Muhammad Livestock Farm

Call

Muhammad Livestock Farm Jual beli ternakan dan makanan ternakan haiwan di Kuala Kangsar Perak. Dapatkan yang terbaik !!!

Team Jabatan Pertanian Negeri Perak in action!Cuaca panas, kolam kering, tanaman still kena jaga. Team Jabatan Pertanian...
07/07/2026

Team Jabatan Pertanian Negeri Perak in action!

Cuaca panas, kolam kering, tanaman still kena jaga. Team Jabatan Pertanian Negeri Perak turun padang buat kerja-kerja boring air bagi mengatasi masalah bekalan air ketika musim kemarau ni.

Bila sumber air permukaan dah tak cukup, punca air bawah tanah jadi penyelamat utama petani. Usaha macam ni penting supaya tanaman seperti jagung dan lain-lain hasil pertanian terus dapat bekalan air yang mencukupi walaupun cuaca tak menentu.

Tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak atas usaha membantu komuniti petani tempatan 👏🌾

05/05/2026

🔥 SILAJ JAGUNG SEGAR MLF 🔥
✔️ Potong segar dari ladang
✔️ Nutrisi tinggi – sesuai kambing & lembu
✔️ Bau wangi, fermentasi cantik

💰 Harga RM10 - 25kg

📲 PM sekarang / WhatsApp: 014-621 2711
👉 First come first serve!

20/04/2026

Silaj jagung bijirin siap untuk ternakan makan 🌽
Tak payah pening cari makanan — buka bagi je
Lembu kambing pun makan berselera 👍
Nak cuba? roger je
Whatsapp 0146212711

12/04/2026

Lagi 2 hari insyaAllah nak tuai jagung silaj 🌽

Kali ni sengaja tanam dengan penjagaan minimum—tak jaga sangat macam biasa. Tujuan nak tengok sendiri sejauh mana potensi tanah & ketahanan pokok bila kurang input dan perhatian.

Dari sini kita boleh belajar satu benda—tanaman jagung silaj ni sebenarnya ada daya tahan dia sendiri, tapi hasil tetap bergantung pada cara pengurusan. Kalau jaga rapi (baja cukup, kawalan rumpai, air teratur), hasil memang lagi padu. Tapi kalau kurang penjagaan, masih boleh hidup dan berbuah… cuma mungkin tak maksimum.

Eksperimen kecil macam ni penting untuk kita faham kos vs hasil. Kadang-kadang bukan nak kejar hasil paling tinggi saja, tapi nak cari balance yang paling untung untuk jangka panjang 🌱

Apa pun, Alhamdulillah… walaupun ‘biar je’, tetap menjadi. Lagi 2 hari kita tengok hasil sebenar 💪🌽

Ilmu di ladang—kita belajar dari tanah sendiri.”

30/03/2026

Target sedang diusahakan sikit demi sedikit 💪
Bukan terus jadi tapi perlahan lahan,
Setiap hari kita cuba buat apa yang boleh buat,janji ada progress walaupun kecil,kadang ada juga cabaran,tapi kita tetap teruskan sebab kita tahu nak capai sesuatu perlu ada usaha,
Yang penting konsisten dan jangan give up,
Semoga apa yang kita usaha diberikan keberkatan dunia dan akhirat 🤲🏼😁

27/03/2026

“Alhamdulillah, jagung dah masuk umur 10 hari 💚
Nampak kecil je sekarang, tapi di sinilah permulaan kepada hasil yang besar nanti 🌽

Hijau yang menenangkan mata…
Tenang tengok, tapi penuh cerita di sebaliknya 💚
Slow-slow membesar, kumpul kekuatan…
InsyaAllah nanti kita tuai dengan senyuman 🌽✨

26/03/2026

Dulu kami pun macam orang lain…
Bergantung sepenuhnya pada rumput 🌿

Hari-hari potong.
Kalau hujan, susah.
Kalau panas, rumput tak cukup.

Sekarang MLF pilih jalan lain — tanam jagung 🌽

Kami proses jadi silaj, simpan sebagai stok makanan ternakan.
Lebih terancang, lebih stabil, dan lebih berkualiti.

Ini bukan sekadar tanam jagung, ini sistem untuk masa depan farm kami.

25/03/2026

Hidup ini bukan tentang siapa cepat dia dapat, tetapi sesiapa yang sanggup sabar dan terus berjalan walaupun berat. Hari ini mungkin nampak biasa, tetapi aku percaya… semua usaha ini sedang dikumpul menjadi sesuatu yang luar biasa. 💪

Di hari yang mulia ini, kami memohon ampun dan maaf atas segala khilaf.Semoga Aidilfitri membawa sinar kebahagiaan, kete...
21/03/2026

Di hari yang mulia ini, kami memohon ampun dan maaf atas segala khilaf.
Semoga Aidilfitri membawa sinar kebahagiaan, ketenangan dan rezeki yang diberkati untuk semua 🌙✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin daripada kami di Muhammad Livestock Farm 🤍

Address

Kampung Periang
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Telephone

+60135858798

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Livestock Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category