Mommy Cat Homey

Call Website Contact the business

Mommy Cat Homey https://mommycathomey.com

FAITH β€’ FAMILY β€’ FELINES.

WALKING GENTLY THROUGH LIFE AFTER LOSING OUR BELOVED SON MUHAMMAD IZZ QAYYIM BIN ISMAIL,
TRUSTING ALLAH WITH ALL MY HEART.

02/10/2026

Healing, but make it jazzy.

☁️




01/10/2026

"Aduh la adik. Kebas berlipat kaki kakak nih!".

Ni bukan sandar lemang dah ni.

Ni memang baring melintang, dengan niat nak lena terus.

Orang cakap,

Wake me up when September ends.

Memang dah bangun petang semalam tapi tak sempat habis petang Oktober, sambung tidur balik.




Bakul kosong.Alas kaki yang menjadi tempat baring.Bulu-bulu yang melekat rapat di atas alas, adalah tanda tempat itu rua...
01/10/2026

Bakul kosong.

Alas kaki yang menjadi tempat baring.

Bulu-bulu yang melekat rapat di atas alas, adalah tanda tempat itu ruang yang aman untuk berehat.

Merasai cahaya pagi.

Menikmati alam di sebalik dinding kaca.

Merenung jauh ke luar.

Hanya diam, tenang dan sabar.

Begitulah juga tentang kehidupan ini.

Tidak semuanya perlu diisi. Tidak juga yang kosong itu perlukan ganti.

Sesekali, kita perlukan rasa sunyi untuk mengerti bahawa kita juga akan pergi. Sifat manusia adalah meninggalkan, bukan untuk tinggal kekal.

Bukan semua kehilangan perlu diratapi apatah lagi dikesali.

Ada juga kehilangan yang perlu disyukuri kerana mungkin, itulah ruang yang Tuhan sediakan untuk kita menjadi versi yang lebih baik.

Selamat datang Oktober.

Semoga yang baik-baik saja buat kita semua.

Follow kerana di sini ada kisah anak-anak bulus Mommy yang huru-hara dan menghiburkan.

Mommy juga menulis dari pengalaman kehidupan Mommy sebagai bacaan, renungan dan jariah ilmu.


30/09/2026

π—‘π—œπ—žπ— π—”π—§ π—›π—œπ——π—¨π—£ π—•π—˜π—₯π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—šπ—”

Tulisan ini sudah agak lewat tapi Ummi tetap mahu kongsikan sebagai penutup September paling bermakna.

Antara satu nikmat yang paling Ummi syukuri adalah nikmat berkeluarga.

Saling menjaga. Saling ada. Saling percaya.

Ia bukan tentang sentiasa bersama. Ia tentang peranan masing-masing saat memerlukan.

Kami 4 beradik ada kelebihan yang berbeza tetapi saling melengkapkan.

24 September 2026.

Ummi dan Ayah Qayyim adakan majlis bacaan yasin dan tahlil di surau kariah kami.

Selesai majlis, kami raikan jemaah dengan jamuan yang disediakan sepenuhnya oleh adik lelaki Ummi bersama isterinya.

β€œMeriahnya. Macam pasar malam.”

β€œSedap.”

β€œBanyak pilihan.”

Itu antara komen jemaah terhadap hidangan yang disediakan. Masakan p**a terasa β€˜homey’.

Menunya ringkas tetapi bila makan, terasa puas.

Berulang makan tanpa jemu. Dah cuba menu ini, boleh cuba lagi menu itu.

Bila melihat jemaah menikmati hidangan dengan senyuman, ia turut menggembirakan hati kami.

Bukan mudah nak memenuhi selera setiap orang. Namun pengalaman bertahun memberikan mereka berdua kelebihan itu.

Ada satu momen kelakar Ummi nak kongsikan.

Bila adik lelaki Ummi nak mula menghidang, yang lain bergerak macam dah ada briefing sebelum tu.

Bukan ada arahan apa pun. Cuma bertanya, β€˜Nak buat apa ni?’.

Semua siap sekelip mata.

Inilah keluarga Ummi.

Keluarga yang Allah pilihkan untuk Ummi.

Malam itu juga Ummi melihat, adik sendiri sedang berusaha membina nama daripada minat dan kemahirannya.

Mereka berdua biasa memasak untuk kami sama ada ketika raya atau jamuan keluarga.

Ummi memuji bukan kerana dia adik Ummi tetapi kerja keras mereka sudah terbukti.

Dari memasak untuk keluarga, mereka sudah menyediakan khidmat katering kecil-kecilan untuk beberapa pejabat kerajaan juga.

