Bertam Veterinary Clinic Melaka

  • Home
  • Bertam Veterinary Clinic Melaka

Bertam Veterinary Clinic Melaka BERTAM VETERINARY CLINIC MELAKA - Your trusted neighbourhood pet care centre �

12/06/2026

🐱💛 KEMPEN VAKSIN DAH BERMULA!

Lindungi kucing anda daripada penyakit berjangkit yang biasa menyerang kucing dengan vaksin 4-in-1 pada harga istimewa hanya **** sahaja! ✨

✅ Feline Rhinotracheitis (FHV-1)
✅ Feline Calicivirus (FCV)
✅ Feline Panleukopenia (FPV)
✅ Chlamydia Psittaci

📅 Tempoh Kempen:
🗓️ 12 Jun 2026 – 21 Jun 2026

🚶 Walk-in diterima

📌 WAKTU OPERASI KLINIK
⏰ Isnin - Jumaat : 10AM - 6PM
⏰ Sabtu & Ahad : 10AM - 3PM
❕ Khamis TUTUP

📞 Call / WhatsApp:
017-515 4011

📍 Bertam Veterinary Clinic
🐾 Dedicated to Feline Wellness

*Terma & syarat tertakluk. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.*

🐾💛

01/06/2026

✨ NOTIS WAKTU OPERASI KLINIK ✨

🐱 Bertam Veterinary Clinic 🐱

Sepanjang cuti umum sempena
🇲🇾 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
serta 🪷 Cuti Ganti Hari Wesak,

kami masih beroperasi seperti berikut:

📅 1 & 2 Jun 2026
(Isnin & Selasa)

🕙 10.00 pagi – 3.00 petang sahaja

Untuk sebarang pertanyaan atau appointment, boleh hubungi kami melalui WhatsApp 😊

Terima kasih & selamat bercuti semua! 🧡

25/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Bertam Veterinary Clinic akan bercuti sempena Hari Raya Aidiladha bermula Selasa hingga Khamis, 26/5/2026 – 28/5/2026.

Klinik akan kembali beroperasi seperti biasa pada:

Jumaat, 29/5/2026
⏰ 10:00 pagi – 6:00 petang

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Bertam Vet Clinic.

21/05/2026

Untuk semua orang baik yang sanggup berhenti tepi jalan sebab nampak anak kucing sakit, yang sanggup kotorkan tangan sendiri semata nak selamatkan seekor nyawa… terima kasih 🤍

Kadang yang datang hantar ke klinik tu bukan owner pun.
Ada yang sebenarnya takut kucing.
Nak pegang pun geli, nak dekat pun takut kena cakar.
Tapi tetap datang juga. Tetap tolong juga.

Ada yang sanggup berhujan, berpanas, keluar duit sendiri, cari carrier, cari transport, tunggu berjam-jam di klinik… hanya sebab tak sampai hati nak biarkan.

Orang selalu nampak kucing yang diselamatkan.
Tapi jarang nampak manusia baik di belakang semua tu.

Yang bagi makan stray tiap hari diam-diam.
Yang patah balik sebab nampak kucing langgar.
Yang mesej klinik tengah malam sebab risau kucing tak makan.
Yang mungkin tak mampu nak bela semua, tapi tetap cuba bantu semampunya.

Terima kasih sebab masih ada rasa belas kasihan dalam dunia yang makin sibuk ni.
Terima kasih sebab jadi suara untuk yang tak boleh bercakap 🤍🤍🤍

15/05/2026

“Kenapa lepas neuter kucing tak lalu makan?” 🥺

Jangan panik dulu paw parents ✋
Lepas surgeri pemandulan, memang ada kucing yang jadi kurang selera makan sekejap. Kesan ubat bius + badan masih penat buat mereka rasa nak tidur je 💤

Biasanya dalam 24-48 jam selera makan akan perlahan-lahan kembali normal ✨

Apa yang boleh bantu?
🐟 Bagi wet food atau makanan favourite
💧 Pastikan minum air cukup
🛏️ Bagi ruang rehat yang tenang

Tapi kalau langsung tak makan, muntah, terlalu lemah atau luka nampak pelik, jangan tunggu lama, terus contact vet anda 📞🐾

Tapi jangan terkejut jugak, 80% kucing kat klinik dapat je wetfood beberapa jam selepas surgeri terus makan walaupun mata tak boleh buka habis lagi 😆
Lapar maklumlah puasa 😆😆

13/05/2026

Kakak abang dah tahu waktu operasi klinik kami? 😊

Kami buka setiap hari kecuali Khamis tau.

⏰ Isnin – Jumaat : 10AM – 6PM
⏰ Sabtu & Ahad : 10AM – 3PM
🧼 Setiap Khamis klinik tutup untuk deep cleaning

Servis pun lengkap, semua ada 🐾
Kalau tak pasti atau nak tanya apa-apa, boleh call/WhatsApp kami di 017-5154011

📍 186, Jalan BI 1,
Taman Bertam Impian,
76450 Melaka

Boleh search di Google Maps / Waze: “Bertam Veterinary Clinic” 🚗

08/05/2026

💛 Jaundice pada kucing bukanlah penyakit, tetapi tanda amaran kesihatan yang serius.

Jika mata, telinga, gusi atau kulit kucing kelihatan kekuningan, ia mungkin menunjukkan keadaan yang dipanggil jaundice (icterus). Keadaan ini sering berkait dengan masalah hati, jangkitan serius, gangguan darah, atau kucing tidak makan dalam tempoh yang lama.

⚠️ Antara tanda lain yang boleh diperhatikan:
• Hilang selera makan
• Lemah dan kurang aktif
• Muntah
• Berat badan menurun
• Dehidrasi
• Gusi pucat atau kekuningan

Pemeriksaan dan rawatan awal sangat penting kerana keadaan ini boleh menjadi semakin serius jika lewat dirawat.

📍Jika anda perasan perubahan warna kekuningan atau tingkah laku luar biasa pada kucing anda, segera dapatkan pemeriksaan veterinar.

05/05/2026

Hai warga Melaka

💉 Vaksin kucing (4in1)
📆 Bermula seawal usia 2 bulan
⚖️ Berat mesti >700g
😺 Pastikan si bulus sihat sebelum vaksin

Harga untuk 1 minggu sahaja okay 🤩
Jom jom
Whatsapp untuk info lanjut 🤍
0175154011

01/05/2026

Happy Labour Day 💼✨

Klinik buka hari ini
10:00 AM – 3:00 PM 🕙–🕒

28/04/2026

Pet parents tahu tak jika aural hematoma pada kucing tak dirawat dengan cepat dan betul, memang boleh menyebabkan bentuk telinga jadi kekal tak normal.

Secara ringkas:

* Aural hematoma = darah terkumpul di antara kulit dan rawan telinga (ear flap/pinna)
* Bila dibiarkan, darah tu akan membeku dan akhirnya jadi tisu parut (fibrosis)
* Proses ni akan “menarik” dan mengeraskan telinga → jadi berkedut, tebal, dan tak sekata

Keadaan ni biasa dipanggil “cauliflower ear” (rupa macam bunga kubis)

Kesan kalau tak rawat:

* Bentuk telinga kekal berubah (cosmetic defect)
* Boleh jadi keras dan kurang fleksibel
* Kadang boleh ganggu aliran udara dalam telinga → risiko jangkitan berulang

Punca asal biasanya:

* Kucing kerap garu atau geleng kepala (ear mites, infection, allergy)

Address


Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 15:00
Sunday 10:00 - 15:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bertam Veterinary Clinic Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share