PEACE PEACE Petshop

Call Website Contact the business

PEACE PEACE Petshop ✅Pet Food ✅Cat Grooming ✅Pet Hotel

ihhh budak tecikkk imut... 🤏🏻🤏🏻Terima kasih Leo & Dumpling datang grooming ke PEACE PEACE Petshop Kunak.Anak kucing mema...
10/09/2026

ihhh budak tecikkk imut... 🤏🏻🤏🏻
Terima kasih Leo & Dumpling datang grooming ke PEACE PEACE Petshop Kunak.
Anak kucing memang kena rajin grooming.
Sebab merekor cepat kotor, telinga juga cepat terkena "earmites" @ kutu hama telinga.
Jangan lupa belanja si comel bulus kesayangan anda di rumah untuk berdandan bersih bersama kami 😻😻

MEOWWW

••••••••••••••••••••••••••••••

Kucing memerlukan rutin grooming yang berkala untuk memastikan kebersihan, kesihatan, dan kecantikan bulu & kulit sentiasa terjaga rapi & kekal sihat.

KUCING YANG SIHAT BERMULA DARI KUCING YANG BERSIH & AKTIF 😻
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

☎️☎️089 850 900
📲📲 ⁨016-950 9843⁩

Lokasi : Lot A5-ground floor, Boheyan Plaza (Bangunan baru, sebaris Wedrink)

✅Pet shop
✅Cat hotel
✅Cat grooming & spa

31/08/2026

Kemainn lg cedric

29/08/2026

Ada hari, kita bukan nak nasihat pun.

Kita cuma nak balik rumah, campak beg, baring kejap
dan ada seekor kucing datang duduk sebelah.

Kita cerita dekat dia macam dia faham.

Pasal kerja.
Pasal orang.
Pasal benda yang kita tahan dari pagi.
Pasal hidup yang entah kenapa rasa berat sangat hari tu.

Dia tak jawab.

Kadang dia tengok muka kita.
Kadang dia tidur.
Kadang tengah kita sedih, dia pergi minta makan.

Tapi dia ada.

Dan peliknya, kehadiran kecil macam tu boleh buat rumah rasa kurang sunyi.

Mungkin sebab bila kita dah penat berdepan dengan manusia, kita tak perlukan satu lagi suara yang cuba betulkan hidup kita.

Kita cuma perlukan sesuatu yang tak judge kita.

Yang duduk sebelah.

Yang bagi kita ruang untuk jadi penat.

Dan kalau nasib tak baik

dia cakar.

Ini yg org cakap.. mula2 kerja d bawah lama2 d serap ke atasan 😂
28/08/2026

Ini yg org cakap.. mula2 kerja d bawah lama2 d serap ke atasan 😂

DARI DALAM EXCAVATOR, TERUS DAPAT KERJA TETAP 🥹

Bunyi anak kucing mengiau dari sebuah excavator membuatkan sekump**an pekerja pembinaan di Ohio, Amerika Syarikat berhenti kerja seketika.

Bila bahagian bawah jentera dibuka, jatuh seekor anak kucing oren yang sangat kecil.

Tak jumpa ibu. Tak jumpa adik-beradik.

Jadi mereka selamatkan dia.

Anak kucing itu kemudian diberi nama Komatsu, sempena jenama excavator tempat dia ditemui. Tapi pekerja di situ panggil dia Sue.

Sue dihantar ke keluarga foster selama kira-kira dua minggu untuk dipulihkan dan dijaga sebelum mendapat rumah tetap bersama Jared, mekanik di River Reach Construction dan keluarganya.

Dan bila sudah cukup besar nanti, Sue akan ikut ke tempat kerja sebagai shop cat mereka.

Cerita Sue kemudiannya viral.

Paling comel, pihak Komatsu sendiri mendapat tahu mengenai kisah ini lalu menghantar hadiah untuk Sue.

Sebuah vest keselamatan kecil.

Dan sebuah hard hat saiz anak kucing. 😭

Daripada seekor anak kucing yang terperangkap dalam jentera berat…

sekarang dah ada rumah, keluarga, uniform,

dan kerja tetap.

Kadang-kadang rezeki datang dari tempat yang kita sendiri tak pernah sangka.

Untuk Sue, rezekinya datang dari bawah sebuah excavator. ❤️

Pandai p**a ambil gambar macam tu semua pandang camera kan 😻😻MeowDeka 🇲🇾🇲🇾
14/08/2026

Pandai p**a ambil gambar macam tu semua pandang camera kan 😻😻

MeowDeka 🇲🇾🇲🇾

   Terima kasih sudi belanja kucing kesayangan anda untuk grooming & bercuti di PEACE PEACE Petshop Kunak.Semoga berpuas...
06/08/2026





Terima kasih sudi belanja kucing kesayangan anda untuk grooming & bercuti di PEACE PEACE Petshop Kunak.
Semoga berpuas hati.
Maafkan andai ada yang terkurang & terlebih 🙏🏻

Jumpa lagi🌷
Pet shop kami menyediakan perkhidmatan

💟Grooming & spa @ mendandan kucing
💟Hotel hanya untuk kucing
💟Pet taxi
💟Rawatan ringan untuk kucing
💟Pet store menjual kelengkapan haiwan

Lokasi : Boheyan Plaza, Lot A5, Ground Floor, Kunak.

