29/07/2026
Tak jumpa perkataan sakau, curi atau rompak dalam RCI Tabung Haji?
Der, RCI bukannya laporan polis budak hilang tabung ayam. Memanglah kau tak jumpa perkataan itu.
Dan tak ada siapa pun kata penyimpan Tabung Haji itu penyakau. Tak ada siapa pun kata orang yang dapat subsidi haji itu perompak.
Yang orang dok persoalkan ialah orang yang mengurus duit Tabung Haji. Takkan itu pun susah sangat nak beza?
Yang RCI tanya mudah sahaja.
Hibah itu dibayar ikut kemampuan sebenar atau tak? Aset dengan liabiliti dilaporkan dengan betul atau tak? Risiko pelaburan diurus elok atau main redah? Lembaga dan pengurusan buat kerja mereka atau tak?
Itu je, der.
Lagi satu, “Rakyat dapat manfaat,” bukan bukti pengurusan itu betul.
Kalau kerajaan hulur bantuan RM1,000 guna duit institusi yang sebenarnya dah tak mampu pun tanggung beban, rakyat yang terima bantuan itu tak salah.
Yang kena jawab ialah orang yang luluskan keputusan itu. Simple as that.
Der ada tulis,
“Hibah tinggi tak apa, selagi ikut Akta.”
Ya. Itulah yang sedang dipersoalkan.
Seksyen 22 Akta Tabung Haji mensyaratkan aset mesti melebihi liabiliti selepas hibah diagihkan.
Jadi persoalannya bukan siapa yang menerima hibah.
Persoalannya ialah sama ada pihak yang meluluskannya benar-benar mematuhi Akta dan menjaga kedudukan kewangan Tabung Haji.
Niat membantu umat Islam, nak bantu mak ayah naik haji memang baik. Tak ada siapa pertikaikan. Tetapi niat yang baik bukanlah lesen untuk buat keputusan kewangan sesuka hati.
Last, saya setuju dengan der. Ya, seseorang hanya boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah selepas melalui siasatan, pendakwaan dan perbicaraan yang adil.
Tetapi kita tak perlu tunggu seseorang masuk penjara sebelum boleh mengatakan berlaku kegagalan tadbir urus, kelemahan pengawasan atau kecuaian dalam pengurusan.
Mahkamah menentukan sama ada seseorang melakukan jenayah.
RCI p**a menyiasat fakta, mengenal pasti kegagalan sistem dan mencadangkan penambahbaikan.
Itu fungsi yang berbeza.
Jadi lawak sangatlah kalau sebab tak jumpa perkataan sakau, curi atau rompak, der terus buat kesimp**an bahawa semua keputusan pengurusan Tabung Haji ketika itu semestinya betul.
Ini saya bagi contoh ya der, dalam laporan RCI itu, tak ada satu pun perkataan bodoh. Itu tak bermakna semua keputusan yang telahpun ahli parti der buat itu adalah bijak.
Faham tak der?