28/08/2026
π¦ππ¦π π£π₯πππ§ππππ πππππ‘π π£ππ‘ππ‘ππ ππ‘ ππ¨π₯πππ‘ π§πππ‘ππ π§ππππππ‘π
Pada 24 Ogos 2026, sesi praktikal Seminar Penanaman Durian Teknik Thailand 2026 telah berlangsung di Ladang Durian MyDurian Ranau, Sabah, dengan memberi tumpuan kepada aplikasi teknik pengurusan durian secara langsung di lapangan.
Sesi ini dikendalikan melalui perkongsian dan demonstrasi oleh En. Roshelmy bin Ramli serta En. Abd Somad, yang turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan amalan penanaman serta pengurusan pokok durian menurut amalan pekebun di negara Thailand.
Antara intipati sesi praktikal adalah pendedahan kepada teknik pemilihan buah, pengurusan pokok pasca tuai, serta pemangkasan dan pengurusan kanopi. Melalui sesi secara langsung di ladang, para peserta berpeluang melihat dengan lebih dekat bagaimana teknik-teknik tersebut diaplikasikan dalam pengurusan pokok durian bagi menyokong pertumbuhan pokok, meningkatkan kualiti hasil serta mengoptimumkan potensi pengeluaran buah.
Sesi praktikal ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk berinteraksi, bertukar pengalaman dan mendapatkan penerangan secara terus daripada penceramah berdasarkan situasi sebenar di ladang.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi ini dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan oleh para peserta dalam pengurusan kebun masing-masing, seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri durian yang lebih berkualiti dan berdaya saing.
.................................................
Ingin merasai pengalaman agropelancongan kebun sayuran moden?
Jom datang ke Kundasang Aquafarm.
π Waktu Operasi:
8.00 AM β 5.00 PM
π Kg. Mesilou Kundasang, Jalan Cinta Mata, Mesilou, 89308 Ranau, Sabah
π Untuk lawatan berpakej, kursus atau program akademik, sila hubungi:
Admin 011-1629 6176
Ikuti kami untuk update terkini!
Follow | Like | Share
Jangan lupa Follow & Tag untuk peluang kami repost momen terbaik anda!