27/04/2026
Meh kami share ilmu N buat pendedahan sikit.
Dari pengalaman lebih 10 tahun dalam Cattery. Istilah "mco size besar N berat nanti boleh cecah sekian² kilo", masa mco tu masih lagi Kitten adalah sekadar marketing semata² (kami pun buat, ni dah kasi bocor, kami pomis tak buat lagi✌🏻) sebab bila kita cuba explain, ada yang tak puas hati, macam dia yang lebih faham. So terpaksa kita ikut layan selera yang dia s**a dengar..hehe
Kenyataan-nya, kita takkan boleh jamin tahap mana kemampuan mco tersebut boleh membesar, walaupun parents dia size besar! Ini fakta!
Mencapai standard size mco, yang sememang-nya dah besar, itu pasti! Cuma kalau lebih dari itu, kalau ada yang boleh bagi jaminan, ramal masa depan guna 'bola kristal' boleh besar N berat sekian², ni semua geng poyo habis!
Kedepan nanti dia boleh besar sampai tahap mana, masih lagi ???...kerana tumbesaran mco ni bergantung pada gabungan genetik, kualiti pemakanan N jagaan rapi selama 4-5 tahun. Siapa yang berani bagi jaminan besar N berat 'confirm' sekian² masa tengah kitten, itu sebenarnya bukan breeder, tapi ahli nujum!🤭
Walaupun mak bapak besar "Gaban", tak semestinya anak ikut 100%. Dalam satu litter, mesti ada yang sado, ada yang size biasa. Genetik ni bukan matematik 1 + 1 = 2 ye dik.. Dia lebih kepada "rezeki masing²". Kadang² gen atuk nenek yang size sederhana p**a yang keluar kat cucu! 😅
MCO ni bukan macam kucing kampung atau baka lain yang setahun dah nampak size penuh. Dia ambil masa 3 hingga 5 tahun untuk betul² "jadi". So apa macam nak petik angka 10kg-12kg masa kucing tu baru umur 3 bulan?! Itu namanya sembang kencang!🤭
Baka dah elok, tapi kalau pemakanan tak terjaga, tak cukup protein atau zat masa fasa membesar, takkan jadi sado juga. Kesihatan dalaman (bebas cacing/parasit dll) pun main peranan. Kalau kitten asyik sakit, tumbesaran dia pun terbantut!
Tambahan, mco yang dimandulkan pada waktu yang tepat selalunya akan nampak lebih "pompom" dan berat sebab metabolisme berubah. Tapi kalau tak mandul, bila sampai musim mengawan, badan dia boleh susut mendadak sebab sibuk nak "cari bini/laki" sampai tak selera makan! Bukan sebab baka tak bagus! Cuma factor hormon dia tu tinggi.
Part penutup ni, minta maaf, kami nak basuh sikit..kasi korang faham tang STRUKTUR vs LEMAK.
Berat 10kg tak bermakna kucing tu besar ye dik.. Kadang² kucing tu obes aka boroi! Standard MCO yang kita nak adalah tulang yang besar N badan yang panjang, bukan perut yang mencecah lantai. Berat tak semestinya melambangkan kualiti baka. So jangan terkeliru OK? Dan jangan tergila dengan berat berapa sahaja OK? tu kalau tertanya breeder yang angin, mahu je dia kasi slam dunk..🤣
Alhamdulillah settle, semoga kasi masyuk ilmu² yang kami share ni tau. Semoga menjadi pembeli yang bijak N lebih faham lepas ni.🤲🏻