QSW Resources

QSW Resources Specialist in vehicle grooming

Land Rover Defender, 1st edition by al-Qalam
13/08/2020

Land Rover Defender, 1st edition by al-Qalam

The new city
26/06/2020

The new city

*KECIL TAPI BESAR?**Bosan*. Satu perkara yg tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Yg berbeza hanyalah kekuatan seseoran...
07/12/2019

*KECIL TAPI BESAR?*

*Bosan*. Satu perkara yg tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Yg berbeza hanyalah kekuatan seseorang melawan kebosanan tersebut.

Ada orang bila bosan, terus berhenti. Namun, ada juga orang yg dah bosan, tapi masih meneruskannya. Disini lah manusia berbeza. Di sini lah cabaran untuk *istiqamah*.

Ya, sangat susah nak istiqamah atau buat sesuatu berterusan. Kerana adanya perasaan bosan atau jemu ni. Sebab itulah Allah lebih s**a orang yg susah jemu.

Rasululah SAW bersabda yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

_*"Lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Allah tak pernah jemu, sehinggalah kamu yg jemu. Amalan yg paling Allah s**ai adalah berterusan walau sedikit".*_

Ya, jangan pernah menilai sebesar mana amalan kita. Dan jangan pernah jemu berbuat kebaikan, walaupun kecil. Kerana mungkin yg kecil itulah yg membawa ke syurga.

MENGUNDANG REZEKIAda yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang fakir miskin...
19/11/2019

MENGUNDANG REZEKI

Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang fakir miskin. Rutin dia lakukan.

Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia datangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi berangkat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang2 yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit

Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-Quran hingga terbit matahari, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung pada Tuhannya.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat keuntungan hasil jualannya 100% disedekahkan.

Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari jumlah pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam dia mendatangi rumah fakir miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha dan berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

Ada yang mengundang rezeki tiap sepertiga malam bangun solat tahajjud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkah.

Rezekimu bukan dari Bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah.

Undang rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

RENUNGAN HARI SABTU, ٢٧ SAFAR ١٤٤١H ٢٦ OKT ٢٠١٩Selawat dan salam kepada Rasulullah saw serta keluarga Baginda dan para s...
27/10/2019

RENUNGAN HARI SABTU, ٢٧ SAFAR ١٤٤١H ٢٦ OKT ٢٠١٩
Selawat dan salam kepada Rasulullah saw serta keluarga Baginda dan para sahabat sekaliannya.
AL-HIKAM
Sahel bin Abdullah berkata:
"Tiada sesuatu nafas atau hati melainkan diperhatikan oleh ALLAH pada tiap detik, baik siang atau malam, maka apabila ALLAH melihat dalam hati itu ada hajat kepada sesuatu selain ALLAH, nescaya ALLAH mendatangkan iblis untuk hati itu
TERJEMAHAN AL-HIKAM

PENGAJARAN
Jagalah nafas dan hati kita daripada sesuatu selain ALLAH. Diri hendakkan kekayaan dunia tapi tak pernah pun kita berkehendakkan kekayaan diakhirat, kita pun berusaha bermacam-macam cara sehingga kita lupa mencari dan berusaha mendapatkan kekayaan akhirat yaitu yang kekal abadi, kalau ada pun sebagai sekadar tulisan bagi melengkapi ayat tersebut bagi tatapan umum padahal sesidikit pun tidak terniat didalam hati untuk mencari akhirat.

Mari sama-sama kita renung dan tanya pada diri kita sendiri adakah kita sedemikian...?

FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal ibadat) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk memdapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh)
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian) Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati.
SURAH AT-TAKASUR: ١-٣
والله اعلم

KUCING HUTAN LEBIH MULIA DARIPADA SINGA SARKAS“Kalau aku dijemput ke pejabat presiden,” kata lelaki pertama.“Ah, itu tid...
22/10/2019

KUCING HUTAN LEBIH MULIA DARIPADA SINGA SARKAS

“Kalau aku dijemput ke pejabat presiden,” kata lelaki pertama.
“Ah, itu tidak hebat. Kalau aku dijemput ke pejabat presiden dan presiden berjabat tangan dengan ku,” kata lelaki kedua.
“Itu pun masih belum hebat. Bukan sahaja berjabat dengan aku, malah presiden sudi berbual-bual dengan aku. Itu baru hebat.”
Lelaki ketiga p**a bersuara bangga.
“Aku rasa itu pun tak hebat juga,“ kata lelaki keempat.
“Apa yang lebih hebat?”
“Aku ke pejabat presiden dan ketika itu presiden sedang bercakap di telefon. Melihat aku datang, tuan presiden serta-merta meletakkan gagang telefon dan terus berbual-bual dengan ku. Hebat tak?”
“Hebat...” ujar mereka hampir serentak mengiakan kata lelaki keempat.

Namun lelaki kelima masih diam. Selamba.
“Bagaimana dengan mu?”
“Aku datang ke pejabat presiden. Tiba-tiba telefon di mejanya berdering... Tuan presiden mengangkatnya, lalu berkata kepada ku, panggilan telefon ini untuk mu!”
Perlahan tetapi jelas kata-kata lelaki kelima.
“Ha,ha,” mereka ketawa serentak.
“Kau benar-benar hebat,” kata mereka kepada lelaki kelima.

