan virus yang telah dilemahkan. Ia akan disuntik ke dalam badan kucing ini bagi membantu badan dapat melawan serangan penyakit di masa akan datang.
Sekiranya kucing anda terdedah kepada penyakit ini di masa akan datang, sekurang-kurangnya mereka sudah mempunyai antibodi badan yang mampu melawan jangkitan penyakit ini.
2.Kebaikan vaksin kucing
Jika anda masih ragu sama ada kucing anda perlu divaksin atau tidak, jom Oyen kongsikan lagi kepada anda manfaat vaksin kucing ini seperti berikut:
i. Menaikkan tahap imuniti badan kucing
Setelah berhenti menyusu dengan ibu kucing, semakin lama, tahap imuniti badan anak kucing akan makin berkurangan. Dengan bantuan vaksin sejak usia mereka 2 bulan, ini akan membantu membina semula imuniti di dalam badan anak kucing.
ii. Melindungi anda daripada kos rawatan yang tinggi sekiranya dijangkiti
Tidak dinafikan lagi, apabila kucing anda telah disahkan dijangkiti penyakit berbahaya, ia pastinya akan menelan belanja dan kos rawatan yang mahal. Dengan melakukan langkah pencegahan dengan memberi vaksin kepada kucing anda sejak awal lagi, ia sekurang-kurangnya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini.
3.Memberi perlindungan kepada pemilik kucing
Tahukah anda, terdapat penyakit yang boleh menjangkiti manusia yang boleh berpunca daripada kucing yang dijangkiti seperti Rabies? Dengan memberikan vaksin kepada kucing anda, ia akan mencegah jangkitan penyakit ini dan secara tidak langsung memberikan perlindungan kepada pemilik kucing itu sendiri.
4.Umur kucing vaksin
Secara umumnya, umur yang sesuai bagi kucing anda untuk menerima suntikan pertama ialah bermula umur 2 bulan bagi anak kucing. Suntikan vaksin ini akan diberikan sehingga anak kucing berusia 4 bulan.
Setelah mencecah umur setahun atau mencapai umur kucing dewasa, vaksin akan diberikan secara tahunan atau 3 tahun sekali.
5. Jenis vaksin kucing
Secara ringkasnya, vaksin terbahagi kepada dua kategori iaitu:
i. Vaksin asas (core vaccines)
Vaksin asas merupakan vaksin yang direkomenkan bagi semua kucing bagi melindungi mereka daripada penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Malah, vaksin asas ini juga akan melindungi pemilik kucing daripada penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti manusia.
Biasanya, terdapat 4 jenis vaksin kucing dalam kategori ini seperti berikut:
a.Feline Panleucopaenia (FPL)
Salah satu vaksin yang pop**ar ialah FPL bagi mencegah virus parvo. Biasanya, penyakit ini akan lebih mudah menjangkiti kucing yang tidak divaksin. Bukan itu sahaja, penyakit ini lebih mudah menyerang anak kucing yang masih muda.
Sekiranya kucing anda sudah dijangkiti virus parvo ini, rawatan yang diperlukan boleh mencecah ribuan ringgit.Malah, penyakit ini mudah berjangkit sesama kucing sekiranya anda membela dalam jumlah yang ramai.
Jadi, dapatkan pencegahan lebih awal bagi penyakit ini dengan mendapatkan vaksin parvo kucing ini bagi semua kucing anda.
b. Feline Calicivirus (FCV)
Seterusnya, vaksin bagi penyakit Feline Calicvirus (FCV) diperlukan bagi mencegah penyakit yang mencegah saluran pernafasan kucing. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan yang teruk kepada kucing.
Walaupun kucing anda boleh sembuh daripada virus ini, namun ia masih boleh menjadi penyebar virus ini dan menjangkiti kucing yang lain di rumah.
c. Feline Viral Rhinotracheitis (FVR)
Selain itu, Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) merupakan penyakit kucing yang sangat mudah berjangkit melalui air liur atau discaj daripada mata atau hidung. Malah, virus ini juga boleh menjangkiti kucing pada semua usia tidak kira muda atau tua.
Dengan mendapatkan vaksin ini, ia bukanlah termasuk kucing anda akan terselamat daripada jangkitan ini, namun ia boleh mengurangkan komplikasi penyakit ini serta memendekkan masa serangan jangkitan ini.
d. Rabies
Akhir sekali, penyakit Rabies bukan lagi penyakit yang diketahui boleh menjangkiti manusia. Ia boleh tersebar dengan gigitan oleh kucing yang dijangkiti virus ini atau luka terbuka yang terkena air liur kucing yang dijangkiti virus ini.
Apa yang menakutkan, virus Rabies ini boleh menyerang sistem saraf manusia sehingga menyebabkan kekeliruan dan perubahan sikap. Jadi, jangan ambil mudah kepentingan mendapatkan vaksin Rabies ini bagi kucing anda.
ii. Vaksin bukan asas ( Non core- vaccines)
Selain itu, terdapat beberapa jenis vaksin lain yang juga digalakkan untuk diberi kepada kucing anda. Walaupun ia hanya sekadar pilihan dan juga diberikan bergantung kepada gaya hidup kucing anda, ia juga tidak kurang pentingnya.
Dapatkan nasihat pihak veterinar anda tentang pilihan vaksin terbaik yang boleh diberikan kepada kucing anda. Berikut merupakan pilihan beberapa jenis vaksin yang ada:
i. FeLV
ii. Chlamydia felis
iii. Bordetella
kredit : oyen