04/06/2026
๐ฅ๐๐๐จ | ๐ฏ ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ ๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ฆ๐๐๐ก๐ฆ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐ฏ๐ด๐ต๐ช๐ต๐ถ๐ต ๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ญ๐ช๐ฅ๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ต๐ฆ๐ณ๐ช๐ฏ๐ข๐ณ (๐๐๐), ๐๐ฑ๐ฐ๐ฉ, ๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ
Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kursus Asas Teknologi Makmal Kategori Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains Tahun 2026 yang akan berlangsung mulai 3 Jun hingga 31 Julai 2026.
Majlis perasmian yang turut diadakan di VRI pada 3 Jun 2026 telah disempurnakan oleh๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ฟ. ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ณ๐๐น๐น๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฏ๐ฑ. ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฟ, ๐ง๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฉ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฎ๐ฟ (๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป). Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa pembangunan kompetensi dan pemerkasaan modal insan merupakan elemen penting dalam memastikan perkhidmatan veterinar negara terus relevan, berdaya saing dan mampu memenuhi cabaran semasa dalam bidang diagnostik, penyelidikan serta biosekuriti veterinar.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dr. Maria binti Jamli, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Dr. Faizah Hanim binti Mohd Saeid, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar, serta semua Pengarah Makmal Zon dan Pengarah Makmal Kesihatan Awam Veterinar Kebangsaan yang hadir bagi memberikan sokongan kepada program pembangunan kompetensi warga makmal veterinar.
Seramai 36 peserta telah terpilih mengikuti kursus ini yang terdiri daripada 18 peserta Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) dan 18 peserta dari Makmal Zon serta Institut Veterinar Malaysia (IVM). Kursus akan berlangsung selama dua bulan dengan pengisian yang komprehensif merangkumi 64 modul asas dan teras berkaitan teknologi makmal veterinar.
Pelaksanaan kursus ini melibatkan 45 orang penceramah dan lebih 60 orang fasilitator yang terdiri daripada pegawai serta tenaga pakar berpengalaman dalam pelbagai disiplin makmal veterinar. Para peserta akan didedahkan kepada aspek teknikal, pengurusan kualiti, amalan makmal yang baik, keselamatan biologi, diagnostik penyakit serta kemahiran profesional yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas harian.
Kursus ini mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar (BKPBV) serta Kesatuan Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains Veterinar Kerajaan Semenanjung Malaysia (LAPPS DVS). Kerjasama strategik antara pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh pembangunan sumber manusia dan meningkatkan tahap profesionalisme warga teknikal veterinar di seluruh negara.
Tahniah dan selamat berkursus kepada semua peserta. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kecemerlangan perkhidmatan veterinar Malaysia.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Makmal Veterinar Zon Utara