Pengajaran:
Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi. Mereka tidak meletakan harga diri mereka berdasarkan “orang besar” yang mereka kenali. Oleh itu mereka tidak rela “diperhambakan” atau membodek sesama manusia. Sebaliknya mereka merasa merdeka untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tanpa dibelenggu oleh takut atau “inferiority complexs”.
Ramai orang yang tega jadi singa sarkas berbanding kucing hutan. Asal diberi gaji, dapat kemudahan... rela dia menunggu di dalam sebuah organisasi. Suara hatinya sendiri dinafikan, kebebasan diri diredam, kerana menjaga hati majikan. Asal cukup makan...

21/10/2019
Tumbuhkanlah Rasa Takut pada AllahTAKUT kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala  adalah cara utama untuk menumbuhkan keikhlasan...
18/10/2019

Tumbuhkanlah Rasa Takut pada Allah

TAKUT kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah cara utama untuk menumbuhkan keikhlasan seseorang. Ia harus mendedikasikan dirinya kepada Allah dengan kecintaan yang mendalam setelah memahami kebesaran-Nya bahawa tidak ada kekuatan lain selain Allah.

Hanya Allah yang menciptakan alam semesta dari ketiadaan dan yang memelihara makhluk hidup dengan penuh kasih. Dengan demikian, ia menyedari bahawa teman sejatinya di dunia dan di akhirat hanyalah Allah. Kerana itulah, keridhaan Allah adalah satu-satunya pengakuan yang harus kita cari.

Selain rasa cinta yang mendalam, rasa takut yang sangat kepada Allah, ditunjukkan pada firman Allah kepada manusia di dalam ayat-Nya untuk takut dan mengindahkan-Nya,

“…Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan dikumpulkan kepadaNya.” (QS. Al-Baqarah: 203).

Rasa takut kepada Allah timbul dari pemahaman dan penghargaan akan kebesaran dan kekuatan-Nya. Seseorang yang memahami kebesaran kuasa Allah dan kekuatan abadi-Nya, akan mengetahui bahawa ia boleh saja menghadapi murka dan hukuman-Nya sebagai bahagian keadilan Ilahi jika ia tidak mampu mengarahkan hidupnya sesuai dengan keinginan Allah.

Kesengsaraan yang disiapkan oleh Allah dalam kehidupan duniawi dan akhirat untuk mereka yang menafikan-Nya, diperinci di dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Semua manusia diperingatkan untuk berwaspada hal itu. Setiap mukmin sejati selalu menyedari akan hal ini.

Takut kepada Allah dilakukan agar ia selalu ingat bahawa kehidupan dunianya cepat atau lambat akan berakhir dan bahawa semua manusia pada akhirnya harus diperhitungkan perbuatan mereka di hadapan Allah. Jadi, ia akan selalu menyedari murka Allah. Kesedaran ini menyebabkan dirinya merasa takut yang melekat saat menghadapi siksaan Allah dan kerana itu ia berusaha menghindarinya.

Menahan diri berarti secara tegas menolak untuk melakukan perkara yang dilarang dan tidak diridhai Allah, dan ia tidak mensia-siakan kesempatan dalam memenuhi apa pun yang diperintahkan oleh Allah. Seorang mukmin yang ikhlas, merasa takut dan berhati-hati akan murka Allah.

Ia berhati-hati pada sikap apa pun yang tidak diridhai oleh-Nya dan berusaha menghindarinya. Sebagai contoh, ia akan menyedari jika sisi jahat jiwanya cenderung kepada keduniaan. Dalam keadaan demikian, ia akan memakai kekayaan dan kekuasaannya demi kepentingan Allah untuk mengendalikan kecenderungan batin tersebut. Ini adalah akhlak sejati yang paling sesuai dengan keihlasan.

Seseorang yang ingin mendapatkan keikhlasan, harus segera mengingat perintah Allah untuk “memberikan segalanya di jalan Allah” dan “takut kepada Allah sebanyak mungkin” untuk menghindari dirinya dari semua tingkah laku yang tidak dis**ai Allah.

Sebagaimana diperintahkan oleh Allah, ia harus berbuat untuk Allah, mengabaikan godaan sisi jahat jiwanya. Ayat berikut menyatakan,

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), orang-orang yang meminta-minta, (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Baqarah: 177).

Allah memerintahkan manusia untuk takut kepada-Nya, “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah dan taatlah…” (QS. At-Taghaabun: 64).

Untuk menjalankan ayat tersebut, seorang mukmin tidak pernah merasa bahawa iman dan rasa takutnya kepada Allah telah cukup. Ia mencuba meningkatkan rasa takut dalam hatinya dan kekuatan untuk menahan diri hingga akhir hidupnya.

Berikut ini ayat-ayat Al-Qur’an yang menunjukkan mereka “yang hidup di dalam pengabdian kepada Tuhan”.