Ummi ada tag adik lelaki Ummi ya.

Boleh terus hubungi dia.

Satu lagi Ummi nak bagitau. Teh tarik dia syedappp!





π—¬π—”π—‘π—š π—§π—œπ—”π——π—” π—œπ—§π—¨ π—£π—˜π—₯𝗑𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔Semalam,Ummi dan Ayah Qayyim hantar opah balik kampung.Tak maunya opah berlama di rumah kami wa...
30/09/2026

π—¬π—”π—‘π—š π—§π—œπ—”π——π—” π—œπ—§π—¨ π—£π—˜π—₯𝗑𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔

Semalam,

Ummi dan Ayah Qayyim hantar opah balik kampung.

Tak maunya opah berlama di rumah kami walau dipujuk.

Katanya asyik teringat pokok-pokok bunga. Ada juga sayur yang opah tanam sikit-sikit.

Risau tak bersiram. Risau kalau tak hujan. Risau kalau mati, payah p**a nak tanam semula.

Begitulah cara opah manfaatkan masanya. Sama seperti Mama, yang s**a berkebun di sekeliling rumah.

Ummi Ayah sambung lagi episod tiga hari dua malam bersama opah, di rumah opah p**a.

Rumah yang pernah jadi saksi Qayyim membesar.

Setiap kali balik kampung, dia akan tidur dengan opah. Dia s**a main masak-masak belakang rumah. Main mercun di tanah lapang sebelah rumah opah.

Kali terakhir dia balik ke sini adalah sebelum dia berlepas ke Perth.

Dia bersihkan rumah opah. Ummi masih simpan gambarnya sedang mencuci dinding dan lantai luar rumah dengan β€˜waterjet’.

Ummi ingat lagi, masa tu Qayyim sarungkan β€˜basketball jersey’ warna merah kesayangannya dan tertulis Jordan 23 di belakang baju.

Baju yang sama dia pakai ketika kali terakhir dia β€˜video call’ dari Perth, 13 September 2024, pada harijadi Ummi.

Dan hari ini, bersama opah dengan masa yang terhad ini juga kami gunakan sebaik mungkin.

Ke pekan untuk sarapan.

Ke pasar beli barang keperluan.

Ke kubur ziarah atok Qayyim.

Apa yang boleh Ummi Ayah tunaikan, itu yang kami usahakan.

Kehilangan ini mengingatkan kami bahawa yang tiada ini pernah ada dalam hidup kami.

Yang pernah berikan kegembiraan.

Yang hadir melengkapkan kehidupan.

Yang beri pengajaran dan juga pengalaman.

Yang tiada telah tinggalkan kenangan.

Yang masih ada, terus berjuang meneruskan kehidupan membawa seluruh rasa rindu dan cinta.

Yang tiada itu pernah ada, dalam hati kami yang pernah memilikinya.





30/09/2026

π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—› π—¦π—˜π—£π—§π—˜π— π—•π—˜π—₯.

MasyaAllah. Tabarakallah.

Akhirnya September tiba di penghujung hari. Menutup satu perjalanan yang sarat turun naik emosi.

Parut September sangat dalam.

Dua tahun setelah pemergian Qayyim pada 22.9.2024, bulan ini tidak lagi sama rasanya pada Ummi.

Bulan kelahiran Ummi.

Ia juga bulan pemergian Qayyim.

Bulan meraikan ulangtahun kelahiran.

Ia juga bulan mengenang satu kehilangan.

Satu keterikatan yang menyimpul dua rasa berbeza.

Bulan ini juga genap setahun usia Silas Que dan Sierra Quinn.

Anak bulus yang menjadi idaman Qayyim yang kini menjadi peneman Ummi.

Dua tahun ini adalah tahun-tahun yang mendidik jiwa Ummi. Mengajar segala bentuk emosi yang tak pernah Ummi rasai sebelum ini.

Ia satu nikmat sebenarnya.

Yang menjadi bukti bahawa setiap hamba-Nya yang diuji akan melalui pelbagai rasa.

Rasa yang DIA cipta untuk kita mengenal-Nya.

Semoga yang baik-baik saja untuk masa akan datang.

Andai bertemu lagi September tahun depan, mungkin ia menjadi versi cerita yang berbeza p**a.





30/09/2026

"Morning anak Mommy!".

"Morning."

"E eh. Awal bangun?".

"Awal apanya Mommy. Tu matahari dah naik segalah."

Urut dada Mommy pagi-pagi hari ni.

Yang dia nampak hari dah cerah.