GoogleMaps : https://maps.app.goo.gl/DGpbrvHKeiMkYwfk9?g_st=com.google.maps.preview.copy

PEACE PEACE Petshop
Telah menerima pengesahan (endorsement) "Secure & Safety Practice for animals (Amalan Haiwan selamat) daripada Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association kerana telah memenuhi Sijil Keselamatan Operasi Dan Perundangan Haiwan yang diperakui Persatuan Penguatkuasaan Undang Undang & Penyiasatan Malaysia, Malaysia Animal Law & Operational Security Compliance (MALOS)

Kami juga telah berdaftar bersama Sabah Cat Groomers' Association/Kelab Pendandan Kucing Sabah.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan :

Kunak : ☎️☎️089-850900
📲📲 : 016-950 9843⁩
📲📲 : 010-967 1310

06/08/2026


23/07/2026

Sesetengah kucing bukan jenis yang banyak mengiau atau sentiasa meminta perhatian.

Ada hari, langsung kita tidak mendengar suaranya.

Namun, bila kita penat, sunyi atau duduk termenung sendirian, dia akan datang perlahan-lahan. Duduk di sebelah. Diam. Tidak meminta dibelai. Tidak cuba menghiburkan dengan apa-apa.

Dia cuma hadir.

Mungkin itulah caranya berkata,

“𝑨𝒌𝒖 𝒎𝒖𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒖 𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊. 𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒓𝒊.”

Kadang-kadang, kasih sayang yang paling bermakna bukanlah yang paling lantang tapi yang memilih untuk duduk di sisi kita saat diperlukan

21/07/2026

Pernah nampak hujung telinga kucing jalanan dipotong sedikit?

Jangan terus anggap ia didera.

Potongan kecil yang dibuat dengan kemas pada hujung telinga itu dikenali sebagai ear tipping. Ia biasanya dilakukan ketika kucing berada di bawah bius semasa prosedur kembiri.

Ia menjadi tanda bahawa kucing tersebut:

• telah dikembiri
• telah melalui program Trap-Neuter-Return
• tidak perlu ditangkap dan dibedah semula

Tanda ini penting kerana petugas dapat mengenal pasti kucing yang telah dikembiri hanya dengan melihat dari jauh. Ini mengurangkan stres, kecederaan dan risiko prosedur berulang.

Bagi anjing, sesetengah program turut menggunakan potongan kecil pada telinga, tatu, tag atau mikrocip sebagai tanda telah disterilkan. Kaedahnya bergantung kepada program dan lokasi.

Namun, tidak semua haiwan yang telah dikembiri mempunyai tanda pada telinga. Haiwan peliharaan biasanya dikenal pasti melalui rekod klinik atau mikrocip.

Jadi, hujung telinga yang dipotong kemas bukan semestinya tanda kekejaman.

Kadangkala, itulah tanda bahawa haiwan tersebut telah menerima penjagaan, perlindungan dan peluang untuk hidup dengan lebih selamat dalam komuniti.

Terima kasih belanja kucing kesayangan anda untuk dapatkan servis grooming & spa di PEACE PEACE Petshop Kunak.Semoga ber...
18/07/2026

Terima kasih belanja kucing kesayangan anda untuk dapatkan servis grooming & spa di PEACE PEACE Petshop Kunak.

Semoga berpuas hati & jumpa lagi.
Kucing memerlukan rutin grooming yang berkala untuk memastikan kebersihan, kesihatan, dan kecantikan bulu & kulit sentiasa terjaga rapi & kekal sihat.

KUCING YANG SIHAT BERMULA DARI KUCING YANG BERSIH & AKTIF 😻
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan

☎️☎️089 850 900
📲📲 ⁨016-950 9843⁩
📲📲 010-967 1310

Lokasi : Lot A5-ground floor, Boheyan Plaza (Bangunan baru, sebelah Wedrink)

Waktu Operasi : 9pagi - 8malam (buka setiap hari)

✅Pet shop
✅Cat hotel
✅Cat grooming & spa

Address

PEACE PEACE PETSHOP, Lot A-G5 Ground Floor, Boheyan Plaza, A-G5
Kunak
91207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEACE PEACE Petshop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PEACE PEACE Petshop:

Shortcuts

Share

Category