24/12/2021
Aqua utara info
Fishkeeping : Actual Answer dan Stereotype Answer
Saya haritu pernah pergi berjalan2 ke pasar pudu , sebab nak replace air pump dengan ijjudin dan mat ropat.
Waktu tu dah alang2 jalan kat sana , ingat nak beli bacter starter la sekali ( waktu ni probac kitorg x buat pun lagi ).
Amert : bacter starter ada ? I nak setup tank.
Staff kedai : ada , ni PSB.
Amert : ni mcm mana nak bubuh? Berapa kerap? Tadak tulis pon kat botol instruction lengkap dia.
Staff kedai : tank baru setup elok bubuh tetiap hari , sampai settle cycle. Dalam 3 minggu , satu bulan itu mcm.
Sebenarnya bukan saya x tahu method untuk cycle tank, saja je tanya.
Mata saya ternampak besen staff tu letakkan goldfish low grade , dijual di depan kedai.
Saya senyum.
Amert : ini goldfish dalam besen, filter pon tadak. Harap air pump je. Takkan u masuk PSB hari2?
Staff kedai : *gelak* . Ini lain la ma..
Amert : *gelak* dan2 lain. Ceh
Itu contoh kes di mana selalunya tuan2 dapat "stereotype answer" bila mendapatkan info atau khidmat nasihat x kira lah dalam group fb atau kat kedai ikan.
Stereotype answer ni bukan apa, ni jawapan dari pihak seller untuk be safe than sorry . Sebab , customer ni x semuanya experienced user.
Ada yang beginner, ada juga yang kebetulan baru nak setup first tank dia.
Daripada dapat komplen ikan mati, baik bagi jawapan stereotype. Senang.
----------
Actual answer ni lain. Actual answer selalunya panjang nak kena terang. Dan banyak faktor kena ambil kira.
Contohnya apabila ada kes ikan mati .
Stereotype answer adalah selalunya org akan blame " air x ok" . Tu mmg jawapan yg common lah.
Untuk actual answer, kena check dulu perkara berikut pada si penanya soalan
A . Bila ikan mati?
B. Mati sebelum atau selepas wc?
C. Mcm mana keadaan dia mati ?
D. Sebelum mati ada sakit atau tak ?
E. Ikan yang baru dibeli atau dah lama dibeli ?
F. Ikan ada mogok makan x sebelum mati ?
G. Ada buat apa2 perubahan pada filter sebelum kematian ikan ?
H. Ada sembur ridsect / aerosol di area berdekatan tank atau tak?
I. Apa bacaan parameter air?
J. Ada gambar / video yg boleh dibuat rujukan?
K. Mati sebab overdose co2 ? Boleh tgk video tank dan video bubble counter ? ( High tech planted tank )
Dan banyak lagi lah sebenar.
Terus terang cakap, x ramai org sebenarnya bagi actual answer ni, sebab :
A. Experienced user yang nak jawab tu mmg tak pakar lagi dalam bidang tersebut
B. Si penanya soalan tu sendiri tanya soalan pendek dan terlalu ringkas, kadang2 mcm acuh x acuh je cara tanya dia.
C. Si penanya ni dah tanya soalan dekat berminggu -minggu dah , beli x pon barang seller tu. Mana x berbulu seller ha ha ha..
D. Group tido , admin tido , ahli tido , semua tido. Yang tak tido, demin dengan seller dok spam post jualan produk mereka.
E. Malas la nak taip panjang2. Tukang tanya pon tanya soalan throu voice , lagi nak request org tu tolong jawab bertulis. Mmg tak ah mamat tu nak tolong nak reply.
F. Dsb-nya.
Dan actual answer ni, selalunya once dah elaborate, jarang la jadi pendek. Mmg makan perenggan punya .
Seperti biasa, gambar tadak kena mengena dengan posting.
Credit utk sahabat Amert ramli...