Yang dia tak nampak sebelum subuh Mommy dah masuk 'catroom' jenguk anak-anak Mommy ni.

Dia membongkang dalam besen hijau tu. Mana sedar apa.

Mujur comel.

Kalau tak, Mommy letak kat tangga depan. Tak pun kat taman.




𝗗𝗒𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔Tiga hari dua malam.Satu kesempatan yang ada had. Satu garis masa yang singkat untuk Ummi dan Ayah Qay...
29/09/2026

𝗗𝗒𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔

Tiga hari dua malam.

Satu kesempatan yang ada had. Satu garis masa yang singkat untuk Ummi dan Ayah Qayyim luangkannya bersama opah Qayyim.

Hanya kami bertiga, menyusur masa bersama. Tenang dalam dunia yang hanya kami faham.

Dunia setelah kehilangan.

Ini kali pertama opah Qayyim singgah dan menginap di Raudhatul Qayyimi - teduhan yang Ummi Ayah diami sepenuhnya, setahun setelah pemergian Qayyim.

Kami sarapan bersama. Kami ziarah Qayyim bersama. Dan Ummi luang masa berbual, meluah rasa bersama opah di dalam bilik Qayyim.

Kami berdua.

Opah tenang tetapi Ummi yang tak henti turun air mata.

Ummi menantu pertama.

Sudah 27 tahun Ummi dan Ayah Qayyim hidup bersama. Dulu bertiga, kini berdua.

Dan Qayyim adalah cucu pertama buat kedua-dua keluarga Ummi dan Ayah Qayyim. Memang dialah tumpuan hati dan kesayangan semua.

Pemergian Qayyim secara tiba-tiba pada usia muda adalah satu takdir yang merentap hati kami. Yang buat kami lelah dalam kesedihan. Kalah dengan kerinduan.

Takdir ini juga yang buatkan kami menutup diri masing-masing. Hanya melayan pilu itu sendiri. Membawa diri. Tidak mahu tanpa sengaja menyakiti sesama kami.

Dua tahun berlalu, saat kami sudah sama-sama kuat, saat hati sudah sangat reda, kami sudah boleh berbual tentang Qayyim dengan lapang dada.

Tiada lagi rasa duka tanpa makna kecuali rasa bahagia kerana anak kami sudah di dalam jagaan-Nya.

Berat hati kami kehilangan anak tunggal kami, mungkin berat lagi hati opah dan tok (Mama Ummi) untuk melewati usia tua ini tanpa cucu kesayangan.

Kedua-dua nenek yang hidup sendiri setelah pemergian suami masing-masing pada tahun yang sama, berselang 5 bulan saja.

Kini tanpa Qayyim p**a.

Adanya opah dan tok adalah satu rahmat.

Takdir ini perit tetapi ia juga menjadi bukti cinta yang tulus.

Selagi masih ada usia mereka, selagi itu doa sentiasa ada buat Qayyim.




29/09/2026

Selalunya dia orang ni berdua je ke mana pergi.

Kalau Kuntum mintak nak keluar dari cat lounge ni, Aki pun akan ikut.

Sama la kalau Aki yang merayu-rayu nak keluar, Kuntum akan follow.

Ni macam mana boleh terpisah ni?

Biasa jadi macam ni kalau Aki menyelit keluar tapi terlupa nak bawak Kuntum sekali.

Lupa nak roger member masa fly.




`Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ`28 September 2026.Satu berita duka mengejutkan seluruh negara. Pemergian y...
28/09/2026

`Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ`

28 September 2026.

Satu berita duka mengejutkan seluruh negara. Pemergian yang tidak diduga namun itulah takdir-Nya.

Ia bukan sekadar kehilangan yang biasa.

Ia tentang hilangnya watak seorang ibu yang penyayang, isteri yang setia sampai hujung nyawa, wanita yang bijak dan berkarisma.

Lebih daripada itu, beliau adalah contoh terbaik tentang peranan seorang isteri pemimpin negara - sentiasa ada di sisi menyokong perjuangan suami, pendamping saat s**a dan duka namun tetap membawa kelembutan dalam setiap langkah kehidupannya.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI.

`Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ اغْفِرْ Ω„ΩŽΩ‡ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΨ§Ψ±Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ω‡ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΨΉΩŽΨ§ΩΩΩ‡ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΨ§ΨΉΩ’ΩΩ ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡ΩŽΨ§`
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah segala kesalahannya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya, dan menempatkan beliau bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

0122205008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mommy Cat Homey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mommy Cat Homey:

Shortcuts

Share