“Sesungguhnya, orang-orang yang takut kepada Tuhan-Nya yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al-Mulk: 12).

“…dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.” (QS. Ar-Ra’d: 21).

Rasa takut dan keikhlasan kepada Allah kedua-duanya harus dipelihara. Mukmin sejati berusaha takut kepada Allah sebanyak mungkin untuk mengikuti ayat yang disebutkan di atas. Usaha-usaha ini juga merupakan bahagian dari keikhlasan.

Jadi, orang-orang beriman dapat menjaga diri dan rasa takut kepada Allah, sebagaimana ditunjukkkan dalam ayat :

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali-Imran: 102).

Orang seperti itu memiliki rasa takut yang mendalam kepada Allah. Tidak akan pernah melewatkan kesempatan untuk beribadah kepada Allah. Ia tidak akan pernah lupa bahawa Allah mendengar dan melihatnya, selalu dan di mana pun, baik sendiri mahupun saat dikelilingi oleh orang banyak.

Ia melakukan sesuatu dengan memahami bahawa ia boleh saja berhadapan dengan siksaan Allah jika tidak berhasil mengadopsi perbuatan dan sikap yang baik. Ketika rasa takut kepada Allah yang dirasakan oleh seseorang meningkat, pemahamannya terus-menerus diperkuat. Jadi, ia tidak pernah mengorbankan keikhlasannya kerana ia selalu ingat akan ancaman api neraka sepanjang hidupnya.* (dikutip dari buku Keikhlasan dalam Paparan Al-Qur’an.

Orang yang baik itu. Mempunyai budi bahasa yang sangat bagus. Kata-katanya ikhlas, lembut dan tidak menyakitkan hati. Pa...
12/10/2019

Orang yang baik itu. Mempunyai budi bahasa yang sangat bagus. Kata-katanya ikhlas, lembut dan tidak menyakitkan hati. Pada sesiapa yang bertemu dengannya ia sentiasa menyatakan kebenaran. Pada lidahnya terdapat ilmu dan nasihat. Lisannya menyentuh hati manusia untuk berubah dan menjadi baik.

Perbuatan menyindir dengan kata-kata yang kesat. Amat lah dibenci olehnya. Walaupun perkataan itu memang ditujukan kepada orang yang memang buruk perangainya. Kerana baginya, bercakap begitu tidak akan mengubah sikap dan tingkah laku orang yang buruk perangai itu, melainkan hatinya akan bertambah keras dan makin bertambah buruk perangainya.

Untung dapat berjumpa dengan orang memiliki hati yang begini.

*Tagih simpati dari anak*( renungan di hujung usia yang lemah)Anak......Ingat lah akan orang tua ini setelah terhapusnya...
02/10/2019

*Tagih simpati dari anak*
( renungan di hujung usia yang lemah)

Anak......
Ingat lah akan orang tua ini setelah terhapusnya kami dari dunia ini.

Kami mengharap dan memerlukan

- doa keampunan dan Rahmat Allah dari orang yang bernama anak.
- sedekah harta yang diniatkan pahala untuk kami dari anak-anak.
- amal soleh yang dilakukan hasil didikan kami dari anak-anak.
- sebutlah dan ceritakanlah apa-apa kebaikan yang telah kami lakukan semasa di dunia ini.
- sedekahkan fatihah di setiap selepas solat kamu untuk kami.

Setelah terhapusnya ibu atau ayah kamu dari dunia ini, segala-galanya akan berubah.
Di alam barzakh sana nanti, segala nikmat duniawi sudah tak berguna lagi.....
hilang sudah senda-gurau, gelak-ketawa, main-main, perhiasan indah dan harta dunia.
Yang bernilai disana adalah pahala yang dibawa atau dikirim kepada kami dari anak-anak.

Sahabat,Yakinlah...Bila kita jujur dalam segala hal anda akan menikmati keberkatan rezeki. Jujur dalam tugas, jujur dala...
25/09/2019

Sahabat,

Yakinlah...Bila kita jujur dalam segala hal anda akan menikmati keberkatan rezeki.

Jujur dalam tugas, jujur dalam kerja, jujur dengan majikan, jujur dengan pelanggan.

Kadang kita merasakan hidup ini terlalu sempit, dan rezeki yang anda perolehi seakan tidak mencukupi.

Bukan rezeki yang di perolehi membuat kita tidak mencukupi. Namun sikap kita bersyukur terhadap rezeki itu.

Bagaimana mungkin kita memperolehi sifat kesyukuran terhadap rezeki, sedangkan kita tidak memiliki sifat kejujuran.

Jujurlah dalam segala hal, insyaAllah kita akan merasa cukup dan merasakan nikmat kebahagiaan rezeki itu.

*renungan buat diri sendiri

Address

Jalan Kampung Solok Gaung
Malacca City
75460

Opening Hours

Monday 07:00 - 23:00
Tuesday 07:00 - 23:00
Wednesday 07:46 - 23:00
Thursday 07:00 - 23:00
Friday 07:00 - 23:00
Saturday 07:00 - 23:00
Sunday 07:00 - 23:00

Telephone

0173800896

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when QSW Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share